Thursday, 9 February 2012

kenangan Christmas seorang Mujahid (part 3)


Bismillah Alhamdulillah

sambungan........

Langit putih terbentang luas, kelihatan kejernihan laut Tasmania merentasi benua kecil dunia itu. Kebiruan teluk menambah kerinduan pada bumi marsupial, tanah tumpah darahnya..


“have a good day sir.. thanks for flight with us”

Pramugara diiringi oleh seluruh kru kapal terbang itu berbaris di kiri dan kanan memberi penghormatan pada tetamu VVIP mereka.

“Thankz” ucap Syusuke

Diluar lapangan terbang itu dikerumuni oleh masyarakat awam termasuk pihak berkuasa yang cuba mengekalkan suasana yang kelihatan riuh itu. Pihak media dan sekumpulan besar pelajar berarak di luar, seolah-olah berlakunya rusuhan.

“Coop, here..” sambil menyerahkan dua bebuli kecil yang berwarna hijau berkilau.

“rite.. I know what to do”

Pemuda tinggi berkulit putih kemerahan, berkot hitam persis seperti seorang peguam itu kemudiannya bergerak kearah orang ramai dan membuka penutup bebuli tadi, aroma klorofil kemudiannya memenuhi segenap ruang.. tidak sampai 10 minit semua yang ada disana bersurai dalam keadaan bingung

“hey, what the hell we doing here?” salah seorang pelajar bertanya rakannya

“beats me?” jawab dalam keadaan bingung

Pemuda itu tadi kembali kepada Syusuke sambil diiringi oleh dua orang lagi. Lelaki berusia 40an itu bertubuh tinggi dan memakai pakaian formal dengan baju T berwarna biru muda dengan jalur padanya manakala seorang lagi berpakaian yang sama cuma sedikit berisi

“It work like a charmed” puji lelaki yang berusia 40an itu.

“We never worried a thing” tambah lelaki yang berisi itu

“Mr.Andrew, Mr.Harrington..” memaling muka kepada mereka berdua kemudian berjabat tangan.

“you already knew I will do like dat don’t you” senyumnya.

Mr.Andrew merupakan manager besar di lapangan terbang Sydney itu manakala Mr.Harington adalah naib pengurus. Mereka berdua merupakan rakan karib kepada ayah Syusuke yang jelas menampakkan keakraban mereka.

“all of them are your fan and admirer Syusuke, why don’t you just greet them a warm appreciate?” Mr.Harrington bertanya sambil mereka duduk di limosin yang cukup menyelesakan itu.

“I am not.. beside I’m not a celebrity stars..” sambil tersengih menjeling kearah Mr.Harrington

“but you are the world greatest Chemist” Coop mencelah

“not to mention a handsome bachelor and the world greatest biologist” tambah Mr.Harrington

“plus.. a math’s genius.. and…”

“OKAY!!!!, that’s enough.” Dengan nada tegas Syusuke mencelah sebelum Mr.Andrew sempat menghabiskan pujian

“you being too modest you know that” Coop berkata smabil menepuk bahunya.

Syusuke senyap tanpa memberi reaksi, kepalanya tunduk sambil airmatanya menitis. Mereka berdua kemudiannya panic

“Oh my Goodness, are you sick dear?”

Mr.Andrew bertanya sambil mendongak lembut wajah Syusuke. Kelihatan kulit yang putih itu kemerahan dan biru anak mata menjadi lebih jernih kerana airmata itu

“Johnson ! go to the hospital now” suara cemas Mr.Harrington mengarah pemandu limosin mereka untuk mengubah arah.

“there is not need for that” Coop memecahkan suasana yang tegang itu

dia menambah lagi “Syusuke not sick, he just need a fine rest” sambil menunjukkan muka rasa bersalah walau Syusuke tidak memandang kerana kepalanya ditundukkan semula.

Setelah berlalu 27 minit perjalanan mereka, Syusuke terlelap dan ada 20 minit lagi sebelum mereka tiba di Rose Bay. Coop menjelaskan keadaan sebenar kepada dua orang yang Syusuke anggap pakcik rapatnya itu. Syusuke tidak mengiktiraf dirinya sebagai orang yang hebat dalam bidang sains terutama perubatan selepas insiden 5 tahun lalu..

