Tuesday 29 October 2013

AKU CEMBURU PADA KALIAN

Bismillah Alhamdulillah


Aku cemburu pada kalian sahabatku..
saat diriku kegersangan iman,
kalian tumbuh subur dengan baja taqwa.
Saat diriku alpa,
kalian enak bermadu kasih dengan Illahi
saat diriku kelewatan dalam sesuatu perkara
kalian telah terlebih dahulu dihidang 
dengan bekalan ilmu yang mantap dijiwa.
Diriku terlepas lagi.
Bagaimana diriku tidak mencemburui kalian?
Kalian terlalu istimewa di sisi sang kekasih.
Allah s.w.t lebih kenal siapa hambaNya 
dan siapa hamba dunia.

By: Naturemujahid

Saturday 12 October 2013

WARKAH BUAT MALAYSIA

Bismillah Alhamdulillah


Sedang melayari laman sosial seorang kenalan, ana terjumpa satu petikan surat yang ana kira sungguh menarik untuk di kongsikan.



[ Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana mana parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang orang susah, untuk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini. 



Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat teramai ini. Terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak bapak menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yang bergelar menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yang telah memberi undi atau kepercayaan untuk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka "Kalau tak suka..". jadi eloklah kita panggil mereka ini "menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kepada anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yang akan berlaku? tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kepada Inggeris. Kerana apa saya kata demikian, kerana mereka tidak berwibawa untuk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dengan Malaysia dalam sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang ketua negara yang diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas. Pertama apa yang dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi agensi kerajaan. Beliau tahu dengan rasuah ekonomi sesebuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dengan air yg dibelinya dari Johor, dengan air itu juga dia membuat duit untuk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dengn harga lebih mahal daripada Singapura. Hehe lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dengan keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yang mahir untuk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya meyakinkan pelabur apabila lebih tiga ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan jutawan dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka.

Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kepada Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semujadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dengan pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yang byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dalam erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. 

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yang dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yang 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jangan gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yang jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dergan kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. 

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia

a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980.

Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
 
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dengan Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dengan Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. 

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak agak boleh ke kawan kawan?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat sangat tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dgn polisi yang ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yang paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dengan nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dalam bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. 

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kepada negara Korea...mereka sudah jauh pergi dalam peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yang paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 untuk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yang berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda benda mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai check n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara.

Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah macam halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dengan mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengan nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dalam masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lagi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tengok tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat macam tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yang dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yang dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dengan baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dengan Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap tiap tahun. Tak tahu sapa yang lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dengan Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi untuk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dalam isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dengan dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yang mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit untuk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yang baik sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dengan baik atau dilimpahkan kepada kroni masing2, rakyat yang terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yang pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian. ]



oleh : Norman Liverpool


Bertepatan dengan satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih yg kemungkaran itu". 

PENTERNAK KAMBING DAN SI MISKIN


Bismillah Alhamdulillah




10 Zulhijjah bakal menjengah hari selasa ini, hari Arafah pula digalakkan berpuasa. Seperti semester-semester sudah, anak perantauan beraya bersama anak-anak perantauan lainnya. InsyaAllah ini raya ke-4 ku selama bergelar mahasiswa di bumi Sintokio ini. Disini ana ingin kongsikan sedikit kisah Untuk Renungan Kita sebelum menyambut Idul Adha,

Kisah seorang penjual haiwan ternakan: 



Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separh umur sedang memperhatikan jualan kami, 

Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; 


“Sila kan puan"


Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil. 

Kalau yang itu harganya RM300,”  jawab saya. 

"Harga paling diskaunnya berapa?" 

"RM250 bolehlah kak". harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..

Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”. 

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak...” 

Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut. 

Astaghfirullaah... Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua yang kurus.

Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa". Perempuan tua itu terbangun. 


Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, 


“Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.”

Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya.”

Ya Allah. Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yang miskin harta tapi dia kaya iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini. 

Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu,

Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung" 

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....

