Monday, 21 February 2011

pilihan raya kampus... wadah mahasiswa?

Assalammualaikm w.b.t..
& selamat sejahtera

     Keinginan kepada sesuatu merupakan fitrah lahiriah insan. Keinginan itu merupakan hasil cetusan nafsu yang wujud jauh dalam diri manusia. rahsia rohani yang Allah berikan kepada hambanya.. namun ianya harus berpandukan kepada akal... sebagai paksi pendokong. 

     Apakah kaitannya? keinginan dan akal serta nafsu. aplikasi dalam konteks kehidupan harian, maka persoalan itu akan terjawab.. keinginan ini lebih besar dan membara seperti baranya marakan api yang menjulang ketika Namrud ingin membakar Ibrahim.. dalam diri pemuda.. konteks selaku mahasiswa.

         Apakah itu mahasiswa? adakah mereka yang memasuki universiti di gelar mahasiswa? atau mereka adalah golongan yang hanya peka pada pelajaran 24jam? itukah konsep mahasiswa?.. persoalan.... persoalan.. apakah maksud  "maha"? dan apakah itu "siswa"?

         Isu yang hangat sekarang ini yang berlaku di seluruh kampus universiti ialah pilihan raya kampus (PRK).. pelbagai senario dan gelagat yang di saksikan. seperti fungsi Malaysia selaku negara demokrasi, maka pilihan raya turut di lakukan di peringkat universiti bagi mereka untuk memilih bakal pimpinan dalam sesuatu universiti itu.

      Sejauh manakah mahasiswa sedar akannya? sesetengah menganggap bahawa ianya peluang baik bagi mereka menguji kepimpinan mereka, ada yang ingin bertanding semata-mata kerana inginkan pangkat itu, bahkan ada yang bertanding dan terlibat dalam pilihanraya semata-mata untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati yang terbit dari jiwa muda itu.. tidak salah sebenarnya.... namun.. biarlah kita lihat pada pokok pangkalnya....

      KUASA. itu sesuatu yang sangat bernilai yang ingin di perolehi. itulah tujuan mereka.. tidakkah mereka sedar bahawa kuasa dan keinginan mereka itu sebenarnya berada pada landasan islam itu sendiri? Islam itu agama yang syumul.. ianya merangkumi segalanya.. dan politik atau kuasa merupakan sebahagian dari islam.


      di peringkat selaku mahasiswa... keinginan itu di salurkan melalui medium ini... 


penglibatan dalam pilihanraya ini merupakan salah satu hak mahasiswa untuk merasai
wahana bahang politik sebagai latihan untuk mereka menghadapi situasi di luar.
hal ini tidak asing kerana.. islam turut menggariskannya.

apakah terjadi jika politik itu di satukan ke dalam islam....?
maka ianya akan membentuk "politik islam". buku karangan khalid ali muhammad al-anbariy
menyimpulkannya sebagai memberikan pengurusan atas hal ehwal seluruh umat muslim termasuk
non-muslim yang bernaung dengan aman di dalam sebuah negara islam.

namun, realiti politik sekarang sering berlaku di mana baik perkataan mahupun
perbuatannya menyimpang dari kebenaran ajaran islam. Apa yang dilakukan oleh
mereka adalah bertuhankan sekularisme, baik dari kalangan muslim dan bukan muslim itu sendiri.


melalut panjang lebar.. tidak ada guna.... tahu mahasiswa ni... benda panjang lebar...
malas nak di baca... so... here a words.... "STUDENT POWER"
itu di tangan semua pelajar.. maka jangan pandang enteng perkara mengundi
ini keranaianya menetukan masa depan anda..


STUDENT POWER!!!

  selamat menjalankan tugas selaku pengundi untuk semua mahasiswa dan siswi... di seluruh pelusuk institusi
pengajian tinggi di negara ini


...wallahualam...




     



1 comment:

  1. kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.... tunjukkan mentaliti anda.... sokonglah mereka yang benar2 berkredibiliti dan jujur dalam perjuangan mereka..
    untuk calon pula....

    sediakah anda untuk melaksanakan tanggungjawab itu? jangan sehingga anda di persoalkan di akhirat kelak.. akan amanah yang di pikul..

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...