Perkara yang mengubah sejarah hidup Syusuke itu apabila kawan karib yang juga merupakan rakan pertamanya “Christ” meninggal dipangkuannya. Syusuke masih dibelenggu rasa bersalah kerana tidak dapat menggunakan kemahiran perubatan yang selama ini membantu ramai orang tetapi tidak dapat menyelamatkan rakan karibnya.

“now you mentioned.. I kindda recall back that incident..” ucap Mr.Andrew dengan rasa sayu

“poor boy, he gone through a lot” sambungnya lagi.

[ Situasi : Limosin itu kemudiannya selamat tiba dihadapan mahligai yang tersergam indah dikelilingi teluk Sydney di sebelah kirinya manakala laman berbunga di sebelah kanannya. Pintu pagar kemudiannya terbuka dan ramai yang menunggu di hadapan rumah agam itu. ]

Syusuke diikuti oleh Mr.Andrew, Mr.Harrington dan Coop keluar dari limosin, kemudian orang gaji yang ramai itu  sebahagiannya mengangkat barang milik tuan mereka.

“Finally you home my darling” suara lembut yang dirindui menyapa mesra

“Mom !!” Syusuke memeluk erat permaisuri hatinya itu.

“glad to have you back big bro!” sampuk adik lelakinya

Sesi itu kemudiannya berterusan ke ruang tamu yang luas itu, mereka kemudiannya makan malam bersama.

*****
Selesai makan malam itu, jam dinding menunjukkan 10pm. Keadaan rumah mula sunyi dan berlakulah dialog antara dua orang adik beradik

“You not surprise or wondering where father is?”

pemuda berusia 25 tahun, berambut perang yang sememangnya genetik keturunan Halliwell itu bertanya kepada Abang yang tua 2 tahun darinya. Syusuke sibuk membelek novel tanpa menghiraukan pertanyaan adiknya

“want some more popcorn?” Tanya Syusuke

“Don’t try to avoid me..” tegasnya

“what? What ur Q gen?”

“see there we go again.. don’t pretending Syusuke”

“I am not !!”

“yes you are. I’m your brother, I know you better”

“ok..ok.. you got me. Nope.. not a bit in my head” sambil tersenyum

“not a tiny.. particle of him?”

“No. Sorry to disappointed you”

“you’ve gone for 2 year in conducting your research..and he didn’t come to celebrate ur 
success?.. I..”

“Well, dats our father for sure.. business first, family comes second.”

Syusuke kemudianya menukar topik perbualan “how’s your sport centre?”

“great..!! now there 5 branches already..” dengan bangganya berkata

“Christ sure proud of you..”

“Of course.. I’m his apprentice”

Berbeza dengan kehendak ayah mereka untuk menjadi seorang Usahawan dan ahli perniagaan yang Berjaya, Satchel merupakan pemilik pusat sukan terkenal dunia, juga merupakan salah seorang pakar termuda dalam bidang sains sukan.. pusat sukan milik mentornya Christ berkembang pesat.

[ Situasi : 23th December, cuaca sedikit redup tanpa tanda-tanda menunjukkan turunnya salji. Syusuke berada dikawasan lindungan hidupan liar dengan berpakaian ranger hutan. Dia berada dikawasan paya sambil ditemani oleh seorang pemuda dan dua pembantunya. ]

Bunyi unggas jelas kedengaran di Botany bay ini yang sememangnya terkenal dikalangan pencinta alam.

“so how the marin creatures here? Are their ecosystem interrupt?”

“blessed it be.. so far so good”

“em.. well done.. my Charm dex here provide the same data”

Mereka kemudiannya bergerak ke jeti Botany Bay untuk sesi snorkeling bagi meninjau “weedy seadragon” di situ yang sememangnya sukar ditemui.


“so Carl, you done a really excellent job to protect this creatures” kagum

“ya.. the day you shown me, I fell to it”

Sambil bergerak ke meja utama pejabat , Carl membuka fail menunjukkan data populasi hidupan marin di sana. Terpapar pada skrin digital itu ribuan data dalam ribuan fail BBW. Syusuke mengeluarkan kabel halus pada charmed dex miliknya dan disambung terus ke saluran USB computer itu

“downloading data” tertera pada skrin

“it will take 20 minute to complete, so shall we dive?”

“sure!!”

