Thursday, 31 October 2013

PERISA BARU

Bismillah Alhamdulillah


Varsiti tempat diri ini menimba ilmu dilanda demam PRK yang melibatkan pertandingan empat penjuru. Para jentera sibuk berkempen dan sebagainyalah untuk mempromosikan calon juga memberi kesedaran politik matang di kampus.

Pengalaman meng"escort" calon sewaktu PRU-13 yang lepas dimanfaatkan sebaiknya kerana ditaklifkan untuk menjadi pengiring calon bertanding daripada puak "opposite" 

Dalam kekalutan, keletihan, keejatan, ketepuan, kelesuan, kemengantukan =.="" 

adoiii.. rosak bahasa. Maaf pencinta bahasa diluar sana.

dalam pada itu semua, tidak menghalang diri ini untuk menerap dan mencerap tarbiah. Ini suatu kemestian dan tidak boleh diabaikan sesibuk manapun. 

Ngee... diatas tu mukadimah sja.. entri ini bermula di gerai menjual kuih Donut di Islamic festival anjuran DPP Sime Darby.

"ermm.. ada jual goreng pisang tak ea?" sambil berjalan mengamati gerai menjual makanan.

Pandangan terhenti bila melihat pastri yang sangat-sangat diri ini kenali.. 

"Ini macam big Apple?" muka berkerut sambil dipenuhi tanda tanya

"Kak, yang ni big Apple kan?"

"ya. order khas daripada Alor star ni" 

"nak enam." sambil jari memilih dan menunjuk kearah jenis-jenis donut yang familiar 

"akak suggest adik ambik yang sebelah kiri tu, yang tu perisa baru"

"perisa baru? apa rasa dia kak?"

"perisa Ceri"

"erm, nak rasa juga. Nak perisa baru tu satu" ^^

Bagusnya.... Pisang goreng yang hendak di beli, Big Apple juga yang dilamar.


* * * * * * * * * * * * *

Sebelum maghrib, Usrah muslimin petang itu dimulakan dengan bacaan mathurat dan pembukanya doa Rabithah. Agenda menggerudi pun bermula, mula satu persatu sahabat-sahabat merangka dan berkongsi juga berbincang akan perancangan kerjaya diluar kelak.

Al-maklumlah, Pelajar tahun akhir dah..

Apa yang boleh disimpulkan, Usrah kami bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah dan gerak kerja diluar sana kelak. Apa yang kami boleh sumbangkan untuk meninggikan syiar Agama Allah ini melalui kerjaya juga melalui kehidupan seharian kami.

Pastikan perisa kehidupan itu sentiasa berlandaskan Syariat.. Islam sebagai bahan asas dan utamanya.


FAKIR DI BUMI TUHAN

Bismillah Alhamdulillah

Semester ini antara yang terpadat pernah diri ini alami. Meringankan minda seketika dengan membaca apa jua input berguna di alam maya. Lantas tertarik dengan perkongsian daripada seorang ukhti di muka buku miliknya. Disini ana kongsikan.

Aku bangga dengan seorang sahabat perjuangan aku ni. Bukan semua orang aku panggil sahabat, apatah lagi sahabat seperjuangan. Apa kerja kami ? biarlah rahsia. Namun ia bukan sebuah kerja yang dipenuhi glemer, bukan juga mudah. Nyawa sebagai taruhan. Bukan juga kerja yg disanjungi ramai. 

Tapi aku boleh menghandalkan dia ? kenapa ? dari dunia yg gelap, dia juga belajar mencari cahaya. Dia belajar solat, dia amalkan, dia dah tak minum arak. Baru-baru ni dia belajar hafal asmaul husna. Banyak dugaan yg menimpa, tapi di atetap berkata 

"ini semua dugaan. Apapun yg berlaku aku akan tetap senyum. Aku terfikir jugak, mungkin ini semua kerana dosa-dosa aku"

Dia bukan ustaz yg belajar jurusan keagamaan. Kami belajar agama di jalanan, di setiap keperitan, disetiap ketakutan, disetiap dosa yg dilakukan. Beberapa hari lalu kami koling. Dia lah sahabat yg tak pernah menghilang, akan sentiasa follow up sahabatnya, klu tak msg, dia koling. Apatah lagi bila sahabat dlm bahaya, dia lah yg akan maju menolong. Beginilah persahabatan dunia gelap kami, kami letak nyawa kami atas nyawa org2 yg kami syg. Nak kacau org2 yg kami syg, korg rentap nyawa kami dulu baru kami diam !!

