Saturday, 31 March 2012

ApR!L Fo0L

Bismillah ALhamdulillah


edited by : Nature Mujahid




Hari ini adalah 1 April 2012.Ada apa dengan 1 April? April fool? Ya ! 1 April merupakan April Fools Day.


Orang Barat menyebutnya sebagai ‘April Mop’.Ada apa dengan april fool? Ramai orang Islam kini tidak tahu apa yg terkandung dalam april fool, yg mereka tahu ialah april fool adalah hari dimana boleh membodohkan orang atau mengenakan orang lain serta hari yg boleh dibuat kejutan. 

Sayangnya tidak ramai yg tahu asal usul april fool ini.Namun tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah kekejaman tentara Salib terhadap Muslim Sepanyol(Andalus)? 

Perayaan April fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya kita mengimbau sejarah Sapanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam.


Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan. 
Islam telah menerangi Sepanyol.

Disebabkan sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai penduduk Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah pengintip untuk menyiasat kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya pengintip itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara sembunyi-sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk menarik minat kaum muda agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca & mendengar ayat-ayat Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang ditugaskan meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh tapi termasuk juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan sadis.Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mencari & mengejar mereka.Ketika jalan-jalan sudah sepi, yg tinggal hanya sisa ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera Salib mengetahui bahwa ramai Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu membuat pengumuman bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. 

Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” 

Demikian helah tentera Salib.Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya berjalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya & membakarnya.Api marak menjulang ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan terpana ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentera Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.Dengan satu teriakan arahan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh dan menghapuskan umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. 

Jerit tangis dan takbir membahana.Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. 

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Oleh kerana itu tidak patut jika ada orang Islam yang turut serta merayakan tradisi ini kerana dengan merayakan April Mop. 

Sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol beberapa abad silam.

Jadi,adakah anda juga termasuk orang yang merayakannya?

BY: ilmi-islam.com

Cer!TeR@ TebU

Bismillah Alhamdulillah

TEBU F!E$t@ (30/3/2012)

Segala puji pada Allah yang menciptakan satu pertemuan... sesuatu kektetapan yang pasti tidak akan sia-sia.

Hari ini, ana menimba satu lagi pengalaman baru, yang jelas sejelasnya baru bagi diri ini mahupun bagi sahabat ana yang lain. Pengalaman di bumi Jelapang padi yang pasti lekat di memori.



Ceritera Tebu.... akan tiba suatu masa dalam beberapa tahun, Pak Mat (heroes of Kachi) akan mengadakan acara yang kami kenali daripada senior sebagai "PESTA TEBU" ... menarik bukan??? 


wow... bunyi special sangat... ^^. So tibalah hari kejadian dimana pesta bermula. Sebenarnya pesta ni bermula dari semalam hinggalah hari ni.

Pesta Tebu ni menariknya sebab perahan jus tebu tadi akan dimasak didalam kawah yang besar dengan dikawal menggunakan dapur arang bawah tanah dimana ubi kayu direbus bersama hingga kehitaman. HAH!!!! ni makanan tradisional
menarik kan. ^^


LOMPANG UBI   : Bahan yang diperlukan sangat mudah iaitu Tebu dan Ubi kayu. 



  • Ubi yang telah dibersihkan akan dimasukkan ke dalam raga anyaman seperti gambar di atas.
  • Sebelum memasukkan ubi, perahan jus Tebu yang segar tadi di didihkan terlebih dahulu, 


  • Setelah itu, dengan menggunakan pengacau, kita sirami dan mandikan ubi tadi dengan air tebu supaya sebati..
  • Proses mengambil masa 8-9 jam..
  • Hasilnya....



CeR!t3rA SMIAS  

Pak Mat sangat dekat dengan kami, SMIAS.... beliau dan isterinya merupakan sebahagian daripada keluarga besar kami..


Ahmad bin Lateh atau mesra dengan panggilan "Pak Mat" .. Inilah orangnya. Veteran dan orsng berpengalaman di bukit kachi yang kini menjadi penginapan bagi ribuan mahasiswa dan mahasiswi UUM.

Rumah pak Mat letak dekat kawasan Changkat setol dan dibelakang rumahnya terletak ladang tebu... tempat FIESTA..
Jelas dilihat kemesraan antara keluarga pak mat di sini.