Mereka kemudiannya bertolak menaiki bot ke sebuah teluk berdekatan lalu memulakan penyelaman. Syusuke yang tiak memakai sebarang kelengkapan menyelam itu ditemani oleh Carl dan Dr.Abingale memulakan eksplorasi. Syusuke sememangnya dikenali dikalangan saintis seorang aktivis alam sekitar terutama yang melibatkan hidupan laut. Gelaran “Merman” sememangnya padan dengannya melihat pada cara renangan yang selamba dan Nampak semulajadi itu.

Pemandangan dasar yang indah dengan terumbu karang yang membentuk benteng mewarnai dasar teluk. Penyu kelihatan berenang tenang mendekati Syusuke. Dr.Abingale mula memerhati pertumbuhan kima gergasi dikawasan itu manakala tidak jauh dari tempat kima itu Carl dan Syusuke melihat subjek yang dicari mereka.
Kelihatan sekumpulan “weedy seadragon” sedang berenang berdekatan terumbu karang yang disaluti oleh rumpai dari sepsis noni itu. Sekali imbas kelihatan seperti rumpai laut namun bila diperhtikan secara teliti sebenarnya merupakan hidupan dari spesis kuda laut.

“This is earth wonders.. subhanAllah.. can 1 day I witness the wonders of Jannah?” cetus hatinya.

Selaman selama 40 minit itu berterusan sehingga Dr.Abingale dan Syusuke Berjaya mengumpul sample yang diperlukan. Mereka kemudiannnya naik semula ke bot yang setia menanti di situ.

“Fuh!! What a catch.” Dr.Abingale melepaskan lelah sambil berpuas hati terhadap sample yang Berjaya diperolehi mereka.

“the marine creatures here lived in peace and healthy. Your pass inspection capten” sambil meletakkan tangan kanannya dikepala menunjukkan simbol hormat.

“thankz Dr.Syusuke.. shall I say the (merman)”

“ehem.. remind me who gave me the title” sambil menjeling kearah Dr.Abingale

Syusuke memang seorang perenang yang handal dan terkenal dengan jolokan “merman” dikalangan teman-temannya. Carl kemudian bertanya mengapa Dr.Syusuke boleh berenang tanpa naik ke permukaan dalam tempoh yang lama, orang biasa pasti mati dibuatnya.

“you want to know the secret?” Syusuke kemudiannya mengeluarkan sebotol pil yang sebesar botol mineral dan mengandungi pil biru sebesar ibu jari didalamnya beserta sebuah beg kecil yang penuh dengan penyekat hidung.

“Your using drugs?”

“yup. A synthetic non harmless one. This pills enable our body to adapt to our surrounding really quickly especially in watery places.” Menerangkan

“wait.. I don’t get it yet. Watery?”

“yup.. when we were a baby, we once lived in our mother womb where the space is full with placenta right?” Carl mengangguk

“so the concept is same, but the pills only hold for an hour. Within that time, you can swim as much as you like.” Sambil tersenyum

Muka Carl seolah tidak percaya dengan penjelasan yang didengarnya. Mereka kemudian pulang semula ke pangkalan untuk fasa seterusnya.

“tit…tit…tit..” caller ringtone berbunyi

“Hairul Rauf calling” tertera pada skrin

“Dr.Syusuke, you’ve got call!!”

“rite.. coming!!”

Syusuke kemudiannya bergerak kearah Carl, “if you excuse me”

“Assalamualaikm… gimana khabarnya di sana Syusuke?”

“waalaikummussalm.. Alhamdulillah sihat saja” dengan nada perlahan

“suara kamu pelan ja.. ada apa?” gusar Hairul

“tiada apa, kenalan lain ada disini, takut mereka dengar”

“ok.. ada berita baik. Saya dan beberapa teman lain akan singgah ke Sydney esok”

“betul? Wah menarik.. jumpa disini nanti.” Nada teruja.

“insyaAllah flight kejap lagi, ok dulu, doakan kami.. assalmualaikum”

“InsyaAllah… waalaiku” ucapan Syusuke terhenti seketika ketika Dr.Abingale menyapa 


“Syusuke?” ……….. 


to be continued..

Tuesday, 7 February 2012

BLUETOOTH akhlak


Bismillah Alhamdulillah

Bismillah Alhmadulillah, sebut saja mengenai “Bluetooth” medium yang digunakan untuk pemindahan data, video, gambar digiral dan banyak lagi. Itulah kegunaan applikasi “Bluetooth” ini. Erti kata lain, seseorang itu boleh memiliki apa yang dimiliki atu merasa apa yang empunya sesuatu itu miliki.

