Saturday, 29 December 2012

Cerita Hati

Bismillah Alhamdulillah

16th Safar 1434 Hijrah... bersamaan 30/12/2012.. segumpal masa telah berlalu untuk setahun lagi , terasa pantasnya seperti angin lalu. InsyaAllah jika dipanjangkan umur usia, akan melangkah ke tahun baru..

Begitu banyak perkara yang berlaku yang telah Allah aturkan untuk hamba-hambanya, semua itu termaktub di server luh mahfuz milikNYA. Dalam banyak-banyak ketentuan Allah itu, ada satu yang sangat memainkan peranan besar dalam hidup ku selaku musafir di sini.. ianya muncul dikala fokusku penuh kepada peperiksaan akhir semester.

Perkhabaran dari seberang itu bakal menguji lagi kembaraku dalam menuntut setitis ilmu dalam selautan milikNYA. InsyaAllah bakal meneruskan pengembaraan seorang musafir di bumi asing, dibumi Aussie yang pasti menguji Islam dalam diri hamba Allah yang lemah ini.

Dalam keseronokan itu, hati kecilku berbisik, menggamit memori manis sepanjang ku berada di sini. Allahurabb, baiah yang terlafaz ketika semester satu itu dulu tersangat kuat... hingga mengunci  diri ini.

Baiah yang mengajar diri ini akan nilai Tarbiyyah kesyumulan Islam itu, Baiah yang mematangkan diri ini akan apa itu jalan perjuangan.

Allah...Allah.. bukan mudah untuk memutuskan, Istikarah ku belum membuahkan apa-apa jawapan dari si pemilik cinta, ya Allah berikan ku kekuatan untuk menghadapinya

Diri ini hanya musafir di alam yang Fana...

"Gerimis menitis
gugur membasahi bumi
bagai menangisi 
sebuah Cerita HATI..."


Wednesday, 26 December 2012

Titan Arum

Bismillah Alhamdulillah

Penghujung bulan Disember merupakan waktu-waktu yang padat dan genting buat kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Apa tidaknya, inilah musim dimana waktu menumpahkan seluruh kudrat untuk bertempur dimedan peperiksaan berbekalkan persiapan ilmu dan strategi sepanjang semester berlansung.

Dalam kesibukan itu, alhamdulillah Allah berikan lagi peluang untuk menintakan pena disini setelah sebulan lebih menyepi. Sewaktu sedang berehat daripada ulangkaji Undang-undang tanah, tertarik dengan artikel mengenai sejenis tumbuhan..

Bunga Bangkai atau nama saintifiknya Amorphophallus Titanium yang diambil daripada bahasa latin bermaksud "silap bentuk dan besar".

SubhanAllah, maha suci Allah menjadikan pelbagai makhluk ciptaannya itu beraneka ragam dan kediversitian. Betapa menunjukkan Allah itu luas ilmunya dan pemilik kerajaan langit dan bumi.

Ana ingin berkongsi fakta menarik mengenai tumbuhan ini, ianya banyak didapati dihutan hujan Sumatera kepulauan Indonesia dan merupakan spesis tumbuhan dari keluarga Raflessia.

Antara keistimewaannya sehingga mendapat jolokan sedemikian ialah kerana baunya yang kuat. Titan Arum mengeluarkan bau bangkai reput yang kuat sehingga menarik lalat pedaging dan kumbang-kumbang mendekatinya. Binatang-binatang ini bertindak sebagai agen penyebaran untuk kelansungan tumbuhan berbunga ini.


Fakta lainnya :

1. Hanya bertahan selama 48 jam setelah berkembang
2. Mengambil masa selama satu hingga tiga tahun sebelum berbunga
3. Bau seperti mayat reput
4. Ketinggian antara 1.8 hingga 3.0 meter atau 10 kaki tinggi.
5. Berat 50kg-91kg

SubhanAllah... selama ana menjadi seorang mujahid alam ni, ini kali pertama ana terserempak dengan ciptaan Allah yang maha unik ini.

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 137

"Sesungguhnya telah berlalu sebelum sunnah-sunnah Allah, kerana itu berjalanlah kamu ddimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)"

Ana tidak pakar dalam ilmu mentafsir Quran tapi fatwa hati ana mengambil surah ini menunjukkan pada kita luasnya ilmu Allah jika kita meluaskan pemandangan kita, pandangan kita dan banyak lagi yang kita perolehi ketika bermusafir..