Selepas berbincang beberapa perkara, kami berbual santai. Dia mula berkata, dia suka dgr radio IKIM (ini bukan iklan IKIM tp memang nk bagitahu, radio tu memang best)

Aku agak terkejut. Untung kami cuma bercakap dlm phone, so tak nampak reaksi muka. Sempat gak aku terfikir, "kenapa dgn kami ni semua, kena rasuk jin Islam ke ape". huhu. 

Dia cakap, dia suka dgr motivasi di radio tu, pernah sekali dia dengar motivasi syurga. Dia sampai menangis ( lelaki menangis gara-gara dgr pasal syurga ? dan dia bukannya golongan pelajar agama ...bagi aku dia cool !!). Pastinya, Allah lebih cool sebab Allah yg sentuh hati dia, bg lembut hati dia. Pada aku, dia seperti Umar, garang tapi dia tetap mampu dilembutkan Allah. Kemudian dia tny

"kita layakkah masuk syurga ?". Serius, aku terdiam. Aku faham pertanyaan tu sgt dalam. Sangat dalam.

Kemudian dia berkongsi lagi, dia suka dgr radio tu sebab lagu-lagunya zikir, bacaan Al quran. Dia cakap dia tenang dgr zikir, doa-doa, bacaan Al Quran. Rasa tenang yg lain, yg tak pernah dia rasakan sebelum ni. 

Sy bercerita ni bukan nak bgtahu betapa hebatnya dia. Tak. Tapi sy nak bagitahu, seteruk manapun manusia tu, didalam gelap manapun dia tinggal, dari lembah hina mana pun dia datang. Dia manusia, dia boleh berubah. Klu korg syg kami, tunjuk kat kitaorang, jgn cakap je. Bukan caci maki yg boleh menyembuhkan luka di hati kami. Dan bukan membiarkan kami bersendiri yg membolehkan kami bernafas dalam gelap. Kami jatuh, jgn pijak lagi kami !!

Saya dan sahabat seperjuangan sy, tak mampu untuk bersyarah seperti kalian tentang ukhwah. Kami mungkin nak cakap 'ana uhibbukifillah' 'ana uhibbukafillah' pun masih tak lepas. Tp sy yakin, sahabat-sahabat seperjaungan sy sedang menjalani makna ukwah, sedang menterjemahkannya dalam perilaku. Bukan sekadar kata-kata. Ukhwah kami bukan chipmore. Dan kami bukan berserah bulat-bulat dgn behubung melalui doa, kami sedayanya akan tetap keep in touch kecuali dlm keadaan yg memaksa utk kami menjarakkan diri. 

Sy tak bersyarah, sy cuma bg tahu ini versi ukhwah kami, klu versi ukhwah kami salah, anda yg tahu sila 'tunjukkan'. 

Bro, klu ko baca status ni (ko kan suka stalk fb sahabat2 ko), aku bangga dgn ko bro. Aku yakin, Mak Cik Hidayah tengah ketuk pintu hati ko, so buka pintu hati ko luas-luas. Benda tak kan jadi mudah, so bersedia. Aku harap ko berterusan nak jadi baik dan lebih baik. Aku rasa soalan ko "kita layakkah masuk syurga ?". Aku jawab di sini ya... "lebih penting, kita ni yg mau masuk syurga atau tidak ? klu mau, teruskan hijrah kau, perubahan kau kearah kebaikan, tak mustahil Allah letak kau kat Syurga, and nanti klu ko masuk syurga, klu xjumpa aku, tlg cari aku kat neraka, klu ko sanggup ar". Teruskan usaha ko bro, aku support. Aku pun kena berusaha jadi baik gak. 

# kami tahu, dan kami tetap nak cuba dekat dgn Allah walaupun kami ni hina. 

Apa org nak pandang kat kami, tak kisah la, kami susah pun, kami jatuh pun, ade ke yg menghulur tgn. 
Mcm cheapsmore ada ar  Teruskan je hidup ni.

~Kami yg Fakir di bumi Tuhan.


Wednesday, 30 October 2013

THE LAST MESSENGER PART 1: TESTIMONIALS

Bismillah Alhamdulillah


May Allah bless each and every one of us, for this entry I would use full fledge English as I received messages and been adhere about Our prophet Muhammad s.a.w especially from the non-muslim who would like to know about him.  

The similitude in comparison with our prophet Muhammad s.a.w from the other prophets before him is that of a man who has built a house completely and excellently except for a place of one brick. When people see the house, they admire its beauty and say: “how splendid the house will be if the missing brick is put in its place!”