Semoga Allah menginsafkan kita. 
Bersama menghayati makna Qurban itu sendiri ketika nabi Ibrahim diperintahkan melaksanakannya.

Credit kepada : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (official)
Di edit oleh : Naturemujahid

MUSLIM : DO WE ACT LIKE ONE?

Bismillah Alhamdulillah



Ini merupakan sebuah hakikat dalam masyarakat kita pada hari ini, dimana betapa kita sendiri yang menyukarkan usaha kebajikan sesama umat Islam. Masjid banyak duit, tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. Boleh jadi. (namun tidak di nafikan mencuri masih salah dalam undang undang). 

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak 'transparent' atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam macam not. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. 


Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor telefon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 untuk beli susu anak.


Aku call no yang dicatat. Sembang beberapa minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. 


"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama." kata lelaki itu.

Aku pun pergi tempat tu dengan dia.

"Kenapa encik ambik RM50 je?. Bukan ada orang jaga pun" kata Aku 

"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing pusing cari kerja."

Terdiam aku sekejap. "Lepas tu encik?"
 
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dengan nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yang sedang ronda tempat parking masa tu. 

"Encik masih kerja di situ?" 

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tapi ahli qariah ada yang dapur tak berasap.

So the Moral or akhlak from the true story is simple, eases others whom are in need. Hassan Al-Banna pernah berkata "permudahkanlah urusanmu sesama muslim" atau sudah terpasak solid dalam masyarakat kita karenah birokrasi mengikut sistem tanpa mengutamakan aulanya dimana?Fikir-fikirkan, renung-renungkan.. buat diri ini dan semuanya.

Credit kepada : Ustaz Mohd Azrul
Di edit oleh : Naturemujahid

TARBIYAH PALING BERAT

Bismillah Alhamdulillah



Tarbiyah paling BERAT dan SUSAH ialah MENDIDIK HAWA NAFSU..

Nasihat bercanggah dengan nafsu..
Ilmu bercanggah dengan nafsu..
Taat bercanggah dengan nafsu..
Ibadat bercanggah dengan nafsu..
Kebaikan bercanggah dengan nafsu..
Kesusahan dan kepayahan becanggah dengan nafsu..

Orang yang nak ditarbiyah mesti terima nasihat..
Orang yang nak tarbiyah mesti mengaji..
Orang yang nak tarbiyah mesti banyak amal ibadat..
Orang yang nak tarbiyah mesti sentiasa taat..
Orang yang nak tarbiyah mesti sentiasa dalam kebaikan..
Orang yang nak tarbiyah mesti belajar hidup susah dan payah..

Belajarlah mendidik NAFSU..
Kerana ia adalah musuh utama dalam diri mu..
Gagal mengawalnya menyebabkan IMAN mu lemah dan lesu..
Itu bahaya buat perjuangan didokongi mu..

Friday 11 October 2013

AKU BELAJAR

Bismillah Alhamdulillah



aku belajar diam dari banyaknya bicara,
aku belajar sabar dari sebuah kemarahan,
aku belajar mengalah dari suatu keegoisan,
aku belajar menangis dari kebahagiaan,
aku belajar tabah dari sebuah kehilangan,
aku belajar manis Ukhwah dari sebuah persahabatan.
aku belajar banyak perkara dari ribuan perkara 
yang Allah beri,
kerana aku yakin, 
Allah ada aturannya 
untuk diriku.

By: Naturemujahid

HANYUT

Bismillah Alhamdulillah 

“FRIENSHIP NEVER DIES”

Erm… sejauhmana boleh diterima pakai ayat ni? Wujudkah benda seperti itu di zaman dulu hingga kini? Sebuah ceritera ingin ku nukilkan 3 tahun yang lepas, melaluinya akan terjawab persoalan diatas.

Petang itu seusai Asar, abang naqib datang mengetuk pintu bilik Mukmin dan roomatenya, sebelumnya mereka sudah berjanji untuk menghadiri program diluar.

