Thursday, 2 February 2012

Ibrah di bumi Marsupial


Bismillah Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah... akhirnya setelah tiga hari bermusafir ke benua terkecil dunia, kini selamat tiba di bumi Kedah semula..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda "tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina" maksud tersirat di sini, ilmu seseorang itu boleh di timba melalui pengalaman yang di lalui.. seperti tokoh-tokoh Islam terdahulu.. Alhamdulillah, mengenal negara lain dan mengkajinya selain Malaysia membuka tabir penglihatan seorang hambanya..

Macam tak percaya dapat menyelami dunia Sydney... sekaligus memberi diri ini peluang lagi untuk menguasai latar untuk sambungan novel N.A.T.U.R.E 


About Sydney !!!




Sydney merupakan ibu negeri bagi South Wales, merupakan kawasan bandar yang terletak di "coastal basin" iaitu lembangan pesisir pantai.


Sydney dilindungi oleh Blue mountain di sebelah barat, Cumberland Plain di bahagian Utara serta dikelilingi oleh Sydney harbor di pesisirnya.. Cantik sangat.. cuaca still sama kat Malaysia.. panas.

Time Shock !!!

^^ perkara lumrah yang berlaku dikalangan musafir.. terutama yang mengembara luar dari skop negaranya.. Itulah yang berlaku pada diri ini.. sedikit perkongsian untuk sahabat semua.. waktu di Australia secara spesifiknya "SYDNEY" awal 3 jam dari Malaysia..

Zon waktu dunia harus bertambah +1 untuk selaraskan masa. Alhamdulillah, syukran kepada Eric Denver [ kenalan ] yang sudi menjadi tour guide.. hehe

Disini dapat kita pelajari kekuasaan Allah yang bagaimana peredaran matahari dan bulan (siang dan malam) mempengaruhi kehidupan kita.. oleh itu tidak mustahil jika perjalanan Israk Mikraj Rasulullah hanya dlm tempoh satu malam.



Bondi Beach !!!



Bondi Beach... salah satu daripada daya tarikan kat Sydney.. terletak di tenggara Rose bay.. jauh juga tapi tidak dirasa.. jalan raya sini "smooth" saja.. tidak jem seperti di Malaysia.

Pemandangan pantai ni mirip cam kat Sabah.. Allah.. rindunya nak balik....
Eric kata, disinilah tempat lepak mereka selalu.. tapi Alhamdulillah dia faham.. kami tidak stay di sini lama-lama.. maksiat mata sangat banyak.. >.<

Rose Bay !!!




Tempat tumpuan utama kerana terletak di sepanjang alur Sydney Harbor. Area ni juga letak bandar-bandar kecil (pekan kot).. souvenir banyak juga sini tapi [ T.T duit tiada ]  jadi kita window shopping saja.


Benarlah Islam itu sememangnya Indah namun.. akhlak terpuji yang patut diwarisi dan dicontohi tidak dimiliki oleh majoriti muslim hari ini.. Lihat saja di sini, akhlak yang ditunjukkan sangat menggambarkan Islam namun mereka penganut Kristian katolik.


Jauh di sudut hati ni.. .. Allahuakhbar.. ( speechless )


namun begitu.. setiap negara di mana sekalipun.. akan pasti ada orang Islam.. begitu juga di sini.. wujud satu pertubuhan Muslim South wales.. yang membela nasib muallaf mahupun muslim di sini kerana mereka golongan minor.


Botany Bay !!!



Tempat terakhir yang dikunjungi... kawasan Botany bay ni adalah kawasan perlindungan marin. Dilindungi oleh taman negara dan servis hidupan liar dengan kerjasama BBW.


Kawasan ini juga terlindung oleh tanah tinggi yang sangatlah curam.. gerun nampak..



Special food dekat sini adalah makanan laut... yang semestinya tidak diri ini makan.. (alergic >.< ). Seafood kat sini murah dan segar.. teringat kat Kota Kinabalu.. camni jugak.


Tertarik ngan kepah ni (clam), ada sebab mengapa ana mengambil gmbar kepah ni.. seperti yang kita tahu.. betapa lembutnya isi kepah.. di mana ia dilindungi oleh kerangnya yang keras.. ibarat itulah kita seorang mukmin...




Jiwa mukmin itu lembut.. andai di asuh dengan cintakan Allah.. nescaya hati nurani itu akan menangis bila menyentuh kebesaran Allah.. pada masa yang sama mukmin itu di lindungi oleh Al-quran.. As-sunnah yang dijadikan panduan serta cabang Islam [ Jinayah, siasah, muamalat, munakahat, etc ] agar tidak hanyut dan tercederanya hati yang lembut itu..


Kepah dan seangkatan dengannya memiliki photo neuro sense.. ( sensitif pd cahaya ). yang ana rasa kita selaku muslim patut mengambil cakna di sini.. Sensori ini memudahkan kerang 
( molluscs) untuk cakna pada persekitarannya.. sebab itulah mengapa jarang kita melihat kepah atau tiram yang terbuka.. 


Mukmin juga harus begitu.. pekalah pada dunia Islam sekarang..  


BOTANY BAY WATCH ( BBW )

Bentuk muka bumi berlembangan pantai menyebabkan kawasan ini kaya dengan hidupan marin.Oleh itu ianya dilindungi oleh pihak berwajib.

Ini adalah Mr.Carl Fallon [ gambar bawah ] seorang career developer Manager di Abyss scuba diving yang juga pengasas pada persatuan ini.



Mesra di panggil Carl, memberitahu bahwa tempat ni special bagi satu spesis kuda laut yang sangat jarang di temui kini.. iaitu "weedy Seadragon atau nama saintifiknya Phyllopteryx taeniolatus 


Jiwa yang memang meminati alam menjadi teruja... wah.. tak pernah saksikan secara live makhluk Allah yang satu ni.. comel sangat.. walaupun teruja.. tak berani berskuba dive.. haha, mungkin lain kali insyaAllah..  gambar bawah ni ( Weedy Seadragon )



[ grassy seadragon... spesis yang sama ]


Indahnya ciptaan Allah.. tidak di jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. mengapa mesti Allah jadikan kuda laut ni sedemikian rupa?? mirip dengan rumput dan rumpai air?? 


ha.. kita boleh aplikasikan disini selaku individu muslim mahupun Islam yang kita junjung tinggi tu.. apa dia??? ana serahkan untuk antum semua menaakul kebesaran Allah ni..


Sekadar coretan ringkas sepanjang mengembara ke Sydney.. InsyaAllah ada rezeki akan ke sana kembali..  


to Eric Denver : "thankz so much for the treat pal.. "

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...