Sunday 18 March 2012

LA TAHZAN SHAHIE

Bismillah Alhamdulillah

Deringan panggilan petang itu menggamit jiwa yang sedang lena dibuai mimpi. Membangunkan jiwa yang sedang beristirehat di bilik ku syurgaku. Perbualan itu ana anggap serius hingga mengundang jaga.. Sahabat ku ini pasti sedang menghadapi sesuatu..

Lalu ana bertanya kepada sahabat akan perbualan tadi sehingga melibatkan perkataan "berjumpa Ustaz". Hati mula risau, adakah sesuatu berlaku pada keluarganya? Ana beranalogi di sudut hati yang jauh.

Pembendung sesuatu empangan juga pasti akan roboh jika tidak diurus dengan baik, inikan lagi hati seorang hamba Allah.. mendengar curahan menah itu membuat hati menjadi sebak. Betapa berat tanggungjawab dipikul mu kini. Empati itu makin menebal, 

"ya Allah... kau kuatkanlah sahabatku... berikan ketenangan kepadanya"

Ana sangat memahami situasi itu, bila mana kita saja harapan keluarga.. pengorbanan dilakukan menuntut sekeruh dan sepahit hempedu. Namun ditelan jua, diri yang jauh saat ini melukakan lagi hati yang lara, membawa jiwa berbolak balik dilambung badai kehidupan.

Kita tidak pernah sedar, 

-disebalik gelak tawanya sahabat kita, sebenarnya dihati tersimpan kekusutan.
-disebalik senyumannya, jiwanya kacau
-disebalik lunaknya suara mengumandangkan azan, selunak jua bebanan yang ditanggungnya



Namun ku bersyukur kerana dirimu di belenggu rantai Iman... dirimu di bentangi seruan azan, jiwamu dipenuhi nur al-quran.. malam mu dibaluti linangan mutiara.

Hati kecilku sebulan yang lepas pernah terdetik 

"eh.. kenapa sejadah ni ada di luar pula?" 

"sahabatku ni solat malam ke?"

"Alhamdulillah jika begitu.."

Kini ku sedar... makna sejadah itu, dia berhubung dengan kekasih yang agung dikala jiwa-jiwa lain lena terkubur.. hanyut dibuai mimpi. Allahuakhbar... ya Allah.. berikanlah kelapangan pada sahabatku...

Hadiah daripada Allah sangatlah mahal untuk diberi.. bahkan bukan semua yang mampu meneriman hadiah yang semahal itu..

"Laa yukallifullahuu Nafsan Illa Wus'aha" ( Allah tidak menguji seseorang itu diluar kemampuannya  ) -surah Al-Baqarah

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang perlu dihadapi
tetapi yakinlah dari dalam lubuk hatimu
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai
pasti ada makna dibalik semua ini..

Jika ini ketentuan Allah
mari kita tabahkan hati..
ana ada disisi...
pasti tersirat sesuatu dibalik tersurat itu
tiada daya kita untuk memikirkan hikmahnya
apakah rahsianya..

"Allahuakhbar.. Allahuakhbar..."

sampai disini dulu tinta ku... suaramu itu memanggil ku ke masjid..

Ya Allah.. kuatkanlah dia.. kuatkalnlah diriku juga..

Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”



kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/la-tahzan-sahabat/#ixzz1pT18kVAi

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^