Friday 9 November 2012

PENGURUSAN STRESS DALAM ISLAM

Bismillah Alhamdulillah


"Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat mengeluh/resah gelisah"
[Al-Ma'arij : 19]

Seorang Muslim yang cemerlang ialah Muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan tidak kira apa jua masalahnya. Bukti paling mudah ana tunjukkan melalui ketauladanan Rasulullah S.A.W sendiri, bagaimana kekangan dan  halangan baginda dalam membawa Wahyu dari Allah.. Belajar dan mengkaji serta hadam sirah nabawiyah memberi banyak persiapan ilmu pada diri kita dalam menempuhi kehidupan dunia.


"Barangsiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka
akan diberi cubaan kepadanya" 
Riwayat Al-Bukhari )


Sejauh mana seseorang itu mampu menghadapi tekanan tersebut, sebanyak itulah ganjaran pahala yang bakal diperolehinya. Setiap pagi petang amalan mathurat yang kita baca mengandungi sepotong ayat daripada surah Al-baqarah ayat 286



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya... " [Al-baqarah : 286]

Islam melihat Punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati, sebab itu mengapa kita harus sentiasa dekat dengan Allah untuk menguatkannya. 

BAGAIMANA MENGHADAPI STRESS DALAM ISLAM

1. Membaca Al-quran dengan mentadabbur maknanya
2. Perbanyakkan taubat dan Istighfar
3. Taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) [melalui alam/zikir/Qiamulail]
4. Banyakkan bersedekah
5. Bijak mengurus masa, tenaga dau keutamaan
6. Husnu Dzan kepada Allah
7. Tawakkal

TIPS MERINGANKAN TEKANAN APABILA DITIMPA UJIAN

> Penghapusan dosa [Surah Al-Syura : 30]
> Meningkatkan darjat
> Mengingati Allah
> Mensyukuri Nikmat
> Berasa ujian kita lebih ringan
> Allah menyayangi kita

Berfikiran positif setiap masa merupakan suatu keperluan yang harus ada pada diri kita. Bila mana hati kuat berpaut pada Allah, segala yang menduga pasti terasa manis kerana kita tahu ada kuasa yang besar dan tertinggi sedang sayang pada makhluknya.

"You never know how strong you are,
until being STRONG is the only choice you have"



Nukilan : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^