Setiap sesuatu Allah ciptakan itu ada hikmahnya... moga salah satu ciptaannya ini menguatkan dan meningkatkan lagi Iman kita insyaAllah..

~Nature Mujahid


Wednesday, 21 November 2012

Peringatan RASULULLAH S.A.W : Perilaku Yahudi


Bismillah Alhamdulillah


Kini masuk 8th Muharram 1434 Hijrah bersamaan 22 November 2012, dan masuk 9 hari serangan bertubi-tubi oleh Israel dan tentera Al-Qassam di Palestin.. Ramai yang cakna akan isu ini dan sudah menjadi lumrah bila Palestin diserang, penduduk dunia turut bangkit membantah. Namun, sejauhmanakah kita terdiri daripada kalangan mereka yang sekadar ikut-ikutan, bila isu ini hangat, kita bising dan berdemonstrasi membantah.. bila isu ini "cool" kita turut senyap sama?

Jangan sekali-kali... oleh itu, ana nak berkongsi sikit bahan dan ilmu yg ada untuk tatapan semua. InsyaAllah bermanfaat.. fahamilah siapa "jews" celupan ini sebenarnya..

Pengajaran Hadis:

تعلم كتاب اليهود فإنى لا آمنهم على كتاتنا
(
رواه أحمد عن زيد بن ثابت)

“Pelajarilah kitab bangsa Yahudi, kerana sesungguhnya aku tidak merasa aman dari kejahatan mereke terhadap kitab kita.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan di Shohehkan oleh Al-Bani dalam Kitab Silsilatul Ahadits Ash-Shahihah (187)

Dalam hadis ini Rasulullah saw. menggambarkan bahawa bangsa Yahudi boleh memberi ancaman kepada umat Islam. Atas dasar itu, pada zaman Rasulullah saw. lagi, Rasululah saw. telah menugaskan salah seorang sahabatnya untuk mempelajari kitab suci, bahasa, budaya dan tradisi bangsa Yahudi untuk mengetahui berbagai hal tentang diri mereka sehingga boleh untuk mengenalpasti ancaman dan perancangan jahat yang mereka akan lakukan terhadap Islam.

Jadi pada masa kini, hendaknya ada segolongan yang mengkaji bangsa-bangsa Yahudi bukan sahaja membiarkan Yahudi sahaja yang mengkaji Islam. Dengan cara ini, Umat Islam akan dapat mengenalpasti tindakan jahat dari dari musuh-musuh Islam dan dapat menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Definisi Kitabul Yahud” menurut ulama:

Ada beberapa definisi yang diberikan ulama tentang masud Kitabul Yahud, secara umumnya dapat didefiniskan sebagai kitab yahudi ialah Kitab Taurat, akan tetapi kitab samawi ini sudah diubah oleh tangan-tangan pengkhianat agama Nasrani itu sendiri. Selain itu juga ada ulama menafsirkan bahawa Kitabul Yahud itu adalah bangsa, bahasa, budaya dan adat Istiadat.

Apa yang dapat disimpul bahawa Kitabul Yadud di dalam hadis ini digambarkan oleh Rasulullah merangkumi semua benda yang merangkumi Kitab, bahasa, peradaban, budaya, adat istiadat dan semua yang berkaitan dengan Bangsa Yahudi.

Mengapa Dalam Hadis Rasulullah saw. menekankan pengkajian terhadap bangsa Yahudi secara Khusus?

Dalam buku Matan Arba’in Tarbiyah karangan Farkruddin Nursyam menerangkan lima sebab kenapa dalam hadis ini menekankan bangsa yahudi, iaitu:

1. Yahudi adalah musuh terbesar bagi umat Islam setelah iblis dan syaitan, ini kerana kata Yahudi dan Syaitan paling banyak disebut dalam Al-Quran sebagai musuh yang harus diwaspadai.

2. Yahudi juga musuh abadi yang akan terus memusuhi kita hingga menjelang Kiamat. Ini sebagaimana diterangkan dalam Al-Quran :


“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ’sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
(Al-Baqarah: 120)

3. Yahudi adala sisa-sisa umat yang memiliki pengetahuan tentang kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan dari langit.