Alhamdulillah.. seusai solat Jumaat itu, kami semua bertolak ke rumah pak Mat... disambut dengan senyuman mesra seperti biasa... 


"Wah.. hidangan memanggil. ^^ "




Santai ukhwah....



SESI MENGGAUL 




Fuh... sirami ubi kayu ni dengan sirap tebu tadi.. kena istiqamah melakukan.. kesabaran sangat penting disini..



Sementara menunggu Ubi yang dimasak dalam kawah ... kami mencuba dan membantu memerah jus tebu melalui mesin yang disediakan.. Agak bahaya disitu namun haruslah berhati-hati.





wah.. usahawan muda.. ada bakat ni..


Seusai memerah jus.. kini masuk proses seterusnya iaitu menapis... part ni paling seronok sekali.. dapat melihat bagaimanajus asli yang segar tadi diperah...


Sedikit perkongsian... didalam jus teb.. terkandung sejenis kimia yang digelar ethanol.. berasal dari keluarga Stimulant.. 


Disebabkan jus ni baru diperah.. ditambah dengan cuaca panas ketika itu, tak hairanlah ketika meminum jus tebu yang kami istilahkan sebagai "KICK" ni.. kami seolah-olah mabuk.. pening...





Nikmatilah secawan.... segar bugar dari ladang


Ibrah yang boleh diperolehi banyak di sini.. Pertama kita dapat menjalin silaturahim sesama kita terutama jiran tetangga dan sanak saudara.. Rasulullah s.a.w pernah bersabda 


"tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihinya saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri."


Silaturahim itu penting.. jika ingin melamar redha Allah... jalinlah ikatan itu.


Ibrah kedua dapat dilihat pada teknik untuk menyediakan pesta ni, sangat leceh pada pandangan mata biasa namun ketahuilah.. tersirat banyak pelajaran darinya..


Kreativiti... Sabar.... kebijaksanaan... teruji disini... seperti mana Islam itu sendiri.. mengambil tempoh untuk naik semula, namun tidak mustahil..


Akhir kalam.... Persahabatan itu sesuatu yang indah.. Islam bergerak atas nama jemaah.. berkumpulan.. bukannya bersendirian kerana Allah tahu fitrah sosial hambanya.


~nature mujahid

Thursday, 29 March 2012

ONE UNITE

Bismillah Alhamdulillah

Author : Nature mujahid

A magic feeling
its grown so strong..
a sensation that felt
that leads me to...
a place where I belong














Wont go away..
Its never let me down
I've got the greatest things
ever could be found

Across every Continent
behind every block...
on top of every mountain 
there a part of you and me....













One Nation...
now and forever

Best friend...
loyal and true















One dream...
side by side

there is nothing we cant do...

One hand...
helping the other

Each heart...
beating as one

We live...
always together...

Sharing the same bright sun..
sharing the unity of Iman..

~nature mujahid


Monday, 26 March 2012

Aksara S.A.H.A.B.A.T


Bismillah Alhamdulillah

S.A.H.A.B.A.T


Lafaz yang selalu ringan dibibir terutama bagi mereka yang lebih cenderung kearah Islamik.. apa pengertian SAHABAT sebenarnya???

Ingin ana kongsikan bersama... 

S - Salam dengan nama Allah yang mengaturkan satu pertemuan
A - Ada didalamnya 2 hati... ( sahabat dan ana )
H - Hadirnya 3 rasa dalam hati itu : sayang, kasih dan cinta
A - Anyamannya rasa membawa 4 tujuan : berkenalan, berteman, berkawan,  berjuang
B - Berlindung 5 perkataan : "ukhwah kerana Allah itu pasti"
A - Ampaian 6 impian : tertegak Islam, setia, mengerti, hargai, sayang & mengingati
T - Tersimpul akhirnya tujuh huruf ini 


Istimewa dari ana... untukmu dan hanya untukmu Sahabat..

Ibrah Sunflower


Bismillah Alhamdulillah


Seusai subuh pagi yang hening itu, hati terdetik ingin melawat pokok bunga matahari yang ditanam diatas batas berdepan dengan cafe dewan penginapan pelajar..

