Monday 23 September 2013

MENGHAKIMI ATAU MENILAI

Bismillah Alhamdulillah



Mudah menilai daripada pandangan luaran itulah fitrah insan yang diciptakan. Sebab itu Allah anugerahkan akal yang dipandu dengan nilai-nilai ad-deen supaya boleh menghakimi sebuah nurani. Menghakimi itu sifat Allah atau kita sekadar menilai? Sirah nubuwwah mampu menjelaskan sedikit antara menilai atau menghakimi.  

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah melihat si pendek tak menawan, Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring di sebelah makam beliau iaitu Umar bin al-Khattab.
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah sekalipun akhirnya menjadi pedang-Nya Allah iaitu Khalid bin al-Walid.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas Fir'aun berada di neraka, sedangkan sandal Bilal bin Rabah terdengar derapnya di syurga.

................

Kesimpulannya mudah, hakimlah seseorang itu dengan saksama... yakni Allah jua yang membolak balikkan hati dan bukan semestinya apa yang kita pandang baik itu baik dipandangan Allah dan sebaliknya. 

Nukilan : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^