“Mukmin, bersiap, abang hantar kamu sama Shahie” kata abang Suhasman.

sa suda siap bang, tapi Shahie ndak mau pigi dia bilang” 

Shahie masih terbaring di katil tanpa pakaian cuma berlindungkan sarung pelikatnya.

Shahie, kenapa belum bersiap tu, marilah cepat, lambat ko tu” desak abang Suhasman.

aku ndak mau pigi lah bang, biar si Mukmin syak lah yang pigi” katanya malas.

Abang Suhasman tidak puas hati dengan sikap Shahie, lalu berlaku sedikit suasana tegang sambil berbalas hujah masing-masing. Wajah abang Suhasman menunjukkan ekspresi seolah satu kerugian besar jika kami tidak menghadiri program ini.

Aku ndak pigi bang. Titik!

Abang Suhasman pun mengalah dan mereka berdua kemudiannya berlalu meninggalkan Shahie sendirian.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

“Mukmin, Habib, Shiraz, abang kasi tinggalkan kamu semua disini. Dari sini kamu naik bas Maraliner untuk pergi ke Shahab perdana” jelas abang Suhasman.

Pekan kecil yang sesak dengan kenderaan berat mahupun ringan memenuhi jalan, tidak jauh dari tempat mereka berdiri, Habib singgah ke dalam kedai runcit untuk membeli roti dan air buat mereka untuk berbuka nanti.

barang-barang yang disuruh bawa tu ada ka semua?” tanya Shiraz kepada Mukmin. Shiraz berbaju merah tinggi berkulit sawo matang dengan rambut ikal sedikit membelek tasbih dan telur serta beras yang disediakannya di asrama tadi.

ada suda, Habib?” jawab Mukmin sambil berpaling pada insan yang miliki susuk tubuh kecil, berkulit putih, berkopiah dan cermin mata yang dipakai itu menyerlahkan kacukan jawa dalam darahnya. Comel seperti budak orangnya.

a’ah, dah.

* *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Program berlansung selama 3 hari 2 malam di Langgar, peserta pada waktu itu sejumlah 30 orang, 6 orang muslimin dan 24 muslimat. Pelbagai pengisian berbentuk tamrin dilakukan dan sememangnya dalam tempoh singkat itu, sebuah ikatan ukhuwah terjalin tanpa disedari. Ikatan fillah yang akan dibawa sebagai bekal untuk semester mendatang.

Assalammualaikum, ana Aniq.. asai matrik Penang” menghulur tangan untuk berjabat kepada Mukmin.

“wa’alaikumussalam, saya Mukmin”

“selamat berkenalan, aku Hafidz, matrik penang juga tapi asal Johor” sampuk lelaki bertubuh kurus dengan kaca matanya yang menampakkan kematangan pada rupa.

“Ana Habib, dan yang ni Shiraz” sampuk Habib memperkenalkan mereka semua.

Senyuman dan sapaan menyapa antara mereka petang itu membentuk sebuah ta’aruf yang tanpa mereka sedari akan merubah perjalanan mereka selaku mahasiswa selepas ini. Berguling, dimarahi, berprogram, membentang, diprovok bersama merupakan hidangan dalam tamrin yang akhirnya mengeratkan ikatan antara lima jejaka itu.

Dua semester telah pun berlalu selepas tamrin itu, mereka kini di semester 2 tahun pertama pengajian. Langit tidak semestinya cerah, pasti mendung dan ribut melanda jua. Begitu juga dengan bahtera persahabatan diantara mereka berlima, ombak badai menghempas ganas meleraikan ikatan yang pernah berbaiah suatu masa dulu

Assalammualaik Mukmin” tegur abang Farid

Wa’alaikumussalam w.b.t bang” sambil membelek buku Qiyadah wa Jundiyah di ruang legar bangunan fakulti Undang-undang.

ana nak tau tentang Hafidz, dia macam ada masalah” pandangan abang Farid menjadi serius.

dia seolah ingin lari daripada medan perjuangan ni. Ana tanya Mukmin sebab enta masul depa” tambah abang Farid lagi.

