Monday 26 March 2012

BBQ WITH CHOKI


Bismillah Alhamdulillah

Sehari berlalu lagi.. tiada yang indah melainkan kita menikmati dan sedar yang kita menggunakan nikmat Allah itu setiap masa, setiap saat dan detik, hatta dikala si penulis menuturkan qalam di blog si Mujahid alam ini.

Sedikit perkongsian mengenai topik Ukhwah... em.. ramai yang tahu apa itu ukhwah bukan? senang kata dalam 'English' kita kenali dengan FRIENDSHIP. 

Saidina Umar Al-khattab yakni khalifah kedua daripada khulafah Ar-Rasyidin pernah berkata

"Nikmat yang paling berharga selepas  Iman dan Islam ialah memiliki
sahabat yang baik, andai engkau temuinya.. peganglah padanya"


Kewujudan kasih sayang yang membentuk ukhwah itu adalah kerana Allah.. jika ikatan itu tersimpul, maka Allah telah mengikat hati-hati hambanya dijalan juangNya. Ibarat yang difahami bahawa sahabat itu merupakan cerminan diri sahabatnya yang lain. Percayalah, ianya sukar untuk diperoleh..



BBQ??? ada apa dengan BBQ?


Macam-macam persediaan yang perlu ada sebelum membuat nya... bakar arang dulu, perap ayam dan macam-macam lagilah..Sedar tidak sedar kita menggunakan kemahiran yang ada untuk melengkapkan pinggan hidangan.. 


Begitu juga Islam... tertegak di bumi Allah dengan gerakan jemaah.... berkumpulan dan bukannya berindividu.. Syukran pada sahabat yang membantu menjayakan rehlah ini..


Muslimat juga tak kurang hebatnya... walaupun sedikit pedas... tapi ayam tu memang sedap..


Pengisian petang itu disampaikan oleh abang senior... dikala berkata tinggal 2 hari saja lagi memegang taklifan... kami berasa sedih yang amat.. Allahuakhbar... adakah kerana peralihan tampuk pemerintahan?


Walau apapun jua... moga Allah permudahkan segalanya...


NOTA SI CIEL @ MUKMIN


Sebelum majlis berakhir... kami bermain satu permainan bernama SWOT GAME...


Dikala melihat pandangan sahabat terhadap kelemahan diri ini... ana hanya mampu tersenyum.. "benar kata sahabatku semua" hati kecil berbisik..


- seorang emosional
- suka buat kerja sorang-sorang
- kurang ramah
- tidak tegas,,


Syukran atas memori ini sahabatku... Choki2 sentiasa dekat dihati...


Nukilan : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^