Tuesday, 29 May 2012

Malam Apresiasi Al-Fateh


Bismillah Alhamdulillah

Mei hampir melabuhkan tirainya dan Rejab pula masih baru dipersimpangan. Hari ini 9th Rejab 1433H, bagi yang berpuasa Rejab tu alhamdulillah, teruskan.

Begitu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ni, memori otak ni hampir penuh nampakknya, sebelum terlupa baik abadikan dan kongsikan di blog ana ni insyaAllah bermanfaat

Islam meraikan persaudaraan, bahkan Rasulullah bersabda

"sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturahim
[ hadis riwayat al-Bukhari]

Begitu banyak persaudaraan yang terjalin, namun untuk entri kali ini, special ku abadikan untuk abang-abang dan akak-akak mantan SMIAS (Sahabat Masjid Imam As-Syafie

"Lafaz alhamdulillah dipanjatkan, kepada rabbil alamin
atas limpah redha yang merahmati kita. Selawat keatas
pemilik cinta kita selepas Allah... Rasulullah s.a.w, 
juga terutama pada mantan-mantan yang kami kasihi
dan hormati kerana Allah.

Hukum sunnatullah...
setiap pertemuan itu pasti diiringi dengan perpisahan
namun itu hanya luaran..
hatta hakikat qalbu itu, masih terikat dengan ukhwah
Islamiyyah.

kerana.. kita mata rantai perjuangan yang 
saling mengikat.

Kami merupakan benih yang tersemai dahulu
kini mekar tumbuh dibawah payung Pusat Islam
sinaran prihatin abang-abang dan akak-akak semua
bajaan dari penasihat Sahaabt masjid sendiri.

Pokok yang tumbuh besar itu,
menghasilkan buah-buah hebat..
bakal bertaburan diluar sana
membawa kualiti seorang dai'e dalam meninggikan Islam
dimata manusia..."

Allah berfirman dalam surah Az-Zukhruf 


"teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang yang bertaqwa" [ayat 67]


Alhamdulillah.. jika ada umur yang panjang.. ada jodoh... insyaAllah kita jumpa lagi len masa.. salam sayang ana kerana Allah

~nature mujahid

1 comment:

  1. ana uhibbuka fillah... moga ketemu disyurga nnt (n____n)/ insyaallah...

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...