Thursday 3 November 2011

HITAM ITU MANIS


Bismillah Alhamdulillah

Terasa bisikan 10 Zulhijjah di telinga.. kesunyian bukit Kachi menjadikannya lebih terasa. Haha, rahmat di 10 hari terawal bulan haram ni memang suam sangat..

Sebut tentang rahmat, Kurniaan Allah itu luas.. banyak yang diberi namun satu saja ana nak sentuh di sini di waktu ini. Rahmat "HITAM"

Kemarin (2/11/2011) pakcik-pakcik dan makcik-makcik kat sini, menyediakan "Dodol"
makanan tradisi masyarakat melayu. Terus terang, ni kali pertama lihat depan mata sendiri orang memasak Dodol.. ana sendiri turut serta menggaul Dodol. Fuhhh memang penat.



Sekilas pandang, apa sangatlah membuat Dodol ni, buat penat ja. Tapi ana tertarik dengan Dodol itu sendiri dan prosesnya.. Anak muda zaman sekarang tidak dapat menghargai tinggalan tradisi orang lama. Minda ana terbuka ketika terlibat sama menyiapkan Dodol ni. Teringat pada firman Allah :

" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sebahagin mereka menjadi penolong bagi sebahagian
yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makhruf dan
mencegah dari yang munkar, melaksanakan solat, menunaikan
zakat dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan
diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah maha perkasa
lagi maha bijaksana "

(At-Taubah 09 : 71)


ya, memang setiap orang bekerjasama dalam menyiapkan Dodol ni.. akak-akak Muslimah turut membantu sekali. tapi bukan itu yang hendak ditekankan disini... ^^

Islam itu bergerak dalam JEMAAH, Rasulullah sendiri membentuk jemaahnya dalam membawa risalah Tauhid seperti mana risalah yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.. 

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersiap-siagalah kamu
dan majulah ( ke medan tempur ) secara berkelompok, atau
majulah bersama-sama (  serentak )

(An-Nisa 04 : 71)

JEMAAH itu penekanan penting dan unsur penting dalam menjayakan Islam itu sendiri. Seorang sahabat ana pernah mengatakan, "ana masih kuat dalam Jemaah Islam kerana adanya sahabat-sahabat semua" Allahuakhbar... beyapa ukhwah itu sendiri kekuatan dari Allah.

Banyak yang boleh dipelajari dari Dodol ni.. ana senaraikan antaranya..  :

  • Dodol kena sentiasa dikacau agar tidak hangus.. dan semakin kita mengacaunya, ianya menjadi semakin likat, kental dan kenyal serta melekit betul? begitu juga konsepnya Islam dan dai'e. Tidak ada istilah rehat dalam menegakkan syiar Islam, semakin kita mendukungnya.. semakin kuat dan besar serta sukar halangan yang menimpa.

  • Kekuatan perlu digunakan secara bijak dalam menggaul Dodol, jika tidak.. tidak larat lah rasanya. Begitu juga dengan Islam.. seorang dai'e atau pejuang Islam perlu memohon kekuatan daripada Allah untuk meneruskan genggaman bara api di akhir zaman ini. Pada masa sama, strategi kena ada.

  • Bersilih ganti menggaul serta dibuat secara muafakat.  penjelasannya ada pada entri pertama.
"....Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan 
dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan
permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat 
berat seksa-Nya"

(Al-Maidah 05 : 02)


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^