Saturday 5 May 2012

LEADER'S FORMULA : NADWAH KEPIMPINAN ISLAM


Bismillah Alhamdulillah

"Azri.. apa program nadwah kepimpinan Islam ni? nadwah tu apa" Dash bertanya..

"tak tau lah juga saya Dash..." 

Cantik nama program ni... semangat hendak menyertai tapi bila fikir balik, nak pi ni.. nama program pun tak tau maksud, almaklumlah bukan pelajar aliran arab... 

"Nadwah" ni bermaksud mesyuarat, perhimpunan, majlis.. 

Program bermula dari pagi 4th May 2012 hingga 5th April tahun yang sama. Alhamdulillah selesai bengkel penulisan tengahari itu, setelah menyegarkan diri dengan solat Jumaat, ana dapat menyertai sahabat semua untuk slot petang... syukur sangat..

### L3@DeR ###


Selaku seorang pemimpin dan memegang jawatan.. belum tentu berpengaruh dan mereka yang tidak memegang jawatan pula belum tentu tidak berpengaruh.. itulah kata kunci bagi huruf I yang diberikan bagi membentuk "a leader"

Formula : [ (15x% + 35y%) ]
                50%

jadikan x = jawatan
     y = ilmu
         50% = Personaliti

Personaliti sesorang itu memberi impak kepada corak leader yang terbentuk.. sememangnya hendak jadi ketua yang hebat.. INFLUENCE sangat penting.. lihat sirah Rasulullah saja sudah mencukupi.. contohnya dalam sejarah perletakan batu suci hajaratul Aswad..

Next important KEY ialah EXPERIENCE... formulanya pula?

E = Goat[ing] : 5

Nampak memeningkan formulanya tu.

Mari ana permudahkan... E merujuk pada pengalaman yang boleh dikaitkan sama dengan mengembala kambing (Goating). Sejarah para anbiya ribuan tahun lampau membuktikan fakta ini... setiap dan majoriti nabi dididik oleh Allah melalui kerja mengembala kambing..

MENGAPA KAMBING??? 

Banyak faktor sebenarnya, ana simpulkan.. kambing ni banyak menyerupai tabiat dan ciri manusia itu sendiri.

Rasulullah sendiri ditarbiah oleh Allah diperingkat awalnya melalui gembalaan kambing.

ratio 5 pula boleh dibahagikan seperti berikut :




1. Pathfinding - pemimpin perlulah pandai membawa orang yang dipimpinnya itu kejalan yang betul dan tepat agar tidak lari.. seperti analogi seorang pengembala... perlu pandai mencari dan memandu gembalaan kambing itu mencari padang rumput... bukannya padang pasir. Ini pelajaran pertama yang boleh diperolehi.

2. Directing - An Excellent leader can direct or control the movement of his fellowship and they obey it. Begitu juga seorang pengembala, perlu pandai mengawal kambing itu, jika diarahkan untuk kekiri.. pergi ke kiri dan sebaliknya..

3. Controlling - Dalam mengembala kambing, perlu mahir mengawal pergerakannya kerana kambing ni suka berpecah dari kumpulan.. seperti pemimpin itu sendiri, perlu bijak mengawal... 

4. Protecting - Tanggungjawab pemimpin dan ketua ialah unutk melindungi atau bisa dan berkemampuan untuk melindungi orang dibawah jagaannya.. Pelbagai serangan luar akan menerpa, begitu juga seorang pengembala... serigala dan harimau banyak diluar sana.. kena bijak lindungi gembalaan.

5. Reflecting - Pengembala kambing sebenrnya lebih rapat dengan alam.. mudah untuk refleksi diri justeru lebih rapat dengan Allah... BELAJAR DARI ALAM.

Harapnya penjelasan diatas mampu memudahkan proses formula itu.. 


[ Ustaz Syaari bin Ab. Rahman : 
Ibrah Paradigm training and Consultancy ]

Sehebat selalu.. coach petang itu... alhamdulillah tiada hamba mengantuk.. .. banyak perkongsian yang bermanfaat..


[ barisan pimpinan Unit Kerohanian seluruh UUM ]


EQ : [ PQ *** IQ ]


Antara benda terpenting yang menjamin kepimpinan itu ialah ATTITUDE.. sikap kita..

[ Skill + Knowledge ] (20%) 
Attitude (80%)

Imam Al-Ghazali yakni hujjatul Islam pernah berkata "benda yang terlahir tanpa dirancang..itulah akhlak" dalam konteks ini, akhlak muslim, attitude muslim... itu yang perlu ditekankan. 


[ Sahabat itu Cerminan diri.. refleksi ATTITUDE ]

"Persepsi itu penghalang komunikasi.."

"Hidup ini penuh prasangka... sentiasa bersangka
baik pada mereka..."

Untuk mengatasi masalah itu, Ustaz Syaari kata... terapkan dalam diri dan praktiskan...

"Boleh... Jadi...."...

Sedikit sebanyak perkongsian daripada ustaz tadi... Allahuakhbar... jika diamati.. dan amalkan.. insyaAllah.. quality leader's can be born..


Aktiviti petang itu santai.. namun ana terpaksa mengundurkan diri kerana ada musyakkoh yang besar, kepada sahabat peserta len.. teruskan berprogram insyaAllah HEBAT...


Amin ya Rabb.....

~Nature mujahid

2 comments:

  1. tahniah kalian, mohon kalian bersatu

    ReplyDelete
  2. Bismillah ALhamdulillah

    Syukran Abng Omar... insyaAllah.. ukhwah dipadu.. fikrah di satu.. ^^

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^