4. Yahudi adalah bangsa yang domina pada masa itu dan menjadi tolok ukur di bidang keagamaan pada masa itu dan menjadi tolok ukur di bidang keagamaan dan pengetahuan bagi umat Islam bisa menyingkap kualitas keagamaan dan pengetahuan mereka yang sesungguhnya, maka berarti umat Islam dapat menghancurkan pengaruh mereka terhadap bangsa-bangsa lain.

5. Yahudi adalah bangsa yang memiliki karakter paling licik, paling jahat dan paling busuk, di mana tujuan yagn selalu melandasi langkah dan gerak mereka adalah menghancurkan bangsa-bangsa lain selain Yahudi.
Selaian yang disebutkan oleh Farkruddin Nursyam, kita dapat lihat bangsa Yahudi telah hampir menguasai dunia, malah Amareka sendiri seakan-akan terpaksa mengikut telunjuk apa yang dimahukan oleh Yahudi. Pengkhususan ini mengambarkan Rasulullah saw. telah menjangkakan lebih awal setuasi yang akan berlaku sekarang.

Memahami Maksud “Kerana sesunggunhnya aku tidak merasa aman dari kejahatan mereka terhadap kitab kita Dalam sabda ini, ramai ulama memahami bahawa kajian terhadap agama lain tidak terbatas hanya kepada Agama Yahudi sahaja, tetapi juga melibatkan agama lain yang mengancam agama Islam, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah tadi yang bermaksud “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya” . 

Peringatan ini dapat didasarkan oleh beberapa faktor :

1. Agama-agama lain boleh dianologikan dengan agama Yahudi kerana adanya kesamaan sebab, iaitu niat jahat dan tindakan membahayakan Al-Quran. Ini termasuk semua agama-agama yang mengancam kedudukan Islam di muka bumi ini.

2. Bahawa tokoh-tokoh Yahudi telah berhasil melakukan penguasaan terhadap agama-agama lain speti yang dilakukan Paulus Yahudi terhadap agama Nasrani, sehingga agama lain juga mengemban misi jahat Yahudi terhadap Islam. (Matan Arbai’in Tarbawiyah)

3. Agama selain Islam adalah kekufuran, sedangkan kekufuran satu ajaran dan mempunyai kesamaan sikap dan tindakan terhadap Islam yang menjadi lawan dari kekufuran.

Terlalu banyak pengajaran dan peringatan yang perlu diambil dalam hadis ini, dengan situasi dan keadaan sekarang, sepatutnya perlu untuk Umat Islam bersatu dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis serta mengambil pengajaran dari kegemilangan Islam pada zaman dahulu. 

Melupakan sejarah akan menjatuhkah dan melemahkan sesuatu bangsa sama ada sejarah kebangkitan atau kejatuhan. Daulah Islamiyah yang bermula tertegaknya Negara Islam pertama iaitu Madinah, dan diikuti oleh Sahabat, Zaman Umawiyah, Abasiah dan Utsmaniah makin dilupakan. 

Hanya segelintir sahaja yang mengetahui kemajuan dan kemegahan kerajaan kerajaan Islam pada masa itu. Kegemilangan Islam ketika itu sehinggakan ramai yang berbangga adanya Buku-buku barbahasa Arab dirumahnya sebagaimana bangganya orang-orang zaman sekarang mempunyai buku-buku Inggeris dirumah pada masa sekarang.

Siapa yang bertanggungjawab untuk menegakkan daulah Islamiah kembali, adakah hanya Pemimpin? Pendakwah? Mujadin-mujahidin? Fahaman fatalisme iaitu Ajaran atau kepercayaan bahawa manusia dikuasai nasib yang disuntik oleh Orientalisme telah membuatkan Umat Islam lemah dan hanya menunggu putaran roda untuk bangkit semula. Allah swt tidak akan bertanyakan apakah kejayaan kita, akan tetapi Allah akan bertanyakan apakah usaha kita untuk menegakkan Islam?

Apa yang pasti semua usaha yang ingin dilakukan tidak dapat lari dari bergerak dalam satu organisasi Islam dan berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah. Pergerakan yang teratur Allah menjanjikan kejayaan seperti firmanNYA :


“Sesungguhnya Allah Mecintai orang-orang yang berperang/berjuang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” (Al-Saff: 4)

~Nature Mujahid

Sunday, 18 November 2012

PALESTINE... you're not Alone

Bismillah Allahuakhbar


Sebaik masuknya bulan Muharram, salah satu bulan haram dalam ISLAM.. yakni diharamkan pembunuhan dan peperangan di bulan ini kerana Allah muliakannya, ISRAEL laknatullah itu (YAHUDI CELUPAN) mulakan serangan secara agresif dan bertubi-tubi keatas PALESTINE.

