Monday 30 April 2012

LEMBARAN 29TH APRIL



Bismillah Alhamdulillah

Usia merupakan antara nikmat daripada jutaan nikmatnya yang kita kecapi dan nikmati hari ini. Allahuakhbar, pemurahnya Allah. selayaknya dengan pujian asma wa-sifatnya yang agung. 

Usia akan menjadi amanah dan perkara berkaitan dengannya dituntut diakhirat kelak, sama seperti taklifan amanah yang lainnya. Hari ini merupakan tarikh bersejarah, untuk apa?


Tarikh istimewa untuk dua orang sahabat ana, sahabat seperjuangan dala hidup ini. jauh di sudut minda terawang-awang tentang sambutan hari kelahiran mereka berdua, ana risau tak berkesempatan kerana dek kekangan yang berlaku, tambahan lagi ana baru saja kembali dari medan perjuangan.

Namun.... 

Hati ana jauh di sudut itu, yakin.. ana dan sahabat cuma merancang, Allah jua yang menentukan.. dan alhamdulillah, Allah kabulkan lintasan doaku 3 bulan yang lalu.. Allahuakhbar.. syukur sangat kepadamu ya Allah.

Malam itu, kami berkumpul dan sesi perbincangan mengenai An-nazofah pun bermula.. kuntuman senyum mekar dibibir, setia menemani lakonan kami demi mengenakan dua sahabt ni. Namun, senyuman itu juga membawa makna dikala mengimbau kembali keadaan bersama sahabat berlari-lari seolah bermain "police centri" waktu kecik dulu..


Kepada sahabat ana Muhammad Idham bin Mohd Amin Jaafar

"banyak yang ana nak luahkan pada enta.. namun itu semua terbuku dalam doa. Biarlah menjadi rahsiaku dengan Allah. Entri ini ana warnakan mengikut warna kegemaran enta, hardfan MU pula tu.. mg Allah istiqamahkan enta dalam jalan juangnya... tetap cekal dalam melaksanakan segala taklifan insyaAllah.."

Kepada Muhammad Hafidz Azhari pula..

"ana tak ingat color feveret enta, namun ana guna warna kuning boleh rasenya... hehe. Kuning tu kan warna diraja.. nama mu sehabat orangnya.. alhamdulillah. kita membesar bersama dari sem1 ketika TamBai dulu.. ingat lagi tak? ^^
Rindunya ngan enta... dakapan sahabat sememangnya dirindui, mg Allah melindungimu ya.. amin.."


Ana bertuah mengenali antum semua, teringat kata-kata mutiara dari khalifah yang Ke-2 yakni si Al-Faruq..

"jika engkau mendapati sahabat seperjuangan yang sanggup hidup semati dan menolongmu dalam perjuangan, peganglah mereka kerana mereka itu hadiah ternilai dari Allah.. nilai yg tiada banding" ayat ni ana edit sedikit..


Moga meningkatnya umurmu setahun ini, meningkat jua amalan-amalan mu itu ya Sahabat... mendekatkan dirimu lebih lagi pada kekasih teragung, Allah s.w.t.

Salam sayang seorang sahabat
(choki-choki

4 comments:

  1. Bismillah Alhamdulillah...

    Y a Allah, syukur ku panjatkan atas nikmat persahabatan ini. nikmat terbesar selepas Iman dan Islam ialah memiliki sahabat yg baik..

    mrk lantunan dan refleksi cermin peribadi

    ReplyDelete
  2. Allahuakhbar.... manisnya persahabatan.
    luahan pena yang lahir dari hati seorang sahabat
    itu tulus, mampu mmeberi kesan pada pembaca. trimas pada si penulis.. bertuahnya..

    ReplyDelete
  3. post yang menarik tp ada sentence yg perlu dijaga 2 sahabat

    ReplyDelete
  4. Bismillah ALhamdulillah..

    Syukran atas tegurannya... dalam pada seronoknya meraikan hari tua sahaabt-sahabt, bait kalam yang diatur mungkin ter"excited" juga..

    Alhamdulillah... syukrn kathir ya sahabat ana

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^