Sunday 29 September 2013

MARATIBUL AMAL YANG KE-2 : BAITUL MUSLIM (PART 1)

Bismillah Alhamdulillah


Disuatu sudut ruang masjid itu..

Kata-kata Doktor Ciel  masih terngiang-ngiang diminda Mukmin.

"Maafkan saya ustaz, tapi blood-test ustaz menunjukkan ustaz mengidap barah otak last-stage. Kemungkinan ustaz hanya ada lagi 6 bulan sahaja lagi."

Walaupun berat, namun dia mesti mengkhabarkan berita itu kepada keluarga pinangannya.

Seketika tiba di rumah pinangannya, Mukmin pun dijemput masuk.

"Pakcik, makcik. Saya ada perkara yang ingin sampaikan pada pakcik dan makcik sebelum pakcik dan makcik meneruskan rancangan pernikahan saya dengan anak pakcik dan makcik." ujar Mukmin membuka kata.

"Hm.....macam serius je bunyinya ustaz? Apa tu?"  tanya pakcik.

"Pagi tadi ujian kesihatan saya menunjukkan saya mengidap barah otak last-stage. Dan menurut doktor, saya hanya ada 6 bulan sahaja." jawap Mukmin dengan penuh kesedihan sambil menunjukkan laporan kesihatan itu.

"Kalau pakcik makcik nak membatalkan pernikahan kami saya faham. Saya terima....." tambah Mukmin lagi.

Melihat laporan itu kedua orang tua itu hanya mampu beristighfar dan menitiskan air mata. Selepas itu Mukmin pun pulang memberi ruang keluarga pinangannya untuk membuat keputusan.

............................

3 hari kemudian telefon bimbit Mukmin berdering, skrin tertera nombor keluarga pinangannya. Dia pun segera menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum ustaz." suara pakcik kedengaran.

"Waalaikumussalam pakcik." jawab Mukmin.

"Kami sekeluarga dah buat keputusan dan kami sebulat suara untuk meneruskan rancangan kami. Ustaz khabarkanlah kepada ibubapa ustaz." kata pakcik.

Mukmin terkelu. Dengan keadaannya yang serius itu, masih ada yang sanggup menerimanya.

"SubhanAllah.....sungguh mulia mereka..." ujar kecil Mukmin.

"Ustaz? Ustaz?" suara pakcik mengejutkan lamunan Mukmin.

"Iya pakcik, saya disini. Cuma....mengapa?" tanya Mukmin.

"Jawapan itu ustaz akan dapat selepas akad nikah nanti. Assalamualaikum." jawap pakcik ringkas menamatkan perbualan.

"Waalaikumussalam."

Hari yang dijanjikan tiba. Majlis berjalan lancar, selamat pernikahan mereka. Mukmin pun segera mendapatkan bapa mertuanya untuk menjawab pertanyaannya itu.

"Hanya isteri kamu yang layak menjawapnya kerana dia juga yang memberi kami jawapan itu." jawab bapa mertuanya.

Lalu Mukmin pun segera kepada isterinya.

"Apa yang membuat dinda meneruskan pernikahan kita dalam keadaan abang yang sebegini?" tanya Mukmin.

"Bagaimana dinda boleh biarkan lelaki soleh seperti abang pergi tanpa melengkapkan Sunnah ini?" jawap isterinya.

"SubhanAllah! Terima kasih ya Allah...terima kasih." jeritan hati Mukmin merasa dirinya sangat beruntung dikurniakan isteri solehah.

Segera dia mencium dahi isterinya dan memeluknya.

"Terima kasih dinda. Alhamdulillah......." luah Mukmin. 

To be CONTINUED.....

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^