Tahukah sahabat semua bahawa akhlak yang bersifat bukan digital malah sesuatu yang abstrak boleh di “bluetooth” jika kena caranya?

Ya!! Itu kemahiran yang ada pada Rasulullah s.a.w. Baginda mampu memindahkan atau 
( channeling ) akhlak sehingga menimbulkan kebeningan dikalangan para sahabat dan orang lain. Setiap individu bila berada dekat dengan Rasulullah.. atau ketika bersama baginda s.a.w pasti berasa dirinya yang paling penting, kerana Rasulullah melayan setiap sahabat dan orang yang bersamanya seolah-olah mereka itu orang penting.

Allahuakhbar..begitu sekali peribadi Rasulullah.. mahabbah itu tertumpu pada baginda sehingga aplikasi moden hari ini telah wujud 1400 tahun ketika Rasulullah masih hidup.
Bolehkah kita melakukan “Bluetooth” akhlak dan peribadi kita pada orang lain? Jika aplikasi “Bluetooth” seseorang itu tertutup, macam mana akhlak yang nak di “Bluetooth” itu mampu sampai kepada mereka?

Jawapannya cukup mudah.. contohilah akhlak Rasulullah s.a.w .

Monday, 6 February 2012

Syeikh Muhammad Nuruddin : Keperibadian Habibullah


Bismillah Alhamdulillah

Memulakan Entri untuk kali ini dengan berselawat terlebih dulu.. Jom " Allahummasholli wassalim 'ala sayyidina Muhammad, wa aalihi Muhammad... Allahummasholli 'wassalim 'ala sayyidina Muhammad, wa sohbihi Muhammad " x3.

Pagi tadi Alhamdulillah ana menghadiri program yang dianjurkan oleh Pusat Islam UUM, sebuah kuliah yang bertajuk "Menelusuri keperibadian Rasulullah s.a.w" . Tajuk ini dikupas oleh ulama Indonesia yang tidak asing lagi Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin





Rasulullah s.a.w selaku insan yang terpilih bagi menjadi penutup sekalian nabi-nabi dan para Rasul dipilih dari kalangan manusia dan bukannya Jin atau Malaikat, keranaAllah tahu, manusia hanya memahmi kejadian dan peribadi manusia sendiri.

Ramai yang berkata bahawa junjungan besar Rasulullah s.a.w merupakan insan yang mulia dan keperibadiannya sukar di contohi .. kesempurnaannya sukar untuk di "copy"  adakah ini alasan untuk kita tidak mencontohi baginda dalam kehidupan?

Siapa sebenarnya Rasulullah?.. Rasulullah adalah insan pilihan Allah.. dikalangan manusia yang mana baginda berpeluang merasakan kesihatan, lapar, dahaga, kehidupan, kematian.. bahkan baginda melalui zaman kehidupannya sama seperti kita juga, bermula dari bayi ke zaman kanak-kanak , ke usia remaja hinggalah ke usia umur baginda 63 tahun.

APA YANG BEZA DI SINI??? BUKANKAH KITA LALUI PERKARA YANG SAMA? 

Atas faktor apa kita tidak boleh membawa ketauladanan Rasulullah dalam kehidupan seharian kita?

...titt...titt..titt 

Sedang khusyuk mendengar tiba-tiba bunyi deringan fon memecah fokus. Ustaz kemudiannya berkata sila senyapkan fon anda.. kita bincang mengenai keperibadian Rasulullah di sini.. beri hormat. Insan yang kita perkatakan ini bukanlah sembarangan.. mana adab dalam majlis yang Rasulullah tidak ajarkan?

Ustaz turut menyentuh mengenai adab-adab di majlis sehingga suatu saat Al-Fadhil ustaz menegur beberapa audien yang kelihatan duduk santai sahaja. Inikah kita yang katakan cinta pada Rasulullah??

Ustaz sentuh secara pantas dan diantara Ibrah yang boleh ana peroleh disini

- Bagaimana keperibadian Rasulullah sehigga dalam majlis, setiap orang dalam ribuan sahabat yang menghadiri.. tidak seorang pun berasa terpinggir, bahkan setiap dari ribuan mereka rasa dihargai , tumpuan dan penghargaan yang diberikan oleh baginda tidak kurang dari satu ke saorang yang lain. Allahuakhbar... 

