Wednesday 23 May 2012

TAHALUF SIYASI VETERINAR


Bismillah Alhamdulillah


Selasa petang itu... saya dan dua orang kenalan non-muslim bergerak ke KFC berdekatan dengan varsiti, untuk membuat tempahan bagi jamuan terakhir group veterinar..

Agak janggal sedikit bila berjalan bersama dengan mereka, mungkin kerana corak pakaian yang sedikit menjolok mata itu membuatkan diri ini malu, namun ana tidak memperlihatkan, kerana ana meraih mereka.


Empat semester mengharungi ko-k, waktu yang dahulunya tidak sabar dinanti kini menjelma... bila tiba diambang itu hati ini menjadi berat.. Allah jua pemilik hati hamba-hambanya.. dalam lumrah kehidupan, kita sering bekerjasama bersama pelbagai kaum, bangsa dan agama, teringat pula dengan satu istilah "tahaluf siyasi" ..

Tahaluf bermaksud : perjanjian persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu bagi menghadapi pihak lawan.

Hukum : Diizinkan syariat berdasarkan syarat-syaratnya. Pemahaman pada syaratnya perlu didahului dengan kajian perbezaanantara tahaluf yang diterima oleh rasulullah dan yang ditolak olehnya.

Syarat-syarat Tahaluf :

-membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip hubungan dengan Allah dan manusia.

contoh kemaslahatan yang diizinkan :
1.kearah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya.

2.menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.

-tidak berwala pada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

-muwada'ah (perjanjian sementara)
-Isti'anah (meminta bantuan)
-mereka menolong kita
-kita menolong mereka. 

VETERINAR DIHATI

Kini berlalu sudah tempoh taklifan ana selaku ketua veterinar B... ana tahu ana tidak melaksanakan taklifan itu dengan sempurna namun moga redhai apa yang telah ana bawa selama 2 tahun berko-k.



Alhamdulillah.. thankz for this memories guys.. even though we will rarely meet each other now, but bear in mine.. we still once a veterinar.. and will always be..


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^