Wednesday, 26 December 2012

Titan Arum

Bismillah Alhamdulillah

Penghujung bulan Disember merupakan waktu-waktu yang padat dan genting buat kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Apa tidaknya, inilah musim dimana waktu menumpahkan seluruh kudrat untuk bertempur dimedan peperiksaan berbekalkan persiapan ilmu dan strategi sepanjang semester berlansung.

Dalam kesibukan itu, alhamdulillah Allah berikan lagi peluang untuk menintakan pena disini setelah sebulan lebih menyepi. Sewaktu sedang berehat daripada ulangkaji Undang-undang tanah, tertarik dengan artikel mengenai sejenis tumbuhan..

Bunga Bangkai atau nama saintifiknya Amorphophallus Titanium yang diambil daripada bahasa latin bermaksud "silap bentuk dan besar".

SubhanAllah, maha suci Allah menjadikan pelbagai makhluk ciptaannya itu beraneka ragam dan kediversitian. Betapa menunjukkan Allah itu luas ilmunya dan pemilik kerajaan langit dan bumi.

Ana ingin berkongsi fakta menarik mengenai tumbuhan ini, ianya banyak didapati dihutan hujan Sumatera kepulauan Indonesia dan merupakan spesis tumbuhan dari keluarga Raflessia.

Antara keistimewaannya sehingga mendapat jolokan sedemikian ialah kerana baunya yang kuat. Titan Arum mengeluarkan bau bangkai reput yang kuat sehingga menarik lalat pedaging dan kumbang-kumbang mendekatinya. Binatang-binatang ini bertindak sebagai agen penyebaran untuk kelansungan tumbuhan berbunga ini.


Fakta lainnya :

1. Hanya bertahan selama 48 jam setelah berkembang
2. Mengambil masa selama satu hingga tiga tahun sebelum berbunga
3. Bau seperti mayat reput
4. Ketinggian antara 1.8 hingga 3.0 meter atau 10 kaki tinggi.
5. Berat 50kg-91kg

SubhanAllah... selama ana menjadi seorang mujahid alam ni, ini kali pertama ana terserempak dengan ciptaan Allah yang maha unik ini.

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 137

"Sesungguhnya telah berlalu sebelum sunnah-sunnah Allah, kerana itu berjalanlah kamu ddimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)"

Ana tidak pakar dalam ilmu mentafsir Quran tapi fatwa hati ana mengambil surah ini menunjukkan pada kita luasnya ilmu Allah jika kita meluaskan pemandangan kita, pandangan kita dan banyak lagi yang kita perolehi ketika bermusafir..

Setiap sesuatu Allah ciptakan itu ada hikmahnya... moga salah satu ciptaannya ini menguatkan dan meningkatkan lagi Iman kita insyaAllah..

~Nature Mujahid


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...