Saturday 12 May 2012

SARANGHEA UKHUWAH


Bismillah Alhamdulillah

Segala puji pada Allah.. memberi kekuatan kepada ana untuk menintakan pena dipagi yg redup ini. Keletihan masih terasa daripada pengembaraan medik kasih semalam.

Nikmat kesihatan merupakan satu daripada dozen nikmat pemberianNya. Tanpanya, sukar untuk melakukan sesuatu secara sempurna dan baik. Betapa keinsafan tulus lahir di lubuk qalbu disaat melihat saudara dihospital ini. mereka semua sebaya daddy ana..

Jauh ku melihat di semester satu ana dulu, perkara yang sama berlaku juga.. ana ditempatkan di hospital Jitra ketika itu... Allahuakhbar.. manis kenangan saat dulu mengimbau.

Banyak yang boleh dipelajari disini.. insafi kesihatan yang diberikan, dibalik rungutan kita, ketidaksyukuran kita, ada sahabat kita yang diambil nikmat sihat itu. Sejauhmana kita bersyukur?

Allah mengarahkan 4 malaikat disaat Allah ingin mencabut nikmat kesihatan pada hambanya.. unutk mengambil kesihatan, dosanya, dan ada dua lagi... ana lupa.

Setelah itu Allah akan mengarahkan tiga dari malaikat  tadi kembalikan semula apa yang pernah diambil.. hak hambanya. Semuanya dikembalikan seperti sediakala kecuali satu yang tidak dikembalikan.. iaitu (DOSA

Allahurabbi.... itu hadiah dari Allah.. sakit itu penyuci dosa.. kafarah..

Satu yang ku peroleh lagi disini ialah... Ukhwah fillah...mesranya sahaabt-sahabat geng-geng sabahan.. insyaAllah bah.. 


[ Mg ukhwah kita utuh... menegakkan syiar ISLAM terutama di Sabah nanti insyaAllah ]

Setelah selesai melawat Hospital pagi itu, kami bergerak menziarahi PERKIM Perlis... banyak muallaf di sini.. moga Allah berkati insyaAllah.. 

Solat Jumaat itu pada destinasi terakhir.. Masjid terapung Kuala Perlis.. ini kali kedua bertandang, teringat masjid terapung di Likas plak.. saat melihat laut, hati menjadi terusik diguli kerinduan menebal pada kampung dicintai.


Namun rindu itu terubat kerana ana ada sahabat disekeliling ana. Mereka memberi kekuatan disaat jatuh kerana Allah izinkan, gelagat mereka menjadi penawar duka membawa hati dilambung kegembiraan..


Menghidupkan sunnah Rasulullah merupakan sifat pekerti yang terpuji... moga mendapat rahmat Allah dan moga pemilik cinta selepas Allah ini mengikhtiraf kita ummatnya..

~nature mujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^