Seluruh dunia cakna dan marah akan kekejaman rejim Celupan ini. Bukan sahaja saudara seagama kita yang turut bangkit memperjuangkan PALESTIN, bahkan mereka yang bukan beragama ISLAM juga turut menyokong PALESTINE atas dasar kemanusiaan..

Apa yang ingin ditekankan disini ialah, akhlak cerminan yang patut ada pada diri seorang muslim diwarisi dan ditonjolkan oleh kenalan kita yang bukan ISLAM (not yet ISLAM).. 

Walau mereka tidak faham isu sebenar dan konflik sebenar mengenai tanah PALESTINE, mereka (saudara kita not yet MUSLIM) turut sama berganding bahu mengecam kekejaman rejim Celupan ini..


[ Protes di BOSTON ]


[ Protes di Istanbul TURKI ]


[ Protes di INDONESIA ]


[ Protest di Northampton MA ]


[ Protes di Milano ITALI ]


[ Protes di Nottingham UK ]


[ Protes di Newyork U.S ]


[ Protes di South Korea ]


[ Protes di Picadilly Garden U.K ]


[ Protes Rakyat Malaysia di Mesir untuk PALESTIN ]

Dan banyak lagi yang dilakukan di seluruh negara di dunia ini tanda prihatinnya mereka. Namun bagi kita yang muslim, yang tahu hadis akhir zaman, jangan sesekali pernah reda daripada isu PALESTIN, kita kena berjuang sehingga ketitisan darah, sehingga ISLAM tertegak di PALESTINE dan sehingga wujudnya empayar khilafah untuk menegakkan dan mendaulatkan ISLAM semula di bumi yang Allah titipkan ini.

NATURE MUJAHID IN SOLIDARITY WITH PALESTINE..

TAKBIR!!!! 
ISLAM WILL WIN... IT'S A MATTER OF TIME.

Saturday, 10 November 2012

Wake Up ! ! !

Bismillah Alhamdulillah

You've chosen the best study spot and no one could fault you on it's setup. So why are you still using pencils to prop open your eyelids? ^^ don't worry... help is on the way.

This scenario tend to happen to almost all student, exclude the genius of coz... haha. The main points here is, after all preparation and everything, doa and so forth, why we still cannot focus on our studies?

Here are the steps to take action on... ^^


TAKE A NAP.What a concept.....
when you are too tired to study, take a short nap to revive yourself. The key is to maximize the naps effect and that means keeping it short. (20-40min) should do the trick.





HAVE A DRINK.A little caffeine won't harm you. A cup of coffee or tea, a glass of soda or plain water, but do bear not to over consume it






TURN DOWN THE HEAT.You needn't build an Igloo, but too warm a room will leave you dreaming of sugarplum.




SHAKE A LEG.Or anything else that peps you up. Go for a walk, high step around the room, do jumping jacks- even mild physical exertion will give you an immediate lift.




CHANGE YOUR STUDY SCHEDULE.
Presuming you have some choice here, find a way to study when you are normally more awake and/or more efficient.



All of the above are only part of action or among the steps that can be taken. This is the sunnatullah provided. So folk, have a try insyaAllah and keep consecutively pray.. May Allah enlighten us.

STRIVE FOR BETTER GRADE... 

Friday, 9 November 2012

GAZA TONIGHT

Bismillah Alhamdulillah


A blinding flash white light
Lite up over the sky of GAZA TONIGHT..
people running for cover
not knowing their death or alive.

They came with their tax and their plane
with chain and firery flames
nothing remains..
Just the voice raising in a smoky haze

Women, children alike
murder in a mass action night after night
while the so called leader of country apart
debate on who runs the right

The powerless words won't In vein.
and the bomb falls like acid rain
through the tears, the blood and pain
we can still heard the voice from smoke haze.

WE WILL NOT GO DOWN !!!
in the night without a FIGHT

YOU CAN BURNT UP OUR HOME
YOU CAN BURNT UP OUR MOSQUE
YOU CAN BURNT UP OUR SCHOOL

but OUR SPIRIT WILL NEVER DIE
we will not go down
in GAZA TONIGHT...