- Bagaimana Akhlak Rasulullah yang menegur seorang badwi yang kencing di masjid.. sehingga baginda menjadi peguam.. pembela bagi badwi yang terang-terang telah mencemari masjid... tempat suci untuk beribadah.. masih wujudkah pemimpin seperti ini?

SUDUT PEMIMPIN !!! 

Sedikit sebanyak juga yang disentuh dalam aspek ini, Ustaz mengatakan.. carilah mana pemimpin hari ini yang :

1. membiarkan orang bawahannya atau orang lain menjamah makanan terlebih dahulu 
    sebelum baginda.. Rasulullah adalah yang terakhir sekali menjamah. wujuddkah masih
    pemimpin seperti ini?

2. Pemimpin yang sanggup berkongsi bekas yang sama yang telah dikongsi oleh ramai orang.
    Lihat saja hari ini, pemimpin yang makan terlebih dahulu.. diutamakan terlebih dahulu..
    dan segala keistimewaan diberi.. Rasulullah pula sebaliknya.. wujudkah masih pemimpin
    seperti baginda?

[ Berdasarkan sirah dimana Rasulullah berkongsi semangkuk susu bersama puluhan sahabat yang lain namun air susu itu tetap mencukupi ] 

Banyak lagi sebenarnya dan ana berkongsi apa yang ana rasakan penting disini. Sedarkah kita bahawa Rasulullah sentiasa berada bersama kita tiap detik.. lihat saja dalam lantunan bacaan solat.. lihat saja dalam lantunan Azan..

Al-fadhil ustaz kemudiannya menyimpulkan, kenalilah baginda Rasululah.. kenalilah baginda sehingga sifat peribadi baginda itu seolah telah menjadi pakaian dalam kehidupan kita. Mulakan saja dengan yang kecil dulu..

-minum dengan tangan kanan
-Tidur menghadap kiblat dan berwudhuk
-memuliakan anggota kanan terlebih dahulu

dan banyak lagi. Allahuakhbar.. sepanjang 2 jam bersama, titisan jernih asyik mengalir saja Betapa jauhnya lagi diri ini untuk meneladani baginda. Namun satu yang ana pegang yang dikatakan oleh ustaz sehingga mengubah pandangan ana... secara TOTAL..


Bagi yang mengenali diri ana, ini titik perubahan bagi diri. Jika sahabat semua melihat ana melakukan tabiat lama itu tegurlah ana.. kerana sekarang  ana ada "reason" untuk tidak melakukan tabiat lama itu lagi insyaAllah

Saturday, 4 February 2012

Senah helwa : MujahadaH Islam



Malam itu.. aku bertaqarrub sendiri..

selepas Isyak itu.. duduk seketika di luar Badlishah.. Allahuakhbar.. indahnya malam di taburi kilauan cahaya.. hati sayu teringat seorang hamba ALLAH 

"datng jangan x dtng tau.. ada 3 kek !!!" nada excited

Allah.. akak Fatihah.. tersentak dri lamunan.. em tetiba rasa lain saja..

"napa ek? "

Seusai al-Lail.. bru ku tahu.. hari istimewanya pula.. 

Selamat hari lahir kak Fatihah.. 

Dash minta maaf sangat2 x dpt jenguk ke kelantan.. U_U


namun...........

Tulus ku ucap moga Allah memberikan kekuatan padamu untuk terus berjuang.. tsabat...

-moga dimurahkan rezeki di segenap lapangan
-moga cepat beroleh jodoh @.@ !!
-moga sekeluarga sihat adanya...

banyak lagi lah....

tapi andai 1 saja yang Allah nak tunaikan.. ku pohon padamu ya Allah 

-agar kau pelihara Imannya.. kerana ku tahu dengan itu.. dia kan selamat dunia akhirat..

p/s : Tuntut hadiah buka sem nanti..

from : Nature Mujahid

Vista Ku


Bismillah Alhamdulillah

Selesai mathurat ku bersendirian Asar itu, aku bersiap untuk kembali ke penginapan pelajar ku kini di Eon. Perjalanan dari masjid Badlishah tidak terasa jauhnya kerana ditemani dengan alunan selawat "Unique-Binnabil huda ya Rasul"

Maulidur Rasul kali ini kurasakan kosong, tanpa sahabat bersama.. Namun, selawat menjadi penawar hatiku di kala ini.