So our prophet is the brick, and he is the last of the prophets.

Here I came with testimonials from famous world scholars regarding our Prophets:

In Islamic thought, model leaders were simultaneously both exalted and humble, capable of vision and inspriration, yet at the same time dedicated to the service of their people. As you read these pages, you will I hope, be able to judge for yourself just how close Muhammad comes to this ideal.” – John Adair.

Philosopher, orator, apostle, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, of a cult without images; the founder of 20 terrestrial empires and of one spiritual empire. That is Muhammad. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may well ask, is there any man greater than him?” – Alphomse de Lamartine

I wanted to know the best one who tolds today undisputed sway over the hearts of millions of mankind. I became more than convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life.

I was rigid simplicity, the utter self-effacement of prophet Muhammad, the scrupulous regard for his pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. When I closed the second volume (of the book about his life) I was sorry that there was not more for me to read about his great life” – Mahatma Gandhi

His readiness to undergo persecutions for his beliefs, the high moral character of the men who believed in him and looked up to him as leader, and the greatness of his ultimate achievement- all argue his fundamental integrity. None of the great figures of history is so poorly appreciated in the west as Muhammad” – William Montgomery Watt

His name meaning, “Highly praised” lent itself well to certain biblical passages as predicting his advent. Muhammad was never known to write anything himself; he used an amanuensis (someone who writes what is dictated to him). His apparent illiteracy did not prevent him from composing (i.e. conveying the holy Qur’an which was revealed to him and regarded as) the most famous and eloquent book in the Arabic tongue, and from acquiring such understanding of the management of men as seldom comes to highly educated persons” –William Durant

How one man single-handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades” – Thomas Carlyle

There are so many other testimonials from great scholars especially in westerns that praise Muhammad s.a.w as the most influential ever figures in the world. The life of our prophet is a great experience of success that all humanity can learn and benefit from, not only muslims. His social, political, religious and economical success was not because of extraordinary miracles that made his life east, however, he achieved a genuine success based on hard work, struggle, effort, commitment, competence, love, sincerity and faith.


To be Continue…

Monday, 28 October 2013

AKU CEMBURU PADA KALIAN

Bismillah Alhamdulillah


Aku cemburu pada kalian sahabatku..
saat diriku kegersangan iman,
kalian tumbuh subur dengan baja taqwa.

Saat diriku alpa,
kalian enak bermadu kasih dengan Illahi

saat diriku kelewatan dalam sesuatu perkara
kalian telah terlebih dahulu dihidang dengan bekalan ilmu yang mantap dijiwa.

Diriku terlepas lagi.

Bagaimana diriku tidak mencemburui kalian sahabatku..
Kalian terlalu istimewa di sisi sang kekasih.
Allah s.w.t lebih kenal siapa hambaNya 
dan siapa hamba dunia.

By : nature mujahid


Friday, 11 October 2013

WARKAH BUAT MALAYSIA

Bismillah Alhamdulillah


Sedang melayari laman sosial seorang kenalan, ana terjumpa satu petikan surat yang ana kira sungguh menarik untuk di kongsikan.


[ Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini. 

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. 

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. 

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu. 
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. 

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. 

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian. ]


oleh : Norman Liverpool


Bertepatan dengan satu peribahasa Inggeris berbunyi, 

"Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih yg kemungkaran itu.."

Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini


Bismillah Alhamdulillah



10 Zulhijjah bakal menjengah hari selasa ini, hari Arafah pula digalakkan berpuasa. Seperti semester-semester sudah, anak perantauan beraya bersama anak-anak perantauan lainnya. InsyaAllah ini raya ke-4 ku selama bergelar mahasiswa di bumi Sintokio ini. Disini ana ingin kongsikan sedikit kisah Untuk Renungan Kita sebelum menyambut Idul Adha,

Kisah seorang penjual haiwan ternakan: 
Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separh umur sedang memperhatikan jualan kami, 

Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan"
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil. 

“Kalau yang itu harganya RM300,”  jawab saya. 

"Harga paling diskaunnya berapa?" 

"RM250 bolehlah kak". harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..

“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”. 

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak...” 

Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut. 

Astaghfirullaah... Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sdg tidur seorang nenek tua yg kurus.


“Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa". Perempuan tua itu terbangun. 

“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, “Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.”

“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya....”

Ya Allah...Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini. 

“Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu,

“Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung" 

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....

