Monday, 26 March 2012

Ibrah Sunflower


Bismillah Alhamdulillah


Seusai subuh pagi yang hening itu, hati terdetik ingin melawat pokok bunga matahari yang ditanam diatas batas berdepan dengan cafe dewan penginapan pelajar..

Pokok yang kami semai dari benih itu kini semakin membesar, insyaAllah dalam beberapa bulan lagi berbungalah nanti.. ya Allah.. tak sabar rasanya. 


Ketika sibuk menyirami tanaman, kengkadang terlihat pada rumpai yang tumbuh subur disekeliling batas... andai dibiarkan pasti akan merosakkan tanaman.. 

Merosakkan rumpai?? rumpai merosakkan??

Hati bermonolog... rumpai merosakkan? dia juga ciptaan Allah... tapi andai aku merosakkan rumpai.. adakah bermakna aku mencabuli hak Allah ini?

^^

Allahuakhbar... tidak pernah ku sedar betapa telitinya engkau ya Allah... dalam engkau menciptakan sesuatu itu.. pasti ada alternatif lainnya..

Alhamdulillah... ilham kemudiannya menerpa ke sanubari... untuk mendedikasikan sajak ini kepada sahabat-sahabat ana..

BuaTmu dA!'3

Sahabat....
berjanji pada hari itu... atas baiah mu
pada Allah.
Berjuang di medan ini
membawa manisnya Iman
cinta dan jihad Abadi..
lalu mengukir sebuah dakwah
untuk menghidupkan deen Illahi

Biar dirimu mati dalam perjuangan
kerana itulah syahid yang dibayang

Biar rebah jasadmu
demi Islam yang dirindu

Biar puas sanubarimu
kerana terbukti kini cintamu

Dan kau masih berdiri
dengan memandang setiap ummah
walaupun langkah dan nafasmu
kadang kala lemah
menanti setiap seru pejuang Allah
mengikat ukhwah
Lantas membawa pulang "fisabilillah"


Berjanjilah wahai Sahabat... 

~Nature mujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...