Saturday, 4 February 2012

Padang Pasir ke Dataran bunga Cinta


Bismillah Alhmadulillah


Sekadar 12th RabiulAwal ???



Bismillah Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah masih memberikan nafas sekali lagi untuk menintakan pena bagi perkongsian semua.

"Binnabil huda ya rasul salam

Wa'ya mursalah rahmatalil alam

Alaika sollatu alaika salam

wasohbikal watabiinal kiram

......

Binnabil huda nahluju dulhuda

sanabki 'ala aditu lulmada

Bazzalnaddimak wartadhoi nor roda

Li nashril huda ya Rasulullah

.......


Setiap kali memasuki RabiulAwal, pastinya sinonim dengan sambutan Maulud nabi, Rasulullah s.a.w yang tercinta. Gembiranya hati melihat begitu ramai saudara seagama yang menyambut peristiwa kelahiran Rasulullah. Baginda sememangnya insan istimewa yang di muliakan oleh al-khaliq sendiri.

Kegembiraan itu juga perlu diselitkan dengan kesedaran, Rasulullah wafat pada hari yang sama juga. Persoalan yang penulis ingin timbulkan di sini berkaitan hadis akhir zaman yang Rasulullah s.a.w sebutkan mengenai “buih di lautan”

Akan tiba satu masa, di mana kaum kuffar dari serata dunia akan mengerumuni kamu seperti mana anjing lapar memngerumuni bekas makanan. Sahabat menjawab : ya Rasulullah, adakah bilangan kami sedikit pada waktu itu? Baginda berkata : bahkan jumlah kamu lebih ramai.. tapi umatku ibarat buih di lautan 

Sejauhmanakah kita umat Rasulullah s.a.w menyambut 12th musim bunga ini?? Adakah manisnya hanya sekadar di bibir??

Manakah jaminan yang kita tidak hanya semangat setakat di sini??

Mari koreksi diri bersama…

Sudah mencapai tahap Ph.D ke kita mengenal Rasulullah??
Sudahkah kita mencintai baginda secara fanatik??

Jika ya..

Apakah tindakan kita ketika karikatur Rasulullah di hina?? Insan agung di cemuh oleh kuffar laknatullah. Apa yang kita buat??

Cukupkah sekadar marah? Cukupkah sekadar memprotes? Adakah sekadar itu cuma?

Mana tahap kefanatikan cinta kita pada baginda?

Ayuh semua, jangan biarkan sambutan 12 musim bunga ini hanya hangat disini saja seperti sebelumnya.. semaikan butiran benih cinta yang akan berbunga sepanjang tahun.. 


ubahlah padang pasir dalam diri kita menjadi  lapangan bunga cinta kepada Rasulullah.. sebagaimana baginda mengembalikan Jahiliah yang tandus kepada pusat tumpuan manusia (kaabah) di Mesir.


......

Allahummasholi Wassalim ala sayyidina Muhammad

wa aalihi Muhammad

Allahummasholi wassalim ala sayyidina Muhammad

wa sohbini Muhammad 

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...