Semoga Allah menginsafkan kita...

credit to : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Bersama menghayati makna Qurban itu sendiri ketika nabi Ibrahim diperintahkan melaksanakannya, bukan syok sakan cuti ya ^^

Allahu..Allah.............

MASJID KE GEREJA?

Bismillah Alhamdulillah



Ini merupakan sebuah hakikat dalam masyarakat kita pada hari ini, dimana betapa kita sendiri yang menyukarkan usaha kebajikan sesama umat Islam.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. 

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. 

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. 

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.

Saya pun pergi tempat tu dgn dia.

"Kenapa encik ambik RM50 je?. Bukan ada orang jaga pun? 

"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. "Lepas tu encik?"
 
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. 

"Encik masih kerja di situ? 

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

Credit to : Ustaz Mohd Azrul

So the Moral or akhlak from the true story is simple, eases others whom need. Hassan Al-Banna pernah berkata "permudahkanlah urusanmu sesama muslim"

atau sudah terpasak solid dalam masyarakat kita karenah birokrasi mengikut sistem tanpa mengutamakan aulanya dimana?

Fikir-fikirkan, renung-renungkan.. buat diri ini dan semuanya.

TARBIYAH PALING BERAT

Bismillah Alhamdulillah



Tarbiyah paling BERAT dan SUSAH ialah MENDIDIK HAWA NAFSU..

Nasihat bercanggah dengan nafsu..
Ilmu bercanggah dengan nafsu..
Taat bercanggah dengan nafsu..
Ibadat bercanggah dengan nafsu..
Kebaikan bercanggah dengan nafsu..
Kesusahan dan kepayahan becanggah dengan nafsu..

Orang yang nak ditarbiyah mesti terima nasihat..
Orang yang nak tarbiyah mesti mengaji..
Orang yang nak tarbiyah mesti banyak amal ibadat..
Orang yang nak tarbiyah mesti sentiasa taat..
Orang yang nak tarbiyah mesti sentiasa dalam kebaikan..
Orang yang nak tarbiyah mesti belajar hidup susah dan payah..

Belajarlah mendidik NAFSU..
Kerana ia adalah musuh utama dalam diri mu..
Gagal mengawalnya menyebabkan IMAN mu lemah dan lesu..
Itu bahaya buat perjuangan didokongi mu..

AKU BELAJAR

Bismillah Alhamdulillah


aku belajar diam dari banyaknya bicara....
aku belajar sabar dari sebuah kemarahan..
aku belajar mengalah dari suatu keegoisan...
aku belajar menangis dari kebahagiaan..
aku belajar tabah dari sebuah kehilangan...
aku belajar manis Ukhwah dari sebuah persahabatan
aku belajar banyak perkara 
dari ribuan perkara yang Allah beri


"KERNA aku yakin, Allah ada aturannya untuk diriku"

HANYUT

Bismillah Alhamdulillah 

“FRIENSHIP NEVER DIES”

Erm… sejauhmana boleh diterima pakai ayat ni? Wujudkah benda seperti itu di zaman dulu hingga kini?

Sebuah ceritera ingin ku nukilkan 3 tahun yang lepas, melaluinya akan terjawab persoalan diatas..

Petang itu seusai Asar, abang Naqib datang mengetuk pintu bilik Ariel dan roomatenya, sebelumnya mereka sudah berjanji untuk menghadiri program diluar.

“Ariel, bersiap, abang hantar kamu sama Din”

“sa suda siap bang, tpi Din ndak mau pigi dia bilang”

Din masih terbaring di katil tanpa pakaian Cuma berlindungkan sarung pelikatnya.

“Din, kenapa belum bersiap tu, marilah cepat, lambat ko tu” desak abang Man

“aku ndak mau pigi lah bang, biar si Ariel syak lah yang pigi” katanya malas.

Abang Man tidak puas hati dengan sikap Din, lalu berlaku sedikit suasana tegang sambil berbalas hujah masing-masing. Wajah abang Man menunjukkan ekspresi seolah satu kerugian besar jika kami tidak menghadiri program ini

“Aku ndak pigi bang. Titik!”

Abang Man pun mengalah dan mereka berdua kemudiannya berlalu meninggalkan Din sendirian.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

“Ariel, Umaq, Id, abang kasi tinggalkan kamu semua disini. Dari sini kamu naik bas maraliner untuk pergi ke Shahab perdana” jelas abang naqib.

Pekan kecil yang sesak dengan kenderaan berat mahupun ringan memenuhi jalan, tidak jauh dari tempat mereka berdiri, Umaq singgah ke dalam kedai runcit untuk membeli roti dan air buat mereka untuk berbuka nanti.

