Thursday 26 January 2012

PRIA CACAT IDAMAN WANITA


Bismillah Alhamdulillah

Allahuakhbar... sesumur waktu telah berlalu, kini tidak dirasa telah memasuki tahun 2012 Masihi bersamaan 1433 H. Lama kiranya ana tidak meng-update blog Hijau ni, rumput menjalar dan pokok tumpangan subur berselerak... memenuhi segenap ruang blog mujahid alam. 

Alhamdulillah.. diwaktu yang lapang ini, diberi kekuatan untuk mengasah kembali PENA HIJAU yang telah istiqamah dalam perjuangannya.



Mujahid a.k.a pria dan sewaktu dengannya merujuk kepada lelaki.. kaum Adam yang diciptakan oleh Allah. Menyebut perihal Adam.. pasti tidak sempurna tanpa ceritera Hawa disisinya. Begitu jugalah lumrah fitrah insani yang memerlukan kepada teman.

Persoalan ana disini, mahukah kita pada pasangan yang CACAT??? ana bertanya pada akhowat-akhowat di luar sana.. mahukah antum semua pada pria yang cacat untuk dijadikan pendamping hidup??

MAHUKAH ANTUM SEMUA????

Ya, jika diikutkan pada kata nafsu.. sudah tentu itu bukannya pilihan.. ana tahu.. nafsu itu bersifat "opposite" dengan sesuatu yang tidak dipersetujuinya. 

TAPI... ana nak tegaskan.. pilihlah pemuda.. mujahid.. pria yang cacat.. kerana mereka ini dambaan wanita solehah.. kerana semua mujahid yang CACAT ini merupakan calon muslim yang soleh.

Bukan CACAT fizikalnya tetapi kecacatan itu adalah kerana sifat kepatuhannya pada agama yang membuatkan dirinya asing daripada lelaki-lelaki lain di luar sana.




1.(Seorang yang Bakhil)

- Dia kedekut dalam memberikan SENYUMAN kepada wanita yang bukan mahramnya.
- Dia juga bakhil dalam meluangkan MASA untuk membuat temu janji dengan wanita ajnabi
  yang boleh dinikahinya.
- Malah turut kedekut dalam menghabiskan WANG RINGGIT pada wanita yang bukan 
  sepatutnya.

Namun dia begitu Pemurah ketika meluangkan masa dengan Allah. Tegas dalam kemurahannya mempertahankan akidah,serta murah dalam memberi teguran.


2.(Papa kedana)

- Miskin dalam ILMU yang tidak memberi manfaat serta miskin dalam melakukan perkara
  KEMAKSIATAN
- Papa dalam memiliki akhlak yang buruk

Namun dia sebenarnya Kaya dengan Akhlak mulia, kaya dengan kesabaran menghadapi ujian hidup. Malah lebih kaya dalam membina impian untuk Syahid di jalan Allah.

3.(Bisu dan pekak)

- Bisu dalam memberi sebarang PUJUK RAYU yang manis dan bisa menggoncangkan Iman
- Bisu daripada mengata aib sahabatnya
- Bisu dalam mengeluarkan perkataan yang bisa meracuni minda dan fikiran serta yang boleh
  membawa kepada kekufuran. 

Namun sentiasa basah bibirnya dengan mengingati Allah. Lidahnya tidak pernah lekang daripada membaca al-Quran. Lebih dari itu, dia pula seorang yang lantang menyuarakan kebenaran.

4.(Buta)

- Buta daripada melihat perkara-perkara MAKSIAT dan tidak berguna
- Kedua-dua matanya buta daripada melihat AURAT wanita yang tidak halal baginya.

Namun penglihatannya celik pada kekuasaan ciptaan Allah.. Rajin menikmati pemandangan yang mampu meningkatkan imannya.. dan tidak terpesona pada sesuatu yang melalaikan.




Dan kepada diri ana dan semua Muslimin dan lelaki di luar sana yang terbaca Entri ana ini.. jom bermuhasabah diri.. adakah kita semua telah melengkapkan diri untuk menjadi LELAKI CACAT tadi???

" Setiap dari insan itu ada pasangannya sendiri
dan telah ditetapkan oleh-Nya sejak azali lagi...
sedekahkanlah Al-Fatihah pada pasangan kita meski
kita tidak mengetahui lagi siapa gerangannya

yakin pada Allah...

waktu yang ditunggu itu pasti tiba juga
jika tidak di sini..
bertemu di Syurga nanti.. "

Nukilan : Naturemujahid

4 comments:

  1. assalamualaikum, menarik sungguh perkongsian anta, mengingatkan kembali apa yang telah kulupa.. syukran yaa......

    ReplyDelete
  2. Assalam. Perkongsian yang baik.. Allahuakhbar.. mg para dai'e di luar sana bahkan sesiapa pun.. berusahalah menjadi mujahid atau mujahidah.. lelaki mahupun wanita yang cacat..

    syukran kathir

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam ya akhi Azhar Ramlee dan Sahabat masjid. Bismillah Alhamdulillah... mga sedikit perkongsian dengan izin Allah ini mampu membentuk peribadi mukmin.. InsyaAllah.. bersama bermuhasabah. syukran juga kerana sudi meninggalkan jejak antum semua.

    barakallahu fika

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^