Friday 29 June 2012

NUANSA MUSAFIR

Bismillah Alhamdulillah


Tidak terasa sudah berakhirnya tahun kedua pengajian saya dibumi asing. InsyaAllah semester hadapan saya akan memasuki semester 5 iaitu tahun ketiga pengajian. Seperti mana musim berganti musim, siang berganti malam, detik bertukar saat dan waktu.... begitu juga kehidupan kita di bumi Allah.

Allahurabbi, lamanya semenjak beberapa minggu lalu untuk mengupdate blog mujahid alam ni. Alhamdulillah Allah berikan izin jua. Bukan apa, kekangan menyiapkan penerbitan penulisan cerpen, novel dan menghidupkan blog-blog persatuan dibawah saya yang mengekang. Namun itu bukan alasan.

InsyaAllah berakhir semester 4 ini, saya harus kembali ke tanah air, bumi bayu yang dingin atmosferanya... desiran pasir membisik lambaian rindu... membuahkan citra rasa kepada anak watan kelahiran borneo ini.

Bermusafir itu bukan sekadar perjalanan

Allah berfirman dalam surah Muhammad :

"Maka tidakkah mereka mengembara di muka bumi serta mereka memerhatikan bagaimana kelibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk seperti itu" [ Surah Muhammad : 10 ]

Melalui firman Allah diatas kita dapat lihat bahawa musafirlah keserata pelusuk alam ini dan perolehlah ibrah daripadanya. Bolehkah dikatakan kita bermusafir hanya untuk berjalan-jalan sahaja? 

Faedah bermusafir

Imam As-Syafie dalam syairnya telah menjelaskan beberapa faedah yang ada :
  1. Melegakan kesedihan dan keserabutan
  2. Mendapat rezeki
  3. Mendapat Ilmu
  4. Mengetahui adab
  5. menemani orang yang dibanggakan
  6. Mempelajari sesuatu yang baru 
  7. Mengenali beberapa syiar dan tanda-tanda tamadun sesebuah negara/wilayah

Faktor utama dalam permusafiran

Seperti yang biasa didengar dan kita ketahui umumnya.. iaitu NIAT. Intipati setiap perkara yang kita lakukan jatuhnya pada niat kita. Ianya juga merupakan rukun pertama dalam kebanyakan gerak kerja kita. Pandangan Allah juga jatuh padanya.

Apa yang kita niatkan itu akan memberi impak pada apa yang kita lakukan kelak. Ana sebagai contoh niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana ingin meraih redha Allah. Ilmunya melaut luas dan sudah tentu tidak terjangkau diakal hatta setitis kecil dari lautan pengetahuannya.

InsyaAllah moga Allah memberikan apa yang setimpal dengan apa yang kita minta insyaAllah.. 



Bermusafirlah dan antum semua akan tahu keseronokannya dan barokah yang ada padanya insyaAllah. Walau terpaksa berkorban jauh dari tanah air tercinta, namun itu menjadikan perjuangan di bumi Allah ini semakin kuat bagi meraih mardatillah , impian setiap mujahidin abad lalu, kini mahupun selamanya..


Sabah...

Saya datang.. 

ya Allah lancarkan dan peliharalah urusanku..


~naturemujahid

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ

    ReplyDelete

Coretan Antum ^ ^