Tuesday 17 September 2013

PERJALANAN SEMALAM

Bismillah Alhamdulillah

Tertib langkah diatas jalan ini merupakan suatu ketetapan di luh mahfuz atas usaha dan doa. Begitu juga sebuah perkenalan yang tertaut tanpa disedari kapan ianya terjadi. Dikala menyedari, jalinan itu telah tersimpul.

::: Sedikit coretan istimewa di tahun ke-3 ku :::

Perkenalan kita hari itu masih segar dibenak mindaku. Aku menyapa dirimu menyangkakan kau budak semenanjung dengan pelat Sabah pekatku. 

Ternyata, dirimu juga seorang Sabahan sepertiku. Disitulah bermulanya ukhwah kita, bersama hingga ke tahun terakhir pengajianmu di varsiti utara.

Waktu aku menghantar dirimu pergi.......
hati kecil meronta pada sebuah perpisahan
entah kapan lagi kita bisa bertemu..
entah kapan lagi kita bisa bergelak tawa bersama..

Waktu aku mengjenguk ke bilik kita, sunyi terasa
sebak di dada kerana 
yang pernah menjadi sebahagian teman hidupku dulu kini tiada.

Hariku pasti sunyi tanpamu

:') namun Islam itu Syumul.

Aku ditarbiyyah prinsip redha ke dalam acuannya.

"Redha merupakan penawar
kepada sebuah perpisahan"

Bila mana perpisahan menyapa... ingat kembali saat pertama kita bersua.. sebagaimana sahabat-sahabat yang merindui Rasulullah, dikala tidak tertampung rindu pada insan agung itu... mereka mengajuk perbuatan yang pernah mereka lakukan ketika Rasulullah s.a.w masih ada bersama.

Perjalanan tahun tiga ku sudah berakhir... meneruskan perjuangan tahun ke-4 pula kini.. banyak memori suka duka yang berlaku.. bahkan semakin ranum ku kira.

Walau apapun ia,
hidup dan perjuangan sebagai hamba Allah perlu diteruskan.
Itulah tujuan sebuah penciptaan.


Sahabat yang merindui

~Naturemujahid 




No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^