Bilikku terletak di penghujung blog G, di sebelah kanan keluar dari bilik di hiasi dengan rimbunan pepohon yang setia meluruhkan klorofil expired.. menampakkan suasana seolah berada di musim luruh.

Diri ini bermonolog "indahnya jika dosa-dosa ku gugur ibarat daun yang ringan di tiup angin"

Selama ini menjadi pelajar bukit Kachi, namun di kesampatan ini berpeluang merasa menjadi pelajar kampus dalam, tak sabar untuk meneroka varsiti tercinta.

Untuk kali ini, pengembaraan ku bermula dengan nature walk yang ku lakukan setiap petang. Tapi destinasiku tertumpu pada puncak tertinggi di sini.. sambil berselawat dan bertasbih, sambil menikmati hijaunya alam.. subhanAllah.. 

"you are the Mighty creator.. Allah, I always impress every time I look to ur creations"

Untuk tiba ke sana, likuan tangga harus di lalui... dan ^^ jika tidak berstamina. pasti akan semput


Dalam perjalanan, terdapat dua jalan pula... jalan yang panjang ialah dengan melalui tangga dan shortcutnya melalui dinding curam bertali.. Otak berfikir nak lalu mana kemudian memilih untuk mengambil jalan singkat..

"ouchh !! >.< " tangan terseret pada besi yang ada di situ menyebabkan cairan merah segar melimpah keluar..

"Allahuakhbar..." sambil menekan luka bagi menutup pembuluh arteri. Alhamdulillah Allah membenarkan diri ini mengaplikasi ilmu yang di timba ketika menjadi pegawai ST.JOHN suatu ketika dulu.

........................................... perjalanan di teruskan sehinggalah tiba ke puncaknya. Destinasi untuk kembara kali ini.




Akhirnya... @.@ ! tiba ke puncak... penat memang penat dan tiba-tiba pandangan mata seolah menjadi kabur.. sebelum berlaku apa jua kejadian, aku merehatkan diri sebentar di pondok putih.

"Ahh.. nyamannya... Allahuakhbar" angin bertiup melebihi sepoi bahasa, sedikit kencang sehingga menggoyangkan pokok di sekitarnya..

Dalam menikmati keindahan itu, sekumpulan orang luar juga tiba di puncak ini.

Aku tertanya.. "adakah mereka melalui sama seperti yang sa lalui???" 

setelah penat hilang, maka diri ini beransur ...

" ^^ seperti biasa.. ada ibrah yang ku perolehi lagi" bisik hati kecilku 

kemudian tersenyum..


Ya... mungkin pada pandangan "LAYMEN" ini sekadar cerita sia-sia.. namun ana yakin, perkongsian ini dapat membawa pembaca semua untuk mengambil tahu.. setiap apa saja yang kita lakukan sebenarnya mengajak kita kepada Allah. 

"Sinaran mentari itu asalnya satu... namun memancarkan bahang ke pelbagai pelosok bumi yang berbeza"

Begitu juga kita.. hambanya. Islam itu asalnya dari Allah.. dibawa oleh kekasihnya Rasulullah s.a.w  [ Alahummasholi wassalim 'ala sayyidin Muhammad.. wa aalihi Muhammad ]. Islam kini tersebar ke seluruh pelosok Bumi.. setiap kita memiliki pendekatan seniri dalam mendekati dan mengajak kepada Islam.

Ibrah itu !!!

Hidup di bumi Allah adalah untuk beribadah kepadanya.. [ 51:56 ] niatkan di hati, sambil bersanam ke puncak Vista itu, sekaligus untuk meningkatkan iman dengan mendekatkan diri pada ciptaannya..

Puncak yang dituju adalah salah satu hentian daripada banyak lagi hentian di bumi ini, kerana dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin.

Walau sekadar perhentian.. masih banyak rintangan yang perlu dilalui.. sehingga tiba masa untuk membuat keputusan laluan mana baik untuk diambil.. Apa jua keputusan yang diambil jika di murnikan niatnya, insyaAllah pasti akan berjaya walau menah ( tangan berdarah )  melanda.

Satu yang paling penting.. hidup dengan membawa Islam itu sememangnya berat.. ada saja tribulasi melanda.. namun itu yang menjadikan perjalanan itu manis..

Itulah Vista ku... antum semua?

"Allahuakhbar.. Allahuakhbar...!!! " 

Seruan langit memanggil.. Jom solat berjemaah..

wassalam 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...