~Nature Mujahid

Murabbi

Bismillah Alhamdulillah

"Tidak ada cara untuk membuat acuan umat ISLAM hari ini kecuali
melakukan mengikut acuan RASULULLAH S.A.W yang dulu"

[ Syeikh Prof.Dr Yusof al-Qaradhawi ]

Rasulullah S.A.W merupakan qudwah hasanah untuk semua manusia hatta para rasul dan nabi terdahulu juga mengakuinya. Baginda merupakan utusan Allah yang diberikan pelbagai kemampuan dan salah satu "TITLE" yang boleh kita lihat ialah Rasulullah s.a.w selaku Murabbi.

Murabbi merujuk kepada orang yang mendidik atau membimbing, simply in other word kita panggilnya pembimbing atau pendidik. Ianya merangkumi makna yang luas bukan saja dalam mencurah ilmu kepada orang lain malah melakukan proses tarbiyyah terhadap Mutarabbi (orang yang di didik), dengan fokus skopnya pada pembentukan peribadi muslim.

Apakah bentuk acuan itu? Acuan yang Rasulullah gunakan dahulu pada sahabat-sahabat baginda? tidak lain tidak bahasa umumnya ialah Tarbiyyah. Terdapat tiga rukun tarbiyyah disini iaitu :

Rukun Tarbiyyah Fikriah : Bentuk pemikiran, minda dan kesedaran kita. Letakkan  
                                       keyakinan yang tinggi kepada Allah. Bentuk fikrah Islamiah dan 
                                       knowledge tentang Islam kepada anak buah.

Rukun Tarbiyyah Rohaniah : Bentuk nafsu kita kearah nafsu Mutmainah, develop minat pada
                                          perkara yang baik

Rukun Tarbiyyah Jasadiah : Kesihatan dan penampilan sihat jasad kita. Penggunaan jasad
                                         kita dengan sebaiknya.


RUKUN DAKWAH

Dakwah merupakan medium untuk kita melaksanakan Tarbiyyah dan didalamnya terdapat Empat rukun penting yang mana salah satunya berkisar mengenai murabbi. 


Rukun yang akan disentuh untuk entri kali ini ialah DAI'E (penyeru).. dari skop inilah kita step by step membentuk apa yang digelar murabbi. Bagaimana memulakan?

USRAH

Ya... melalui Usrah, Islamic Circle, Bulatan gembira and whatsoever we called it. Melalui medium inilah kita membentuk acuan ummah dari akarnya sebelum ke peringkat yang lebih atas lagi. Professor Dr. Yusof al-Qaradhawi pernah menyebutkan mengenai title "r.a" pada penghujung nama setiap sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, beliau berkata :

"Tiga perkara ini yang ada pada semua sahabat Rasulullah yang menjadikan Allah
redha pada mereka, iaitu pertama mereka faham kandungan ISLAM, kedua
mereka beramal dengan ajaran ISLAM dan merupakan seorang yang Amil 
(pekerja). Perjuangan ISLAM itu wajib dizaman mana ISLAM tidak diDaulatkan"

FAHAM MENGAPA MENJADI DAI'E

Mengapa kita harus menjadinya? faham mengapa kita harus membawa ISLAM itu atau kata lainnya aktivis dalam dakwah ini, pointnya senang saja, kita lakukannya kerana Allah, kita lakukannya kerana Ummah (Ummah sakit sekarang) dan kerana Ikhlas (buat kerja demi Allah)...


Oleh itu, dalam menjadi seorang pendidik dan pembimbing yang baik, 10 ciri ini harus ada dalam diri kita selaku seorang Muslim... 

1. Qawiyul Jism (kuat tubuh badan)
2. Salimul Aqidah (Aqidah yang sejahtera)
3. Matinul Khuluq (Akhlak yang mantap)
4. Qadiran Ala Kasbi (Mampu berdikari)
5. Mutsaqattal Fikri (Berpengetahuan luas)
6. Mujahadah Ala Nafsi (mampu melawan nafsu)
7. Munnazamun Fi Syuunihi (Tersusun dalam segenap urusan)
8. Sahihul Ibadah (Ibadah yang betul)
9. Haarithun Ala waqtihi (Menjaga waktu)
10. Nafiun Li Ghairihi (berguna untuk orang lain)

[ 10 Muwassafat Tarbiyyah As-syahid Imam Hassan Al-Banna ]

Bersama kita mendidik diri kita, bersama mentarbiyyah dan ditarbiyyah insyaAllah. Setiap kita harus menjadi murabbi dalam mendidik mereka yang dibawah kita untuk mengenal dan  faham serta alimm mengenai ISLAM.