Hafidz? Ya kah bang? Ana tak tau pun” sambil kitab haraki tadi di tutup dan disimpan didalam beg galasnya.

takpa, nanti ana jumpa personally dengan dia” tekad Mukmin sambil mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi daripada situ.

Ternyata tebakan abang Farid ada asasnya, Hafidz cuba mengelak setiap kali diajak berliqo, berusrah hatta makan bersama di café. Mukmin mengharapkan pimpinan menegur Hafidz agar permasalahan ini selesai namun tindakan itu mengundang api yang lebih marak.

Hari demi hari, hubungan mereka makin renggang, gerak kerja organisasi dan dakwah menyebabkan Mukmin selaku masul tidak lagi meng”follow-up” sahabatnya itu buat satu tempoh masa yang panjang. Bukan saja Hafidz, Aniq juga mula menjauh daripada gerak kerja tarbiah yang sebelum ini rancak dihidupkan.

Kini

Bergelar pelajar tahun akhir, Mukmin tersentak kerana mendapat teguran secara tidak lansung daripada Allah. Dia merasakan itu merupakan peringatan yang Allah ingin berikan kepadanya kerana membiarkan dua orang sahabatnya itu hanyut.

Jika kamu mahu seseorang itu berubah, jangan pernah berhenti berdoa untuknya”  Kalam Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid-

Dirinya seolah terpukul dengan batu besar mendengar kalam seorang habib, jauh disudut hatinya menangis..

“Astaghfirullah.. aku inginkan mereka berubah tapi doaku untuk itu hanya sebutir dua, bahkan terputus dengan kerapnya” monolognya dalam hati

Menitik deras air jernih di kelopak matanya… 

Mahukan seseorang itu berubah kena usaha, ditambah dengan doa yang tidak pernah putus, muhasabah buat diri terutamanya, kemana perginya doa untuk sahabat-sahabat yang sekian lamanya hanyut.?  (11.10.2013)

*************
Ya. Friendship never die. Hingga ke hari ini, Mukmin masih memerhatikan sahabat sahabatnya itu dari kejauhan. Meski di pisahkan oleh laut cina selatan, doanya tetap mengiring moga suatu saat sahabat sahabatnya tetap melangkah meneruskan perjuangan ini meski keakraban dulu mustahil sudah untuk di ratib. (09.12.2019)


TIPS MENGHIDUPKAN SOLAT MALAM (IHYA' ULLAIL)

Bismillah Alhamdulillah


CARA MUDAH HIDUPKAN MALAM ( IHYA' ULLAIL )

1) Apabila masuk waktu maghrib, niatkan dalam hati kita supaya dibolehkan mendirikan Qiyammullail atau Ihya’ Lail, yaitu selepas selesai sholat Maghrib .

‘Para salafussoleh apabila mereka setelah sholat maghrib, mereka meniatkan qiyammullail‘.

2) Biasakan diri kita agar tidak bercakap-cakap antara margrib dan Isya’, kecuali setelah melakukan 6 rakaat (solat awwabin).

*Sholat sunnah yang dikerjakan antara maghrib dan isya’ dinamakan sebagai sholat awwabin.

Boleh juga kita melakukan solat istikharah pada waktu ini agar apa-apa yang akan kita lakukan pada malam hari atas pilihan Allah.Dan bukankah pilihan Allah itu yang terbaik??

Kata Imam Al-Munzir dalam kitab At-Targrib wa At-Tarhib:
Dari Makhul.ra bahawa Rasulullah SAW sampaikan padanya dengan berkata: ’siapa yang bersholat 2 rakaat selepas sholat Maghrib(fardhu) sebelum berkata-kata, Dalam riwayat lain: 4 rakaat, diangkatkan sholatnya di illiyyin (derajat surga yang tertinggi)‘.

