Sunday, 1 May 2011

Imtihan Greetings.... @ exam greeting

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikm w.b.t (peace be upon U), greetings...
I bid to all readers...

kita sekarang berada dipenghujung semester... dan sudah sinonim kiranya jika hal seperti peperiksaan dibangkitkan disini.. well, examination ni perkara biasa dah kita lalui... semasa diperingkat UPSR lagi.. PMR, SPM, STPM, MATRIKULASI, ASASI dan banyak lagi..

sempena minggu exam yang dah nak dekat tiba ni (bg student UUM dan beberapa universiti lain) dan juga buat rakan2 di IPT lain seluruh negara yang sedang menduduki exam..
tidak lupa juga kepada adik2 yg bakal menduduki PMR, SPM dan STPM tahun ini..

moga sedikit perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk semua..


Saidina Ali K.W pernah berkata "daya usaha adalah kunci untuk insan mencari kemajuan, keinginan, dan kekayaan dengan syarat ada keinginan dan tujuan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi."

persoalan untuk diri kita.. " adakah wujud semua keinginan diatas dalam diri kita? nak kaya? nak berjaya? maka... usaha perlu disertakan dengan daya bagi mengefisienkan kesannya..



wajibkan diri sebelum membaca buku,mengulangkaji atau membuat latihan, lazimilah membaca:
-Isti'azah
-Bismillah
-Al-Fatihah
-doa Penerang Hati
-Ayatul Kursi
-Ayat seribu Dinar

perkara diatas menjadi amalan pelajar cemerlang "Nik Nur Madihah" yg mendapat 21A1 dan 1A2 dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

seterusnya benda penting yg hendak di shared

Pengurusan Stres dalam Islam

seorang muslim yang cemerlang ialah muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan, tidak kira apa jua masalahnya. Islam melihat punca TEKANAN lebih kepada kecelaruan dan kelemahan HATI(Qalb). Bagaimana mengatasi stress menurut islam?

~ membaca Al-Quran dengan mentadabbur maknanya
~ mempertingkatkan taubat dan istighfar
~ Taqarrub (mendekatkan diri dengan Allah) melalui zikir dan qiam
~ banyakkan sedekah
~ bijak mengurus masa (surah al-Asr telah membuktikannya)
~ Husnu Dzan (bersangka baik terhadap Allah)
~ tawakkal



TIPS meringankan tekanan apabila ditimpa ujian @ musibah

> penghapusan dosa (surah al-Syura:30)
> meningkatkan darjat
> mengingati Allah
> mensyukuri nikmat
> berasa ujian kita lebih ringan berbanding orang lain
> Allah menyayangi kita. (sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "barangsiapa dikehendaki
oleh Allah baginya kebaikan, maka akan diberi cubaan padanya" riwayat al-Bukhari)



ingatlah... jawab exam bersungguh-sungguh seperti diatas.. pada masa yang sama study Smart..


dan ingatlah juga... jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah....
yakin padanya dalam setiap masa... sesungguhnya akan muncul pelangi selepas hujan.. insyaAllah..

so all the best kepada semua...

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...