Pokok yang kami semai dari benih itu kini semakin membesar, insyaAllah dalam beberapa bulan lagi berbungalah nanti.. ya Allah.. tak sabar rasanya. 


Ketika sibuk menyirami tanaman, kengkadang terlihat pada rumpai yang tumbuh subur disekeliling batas... andai dibiarkan pasti akan merosakkan tanaman.. 

Merosakkan rumpai?? rumpai merosakkan??

Hati bermonolog... rumpai merosakkan? dia juga ciptaan Allah... tapi andai aku merosakkan rumpai.. adakah bermakna aku mencabuli hak Allah ini?

^^

Allahuakhbar... tidak pernah ku sedar betapa telitinya engkau ya Allah... dalam engkau menciptakan sesuatu itu.. pasti ada alternatif lainnya..

Alhamdulillah... ilham kemudiannya menerpa ke sanubari... untuk mendedikasikan sajak ini kepada sahabat-sahabat ana..

BuaTmu dA!'3

Sahabat....
berjanji pada hari itu... atas baiah mu
pada Allah.
Berjuang di medan ini
membawa manisnya Iman
cinta dan jihad Abadi..
lalu mengukir sebuah dakwah
untuk menghidupkan deen Illahi

Biar dirimu mati dalam perjuangan
kerana itulah syahid yang dibayang

Biar rebah jasadmu
demi Islam yang dirindu

Biar puas sanubarimu
kerana terbukti kini cintamu

Dan kau masih berdiri
dengan memandang setiap ummah
walaupun langkah dan nafasmu
kadang kala lemah
menanti setiap seru pejuang Allah
mengikat ukhwah
Lantas membawa pulang "fisabilillah"


Berjanjilah wahai Sahabat... 

~Nature mujahid

Dari seorang Sahabat

Bismillah Alhamdulillah

 Author : Ayatulhusna Shauqa

Allah menguji keikhlasan hati
bila kita bersendirian...

Allah memberi kedewasaan
bila kita ditimpa masalah

Allah melatih kita dengan kesabaran
dalam kesakitan

Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang
kecuali akan menggantikannya dengan yang lebih baik.



Kata-kata penguat semangat dikala menah melanda... nasihat seorang sahabat sangatlah berharga.. ibarat ketulan emas dalam hidup seorang hamba...

Kepada sahabat ana semua... moga ana dapat menjadi salah satu permata untuk antum semua berkilau.... meraih redha Allah... 

Sunday, 25 March 2012

BBQ a day with Choki


Bismillah Alhamdulillah

Sehari berlalu lagi.. tiada yang indah melainkan kita menikmati dan sedar yang kita menggunakan nikmat Allah itu setiap masa, setiap saat dan detik, hatta dikala si penulis menuturkan qalam di blog si pena hijau.

Sedikit perkongsian mengenai topik Ukhwah... em.. ramai yang tahu apa itu ukhwah bukan? senang kata dalam 'English' kita kenali dengan FRIENDSHIP. 

Saidina Umar Al-khattab yakni khalifah kedua daripada khulafah Ar-Rasyidin pernah berkata

"Nikmat yang paling berharga selepas  Iman dan Islam ialah memiliki
sahabat yang baik, andai engkau temuinya.. peganglah padanya"


Kewujudan kasih sayang yang membentuk ukhwah itu adalah kerana Allah.. jika ikatan itu tersimpul, maka Allah telah mengikat hati-hati hambanya dijalan juangNya. Ibarat yang difahami bahawa sahabat itu merupakan cerminan diri sahabatnya yang lain. Percayalah, ianya sukar untuk diperoleh..



BBQ??? ada apa dengan BBQ?


Macam-macam persediaan yang perlu ada sebelum membuat nya... bakar arang dulu, perap ayam dan macam-macam lagilah..Sedar tidak sedar kita menggunakan kemahiran yang ada untuk melengkapkan pinggan hidangan.. 


Begitu juga Islam... tertegak di bumi Allah dengan gerakan jemaah.... berkumpulan dan bukannya berindividu.. Syukran pada sahabat yang membantu menjayakan rehlah ini..


