Tuesday, 8 November 2011

Aku & Kamu.. sahabat selamanya



Bismillah Alhamdulillah





SAHABAT  SELAMANYA


Bertali arus, dugaan tiba
menakung sebak airmata.
namun
tak pernah pun setitis
gugur berderai di pipi

Tidak ditempuh, hidup sengsara
suratan nasib yang melanda.
menongkah badai bergelora,
diredah.. bersendirian?

Segengam tabah di pertahankan
buat bekalan di perjalanan
sahabat merawat luka yang berdarah
sahabat membalut hati yang calar

Bila tertulis suratan nasibmu
yakinlah aku jua begitu..
derita yang dilalui.. ada hikmahnya
terlukis senyum di bibir lesu..
tak siapa tahu hatimu.

Aksara S.A.H.A.B.A.T itu
menguatkan diri ini.. kalbu
hatiku kini berwarna warni..
warna antaranya ialah kamu

Bukan ukhwah terjalin kerana belas,
jauh sekali hembusan bisikan was-was,
namun bersahabat terjalin..
kerana menuntun cahaya  ad-deen

SAHABAT SELAMANYA???
insyaAllah.


By : Nature mujahid


Nukilan yang telah lama ingin ku kupaskan, namun Allah tidak memberi ruang pada diri hamba untuk bernafas. Jiwa ana kacau, kerana mengetahui sahabat yang bakal jauh daripada diri ini. Namun,



Ini yang selalu ku ingatkan pada diriku.. kami pejuang agama Allah. Ini merupakan proses mentarbiyah..
Wahai sahabat... doa menguatkan diri kita.

1 comment:

  1. jadi lah sahabat bukan sahaja di dunia malahan jua sahabat ku di akhirat... moga terus dalam perjuangan menegakkan syariat islam bersama... "walau dimana kita berada , maupun ceruk di penghujung dunia sekali pun , moga islam menjadi pegangan mu... "... selagi mana fikrah dan matlamat mu masih dalam jalan yg seiring...insyaallah Allah akan tetapkan hati2 ini dan menyatukan hati pejuang2 yg dipilihnya..


    "salam ukhuwah fillah abadan abada wa salam perjuangan"

    p/s:Mujahid Sufi Di Bumi Tuhan

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...