Tuesday 24 April 2012

HIJAB : A DIFFERENT VIEW OF BEAUTY


Bismillah Alhamdulillah

A friend of mine once said that "Hijab is a holistic beauty of a person" em.. I keep ponder in what actually he said..

******
Sekarang, enam tahun telah berlalu ketika insiden ini terjadi, Allah telah memberikan jawapan pada pertanyaanku selama bertahun ini ketika berada di tahun 2 pengajian ku di Varsiti Sintok..

"Allahurabbi, ana dah faham maksud mu sahabatku..." bisik hati kecilku..

Akan ana berikan jawapan itu seusai kembalimu dari Cairo nanti"

Hijab is a different definition of Beauty suatu ayat yang mampu menghasilkan "Demand" dalam kita menyampaikan risalah Islam. Hukum ekonomi simple disini... mana bisa sesuatu yang dibawa @ "Supply" itu boleh menarik perhatian ramai jika permintaan @ "Demand" tidak dicipta.

"Demand" telah terbentuk, kini kita lihat proses itu sebelum tiba kepada hasil.. Program anjuran UNGGAS pusat dengan kerjasama Pusat Islam ini sangat memberi motivasi walaupun ana tidak menghadiri sepenuhnya program ini dari mula kerana sebab yang tidak dapat di elakkan.


Kronologi Pergerakan

Program bermula seawal 8.30am namun atas kekangan tertentu, penulis hanya menghadiri sebahagian daripada slot program ini.. Slot kedua dipengerusikan oleh Akak Asti, bekas pelajar lepasan UUM dan merupakan S/U merangkap aktivis UNGGAS pusat.



( salah seorang peserta )

Pengisian beliau lebih kepada perspektif pandangan kita akan apa itu aurat sebenarnya.. dan aurat itu bukan saja hak mereka namun turut melibatkan hak orang lain juga.. dikala menulis entri ini, masih teringat kata-kata akak tu kepada peserta Muslimin

"Muslimin...muslimin... hak antum semua turut diganggu,
kamu juga ada hak pada mereka ini"

LUNCH TIME...., hidangan tengahari tu sangat menjamu selera, cumanya...  ana masih tidak mampu menyesuaikan selera mengikut citarasa Kedah ni. ^^ 

Tepat jam 3 petang itu, slot terakhir bermula yang juga merupakan slot paling menarik sekali. Setiap peserta telah dibahagikan kepada unit masing-masing, antara unit yang tertubuh ialah 


Unit streamers, 
Unit Gimik
Unit edar Flyers
Unit Banner




Pergerakan seterusnya.... kami turun ke lapangan... wah2.. semangat peserta muslimin ni semua.. Setiap mereka ini akan berkumpul dilokasi masing-masing dan ana selaku peserta dimasukkan ke dalam Unit Gimik. Allahurabbi, pada mulanya memang merasa malu namun betulkan nawaitu itu insyaAllah boleh..




Sementara menunggu sahabat-sahabat lain berkumpul di stesen masing-masing, skuad Gimik dan skuad Banner (gambar bawah) menunggu diatas jalan yang berada dibawah jambatan batu menuju ke Pusat Islam. 




Setelah stesen masing-masing dipenuhi, bermulalah siri lapangan untuk program "Kempen Menutup Aurat" ini, kelihatan di stesen pertama sudah menarik perhatian ramai...



Haha... ^^ ini pula skuad gimik yang terdiri dari ana sendiri. Sahabat semua bersemangat dan penuh kesungguhan dalam melakukannya..alhamdulillah.. Aktiviti ini dilakukan disepanjang perjalanan hendak ke Varsiti Mall.





Barisan pengunjung yang tiba-tiba datang meramaikan program lapangan kami.. Allahuakhbar, nikmat Allah itu bila-bila masa saja Allah hendak berikan, pasti akan diperoleh. Kami sendiri tidak menyangka Allah akan menghantar nikmat yang ini..


Gambar pengunjung yang menurunkan "signature"
tanda sokongan





Paling teruja sekali apabila kami semua hendak menunaikan solat Asar berjemaah dilapangan terbuka ni. Pada masa yang sama itulah pelajar Chinese dengan gendangnya, yang melayu dengan tarian dan lagunya, takut juga jika bising nanti.. namun ana yakin insyaAllah.


Panas terik mentari petang itu tidak melunturkan semangat kami seperti cairnya lilin dibakar api. Kami makin bersemangat dan akhirnya program selesai.


"Eh, muka cam baru ambik wudhuk ja?" kata Asyraf kepada Farid, ^^


Allahurabbi.. peluh menitik dek siraman suam mentari asar itu. Panasnya membahang namun demi Allah.. ianya menjadi sejuk, sesejuk redha illahi.



Sebelum sesi berakhir, semua peserta termasuk Ajk bergambar bersama, ana hanya menyimpan gambar muslimin saja manakala gambar muslimah ditangan Ajk Muslimat..


Terbaik semuanya insyaAllah..



Petang itu, jam menunjukkan tepat 6.00 petang. Setelah selesai bersalaman dengan para peserta dan beberapa orang sahabat, ana bergerak pulang ke Kachi semula. Perjalanan petang itu, ana menoleh sambil memandang kearah Pusat Islam....


"Disini ana bermula... ^^ Allahurabbi.." monolog hatiku..


Suam dan tenang petang itu, meninggalkan kenangan berprogram berbekal semangat baru... kini ana kenal apa itu Unggas.


~Nature mujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^