Muslimat juga tak kurang hebatnya... walaupun sedikit pedas... tapi ayam tu memang sedap..


Pengisian petang itu disampaikan oleh abang senior... dikala berkata tinggal 2 hari saja lagi memegang taklifan... kami berasa sedih yang amat.. Allahuakhbar... adakah kerana peralihan tampuk pemerintahan?


Walau apapun jua... moga Allah permudahkan segalanya...


NOTA SI CIEL


Sebelum majlis berakhir... kami bermain satu permainan bernama SWOT GAME...


Dikala melihat pandangan sahabat terhadap kelemahan diri ini... ana hanya mampu tersenyum.. "benar kata sahabatku semua" hati kecil berbisik..


- seorang emosional
- suka buat kerja sorang-sorang
- kurang ramah
- tidak tegas,,


Syukran atas memori ini sahabatku... Choki2 sentiasa dekat dihati...




Sunday, 18 March 2012

Hadiahku itu Ujian.. La Tahzan Sahabat

Bismillah Alhamdulillah

Deringan panggilan petang itu menggamit jiwa yang sedang lena dibuai mimpi. Membangunkan jiwa yang sedang beristirehat di bilik ku syurgaku. Perbualan itu ana anggap serius hingga mengundang jaga.. Sahabat ku ini pasti sedang menghadapi sesuatu..

Lalu ana bertanya kepada sahabat akan perbualan tadi sehingga melibatkan perkataan "berjumpa Ustaz". Hati mula risau, adakah sesuatu berlaku pada keluarganya? Ana beranalogi di sudut hati yang jauh.

Pembendung sesuatu empangan juga pasti akan roboh jika tidak diurus dengan baik, inikan lagi hati seorang hamba Allah.. mendengar curahan menah itu membuat hati menjadi sebak. Betapa berat tanggungjawab dipikul mu kini. Empati itu makin menebal, 

"ya Allah... kau kuatkanlah sahabatku... berikan ketenangan kepadanya"

Ana sangat memahami situasi itu, bila mana kita saja harapan keluarga.. pengorbanan dilakukan menuntut sekeruh dan sepahit hempedu. Namun ditelan jua, diri yang jauh saat ini melukakan lagi hati yang lara, membawa jiwa berbolak balik dilambung badai kehidupan.

Kita tidak pernah sedar, 

-disebalik gelak tawanya sahabat kita, sebenarnya dihati tersimpan kekusutan.
-disebalik senyumannya, jiwanya kacau
-disebalik lunaknya suara mengumandangkan azan, selunak jua bebanan yang ditanggungnya



Namun ku bersyukur kerana dirimu di belenggu rantai Iman... dirimu di bentangi seruan azan, jiwamu dipenuhi nur al-quran.. malam mu dibaluti linangan mutiara.

Hati kecilku sebulan yang lepas pernah terdetik 

"eh.. kenapa sejadah ni ada di luar pula?" 

"sahabatku ni solat malam ke?"

"Alhamdulillah jika begitu.."

Kini ku sedar... makna sejadah itu, dia berhubung dengan kekasih yang agung dikala jiwa-jiwa lain lena terkubur.. hanyut dibuai mimpi. Allahuakhbar... ya Allah.. berikanlah kelapangan pada sahabatku...

Hadiah daripada Allah sangatlah mahal untuk diberi.. bahkan bukan semua yang mampu meneriman hadiah yang semahal itu..

"Laa yukallifullahuu Nafsan Illa Wus'aha" ( Allah tidak menguji seseorang itu diluar kemampuannya  ) -surah Al-Baqarah

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang perlu dihadapi
tetapi yakinlah dari dalam lubuk hatimu
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai
pasti ada makna dibalik semua ini..

Jika ini ketentuan Allah
mari kita tabahkan hati..
ana ada disisi...
pasti tersirat sesuatu dibalik tersurat itu
tiada daya kita untuk memikirkan hikmahnya
apakah rahsianya..

"Allahuakhbar.. Allahuakhbar..."

sampai disini dulu tinta ku... suaramu itu memanggil ku ke masjid..

Ya Allah.. kuatkanlah dia.. kuatkalnlah diriku juga..

Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”



kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/la-tahzan-sahabat/#ixzz1pT18kVAi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...