Antara MENANG & KALAH...??

Bismillah Alhamdulillah


Seorang Pemenang akan beri MANFAAT
Seorang yang Tewas akan menimbulkan MASALAH

Seorang Pemenang akan mencari PENYELESAIAN
Seorang yang Tewas akan MENCARI-CARI ALASAN

Seorang Pemenang akan MENOLONG SECARA SUKARELA
Seorang yang Tewas akan berkata "ITU BUKAN SAYA"

Seorang Pemenang akan SELALU SENYUM
Seorang yang Tewas akan selalu KESAL DIRINYA

Seorang Pemenang sentiasa OPTIMIS
Seorang yang Tewas sentiasa PESIMIS

Seorang Pemenang akan sentiasa YAKIN
Seorang yang Tewas  akan sentiasa GUGUP

Seorang Pemenang memiliki PERWATAKAN YANG RAMAH
Seorang yang Tewas SUKA MENINGGI DIRI

Seorang Pemenang sentiasa MENGHARGAI SUMBANGAN ORANG LAIN
Seorang yang Tewas mengamalkan prinsip "HABIS MADU SEPAH DIBUANG"

Seorang Pemenang sentiasa mencari JALAN UNTUK BERDAMAI
Seorang yang Tewas sentiasa menyimpan PERASAAN DENDAM

^___^

Seorang yang berkasih sayang akan di rindu
Seorang yang membenci akan di benci


Syeikh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menggariskan 10 muwassofat Tarbiyyah untuk muslim membangunkan diri mereka.. antaranya ialah "NAFIUN LI GHAIRIHI" yang bermaksud Berguna untuk orang lain... begitu juga bagi seorang pemenang.. dirimu selaku muslim , dirimu selaku khalifah di bumi ini.

Beliau berkata :

"Wajib keatas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia diperingkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami"

Letakkan dirimu selaku PEMENANG... ATTITUDE itu penting. 

Pengurusan STRESS dalam ISLAM

Bismillah Alhamdulillah


"Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat mengeluh/resah gelisah"
[Al-Ma'arij : 19]

Seorang Muslim yang cemerlang ialah Muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan tidak kira apa jua masalahnya. Bukti paling mudah ana tunjukkan melalui ketauladanan Rasulullah S.A.W sendiri, bagaimana kekangan dan  halangan baginda dalam membawa Wahyu dari Allah.. Belajar dan mengkaji serta hadam sirah nabawiyah memberi banyak persiapan ilmu pada diri kita dalam menempuhi kehidupan dunia.

"Barangsiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka
akan diberi cubaan kepadanya" 
Riwayat Al-Bukhari )


Sejauh mana seseorang itu mampu menghadapi tekanan tersebut, sebanyak itulah ganjaran pahala yang bakal diperolehinya. Setiap pagi petang amalan mathurat yang kita baca mengandungi sepotong ayat daripada surah Al-baqarah ayat 286



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya... " [Al-baqarah : 286]

Islam melihat Punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati, sebab itu mengapa kita harus sentiasa dekat dengan Allah untuk menguatkannya. 

BAGAIMANA MENGHADAPI STRESS DALAM ISLAM

1. Membaca Al-quran dengan mentadabbur maknanya
2. Perbanyakkan taubat dan Istighfar
3. Taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) [melalui alam/zikir/Qiamulail]
4. Banyakkan bersedekah
5. Bijak mengurus masa, tenaga dau keutamaan
6. Husnu Dzan kepada Allah
7. Tawakkal

TIPS MERINGANKAN TEKANAN APABILA DITIMPA UJIAN

> Penghapusan dosa [Surah Al-Syura : 30]
> Meningkatkan darjat
> Mengingati Allah
> Mensyukuri Nikmat
> Berasa ujian kita lebih ringan
> Allah menyayangi kita

Berfikiran positif setiap masa merupakan suatu keperluan yang harus ada pada diri kita. Bila mana hati kuat berpaut pada Allah, segala yang menduga pasti terasa manis kerana kita tahu ada kuasa yang besar dan tertinggi sedang sayang pada makhluknya.

"You never know how strong you are,
until being STRONG is the only choice you have"




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...