Tuesday 17 September 2013

YA HABIBI

Bismillah Alhamdulillah


Sesungguhnya hati ini cemburu,
Kepada mereka yang sentiasa rindu 
kepada habibi Robbul Izzati...
Kerana diri ini 
masih lagi kelam dalam kejahilan,

Tidak mengerti 
apakah itu erti sebenar cinta 
kepada penghulu sekalian alam...

Ingin sekali diri ini 
dilimpahi nur daripada sinaran wajahnya...
Ingin sekali diri ini 
mendengar kalimah 'ya ummati' meniti di bibirnya...
Ingin sekali diri ini 
menangis sayu di dalam dakapannya...
Ingin sekali diri ini 
mengucupnya, 
tanda kasih dan dekatnya diriku 
kepadanya...

By: Naturemujahid

Semoga berkat selawat yang meniti di bibir ini dapat menyemarakkan lagi rindu kepadamu ya Rasulullah. Sentiasa terkenang akanmu dan juga sentiasa dekat dengan dirimu, di setiap hembusan nafasku, dan juga kerdipan mataku 

Insya-Allah...


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^