Sunday 11 March 2012

ADAB MEMULIAKAN TETAMU


Bismillah Alhamdulillah

Islam itu agama yang syumul.. satu-satunya agama yang mengajar benda-benda kecil hinggalah ke perkara-perkara besar. Nak menyentuh salah satunya untuk entri kali ini iaitu adab dengan tetamu.

Alhamdulillah.. kami dikunjungi tetamu yang bermalam di bilik kami di DPP B.Rakyat selama dua hari. Seorang saudara muslim (Faizal) yang berusia 24 tahun dan mengambil jurusan CIVIL ENGINEERING dekat Universiti Tun Hussein Onn.



Walau singkat pertemuan itu.. namun keikhlasan dalam persaudaraan itu menimbulkan bening.. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda

"sayangi saudaramu seperti mana engkau menyayangi
dirimu sendiri"


Allahuakhbar... moga ukhwah yang singkat ini menjadi saksi di akhirat kelak ya Allah.

Tetamu ...

Tetamu ialah orang yang datang menziarahi kita.. sama ada secara lansung atau tidak lansung. Sebagai tuan rumah, kita hendaklah melayan tetamu dengan baik & beradab. 

Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :

1. kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka
2. Tunjukkan kemesraan dengan muka yang manis
3. Wajib menutup aurat
4. Menggunakan bahasa yang sopan dan menarik
5. Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan
6. Memastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas
7. Mengiringi tetamu kemuka pintu ketika hendak pulang.

Ini antara sebahagian adab-adabnya... Apabila mengamalkan adab-adab ini, banyak faedah yang boleh di peroleh iaitu :

  • mendapat rahmat dan redha Allah
  • dapat mengeratkan silaturahim
  • akan dihormati oleh orang lain



Sekian dulu entri untuk kali ini... insyaAllah ada input berguna .. bersamalah kita berkongsi..

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^