“barang-barang yang disuruh bawa tu ada ka semua?” Tanya Id kepada Ariel. Id berbaju merah tinggi berkulit sawo matang dengan rambut ikal sedikit membelek tasbih dan telur serta beras yang disediakannya di asrama tadi

“ada suda, Umaq?” sambil berpaling pada insan yang miliki susuk tubuh kecil, berkulit putih, berkopiah dan cermin mata yang dipakai itu menyerlahkan kacukan jawa dalam darahnya. Comel seperti budak orangnya.

“a’ah, dah.”

* *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Program berlansung selama 3 hari 2 malam di Langgar, peserta pada waktu itu sejumlah 30 orang, 6 orang muslimin dan 24 muslimat. Pelbagai pengisian berbentuk tamrin dilakukan dan sememangnya dalam tempoh singkat itu, sebuah ikatan ukhuwah terjalin tanpa disedari. Ikatan fillah yang akan dibawa sebagai bekal untuk semester mendatang.

“Assalammualaikum, ana Aniq.. asai matrik Penang” menghulur tangan untuk berjabat kepada Ariel.

“wa’alaikumussalam, Ariel, panggil Ril ja”

“selamat berkenalan, aku Hafidz, matrik penang juga tapi asal Johor” sampuk lelaki bertubuh kurus dengan kacamatanya yang menampakkan kematangan pada rupa.

“Ana Umaq, dan yang ni Id”

Senyuman dan sapaan menyapa antara mereka petang itu membentuk sebuah ta’aruf yang tanpa mereka sedari akan merubah perjalanan mereka selaku mahasiswa selepas ini. Berguling, dimarahi, berprogram, membentang, diprovok bersama merupakan hidangan dalam tamrin yang akhirnya mengeratkan ikatan antara lima jejaka itu.

Dua semester telahpun berlalu selepas tamrin itu, mereka kini di semester 2 tahun pertama pengajian. Langit tidak semestinya cerah, pasti mendung dan ribut melanda jua. Begitu juga dengan bahtera persahabatan diantara mereka berlima, ombak badai menghempas ganas meleraikan ikatan yang pernah berbaiah suatu masa dulu

“Assalammualaik Ariel” tegur abang Farid

“Wa’alaikumussalam w.b.t bang” sambil membelek buku Qiyadah wa Jundiyah di ruang legar bangunan fakulti Undang-undang

“ana nak tau tentang Hafidz, dia macam ada masalah” pandangan abang Farid menjadi serius.

“dia seolah ingin lari daripada medan perjuangan ni”… “ana Tanya Ariel sebab enta masul depa” tambah abang Farid lagi.

“Hafidz? Ye ke bang? Ana tak tau menahupun” sambil kitab haraki tadi di tutup dan disimpan didalam beg galasnya.

“takpa, nanti ana jumpa personally dengan dia” tekad Ariel smabil mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi daripada situ.

Ternyata tebakan abang Farid ada asasnya, Hafidz cuba mengelak setiap kali diajak berliqo, berusrah hatta makan bersama di café. Ariel mengharapkan pimpinan menegur Hafidz agar permasalahan ini selesai namun tindakan itu mengundang api yang lebih marak.

Hari demi hari, hubungan mereka makin renggang, gerak kerja organisasi dan dakwah menyebabkan Ariel selaku masul tidak lagi meng”follow-up” sahabatnya itu buat satu tempoh masa yang panjang. Bukan saja Hafidz, Aniq juga mula menjauh daripada gerak kerja tarbiah yang sebelum ini rancak dihidupkan.

Kini………

Bergelar pelajar tahun akhir, Ariel tersentak kerana mendapat teguran secara tidak lansung daripada Allah. Dia merasakan itu merupakan peringatan yang Allah ingin berikan kepadanya kerana membiarkan dua orang sahabatnya itu hanyut.

Jika kamu mahu seseorang itu berubah, jangan pernah berhenti berdoa untuknya”  Kalam Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid-

Dirinya seolah terpukul dengan batu besar mendengar kalam seorang habib, jauh disudut hatinya menangis..

“Astaghfirullah.. aku inignkan mereka berubah tapi doaku untuk itu hanya sebutir dua, bahkan terputus dengan kerapnya”


Menitik deras air jernih di kelopak matanya… 

Mahukan seseorang itu berubah kena usaha, ditambah dengan doa yang tidak pernah putus, muhasabah buat diri terutamanya, kemana perginya doa untuk sahabat-sahabat yang sekian lamanya hanyut.???


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...