Dari Abi Hurairah berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:” Siapa sholat 6 rakaat selepas Maghrib(fardu) , tidak berkata diantara dengan sesuatu yang tidak baik, baginya sama seperti ibadah 12 tahun ‘.~Riwayat At-Tirmizi.

Faedah:
Para salafussoleh itu berebut-rebut dalam menyibukkan diri mereka dengan ibadah dan meninggalkan segala urusan dunia pada waktu itu.

3) Setelah selesai menunaikan sholat2 sunnah, isikan waktu tersebut dengan ibadah khusus seperti Bacaan Al-Quran,wirid dan sebagainya.

4) Khususkan waktu antara Maghrib-Isya’ pada waktu itu bermunajat kepada-NYA. Dan tepikan untuk sementara waktu (Maghrib-Isya’) dari segala urusan dunia dan hubungan dgn manusia.

Kata Habib Umar Ibn Hafiz :

‘Sayyidina Abu bakar meletakkan batu di mulutnya agar beliau tidak bercakap kecuali yang penting atau yang baik. kalau sayyidina Abu bakar yang sebegitu berbuat sedemikian, kita sebetulnya harus lebih perlu berbuat demikian‘.

Allah…Hakadza tarbiyah ashabun Nabiyy!Sollu ‘alaihi!

Kalau kita bisa berhasil berbuat yang demikian ini, (yaitu menahan diri dari bercakap-cakap antara magrib dan isya’) selama dalam 40 hari berturut-turut, Insya Allah ia akan menjadi suatu kebiasaan seharian kita dan kita akan hanya (ditolong oleh Allah SWT) berbicara hanya pada saat-saat yang perlu di waktu-waktu lainnya. Jauh dari fudul al-kalam(berbicara yang berlebihan).

5) Sebelum tidur, Hendaklah menjaga adab-adab tidur seperti yang diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW, agar tidur kita diangkat dan dijadikan oleh Allah SWT sebagai ibadah bukan tidur ghaflah(lalai) dan supaya mudah untuk bangun Qiyammullail.

Kata Habib Umar:
‘Man hafaza ‘ala adabin Naum, soro naumuhu yaqazoh’.
(Siapa yang menjaga adab tidur, jadilah tidurnya itu tidur dalam keadaan yang sadar, tidak sia-sia umurnya).

SEMOGA BERMANFAAT

Credit kepada : Mutar Ligat
Di edit oleh : Naturemujahid

Thursday 10 October 2013

TIPS UNTUK THABAT

Bismillah Alhamdulillah



5 Tips untuk memastikan kita mampu berdepan dan tahan uji insyaAllah: 

1. Lazimi bacaan ayat - ayat suci al Quran al Karim, sekurang - kurangnya 10 ayat sehari. 

2. Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud sekurang - kurangnya 2 rakaat. Paling tidak      tiga hari sekali. 

3. Senantiasa berjamaah dan menghadiri aktiviti Amal Tarbawi dan Majlis Ilmu yang 
    menghidupkan hati dan menyedarkan kita dari kelalaian. 

4. Jauhi maksiat dan mungkar kerana ia mencetus kemurkaan Allah swt. dan perbanyakkan
   amalan sunat seperti solat, puasa dan sedekah. Ia mengukuhkan benteng diri. 

5. Banyakkan mujaalasah [duduk - duduk] bersama alim ulama' yang berjuang [haraki] dan
   menghayati sejarah perjuangan para pejuang terdahulu.

by: Nasrudin Hassan

PILIHLAH SAHABAT

Bismillah Alhamdulillah

*** Pilihlah SaHaBaT ***

1    1. Yang suka melindungi sahabatnya… dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan

        2. Yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu. Dia suka menyebut-nyebut kebaikan pada dirimu

       3. Yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk mmeberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna

      4. Jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya

      5. Jikalau engkau meminta sesuatu daripadnaya, pasti ia memberi..

       6. Jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu

       7. Yang jikalau engkau berkata ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.

        8. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya

        9. Jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu