Saturday 31 March 2012

CERITERA TEBU

Bismillah Alhamdulillah

TEBU F!E$t@ (30/3/2012)

Segala puji pada Allah yang menciptakan satu pertemuan... sesuatu kektetapan yang pasti tidak akan sia-sia.

Hari ini, ana menimba satu lagi pengalaman baru, yang jelas sejelasnya baru bagi diri ini mahupun bagi sahabat ana yang lain. Pengalaman di bumi Jelapang padi yang pasti lekat di memori.



Ceritera Tebu.... akan tiba suatu masa dalam beberapa tahun, Pak Mat (heroes of Kachi) akan mengadakan acara yang kami kenali daripada senior sebagai "PESTA TEBU" ... menarik bukan??? 


wow... bunyi special sangat... ^^. So tibalah hari kejadian dimana pesta bermula. Sebenarnya pesta ni bermula dari semalam hinggalah hari ni.

Pesta Tebu ni menariknya sebab perahan jus tebu tadi akan dimasak didalam kawah yang besar dengan dikawal menggunakan dapur arang bawah tanah dimana ubi kayu direbus bersama hingga kehitaman. HAH!!!! ni makanan tradisional
menarik kan. ^^


LOMPANG UBI   : Bahan yang diperlukan sangat mudah iaitu Tebu dan Ubi kayu. 



  • Ubi yang telah dibersihkan akan dimasukkan ke dalam raga anyaman seperti gambar di atas.
  • Sebelum memasukkan ubi, perahan jus Tebu yang segar tadi di didihkan terlebih dahulu, 


  • Setelah itu, dengan menggunakan pengacau, kita sirami dan mandikan ubi tadi dengan air tebu supaya sebati..
  • Proses mengambil masa 8-9 jam..
  • Hasilnya....



CeR!t3rA SMIAS  

Pak Mat sangat dekat dengan kami, SMIAS.... beliau dan isterinya merupakan sebahagian daripada keluarga besar kami..


Ahmad bin Lateh atau mesra dengan panggilan "Pak Mat" .. Inilah orangnya. Veteran dan orsng berpengalaman di bukit kachi yang kini menjadi penginapan bagi ribuan mahasiswa dan mahasiswi UUM.

Rumah pak Mat letak dekat kawasan Changkat setol dan dibelakang rumahnya terletak ladang tebu... tempat FIESTA..
Jelas dilihat kemesraan antara keluarga pak mat di sini.





Alhamdulillah.. seusai solat Jumaat itu, kami semua bertolak ke rumah pak Mat... disambut dengan senyuman mesra seperti biasa... 


"Wah.. hidangan memanggil. ^^ "




Santai ukhwah....



SESI MENGGAUL 




Fuh... sirami ubi kayu ni dengan sirap tebu tadi.. kena istiqamah melakukan.. kesabaran sangat penting disini..



Sementara menunggu Ubi yang dimasak dalam kawah ... kami mencuba dan membantu memerah jus tebu melalui mesin yang disediakan.. Agak bahaya disitu namun haruslah berhati-hati.





wah.. usahawan muda.. ada bakat ni..


Seusai memerah jus.. kini masuk proses seterusnya iaitu menapis... part ni paling seronok sekali.. dapat melihat bagaimanajus asli yang segar tadi diperah...


Sedikit perkongsian... didalam jus teb.. terkandung sejenis kimia yang digelar ethanol.. berasal dari keluarga Stimulant.. 


Disebabkan jus ni baru diperah.. ditambah dengan cuaca panas ketika itu, tak hairanlah ketika meminum jus tebu yang kami istilahkan sebagai "KICK" ni.. kami seolah-olah mabuk.. pening...





Nikmatilah secawan.... segar bugar dari ladang


Ibrah yang boleh diperolehi banyak di sini.. Pertama kita dapat menjalin silaturahim sesama kita terutama jiran tetangga dan sanak saudara.. Rasulullah s.a.w pernah bersabda 


"tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihinya saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri."


Silaturahim itu penting.. jika ingin melamar redha Allah... jalinlah ikatan itu.


Ibrah kedua dapat dilihat pada teknik untuk menyediakan pesta ni, sangat leceh pada pandangan mata biasa namun ketahuilah.. tersirat banyak pelajaran darinya..


Kreativiti... Sabar.... kebijaksanaan... teruji disini... seperti mana Islam itu sendiri.. mengambil tempoh untuk naik semula, namun tidak mustahil..


Akhir kalam.... Persahabatan itu sesuatu yang indah.. Islam bergerak atas nama jemaah.. berkumpulan.. bukannya bersendirian kerana Allah tahu fitrah sosial hambanya.


~nature mujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^