Tuesday 8 October 2013

API ITU DEKAT

Bismillah Alhamdulillah

Dunia tercipta merangkumi 4 unsur utama iaitu air, angin, tanah dan api. Hehe, bunyinya macam supernatural atau kepercayaan karut ilmu sihir om puteh kan?

Tapi relek, ini tiada unsur kesyirikan padanya, hakikat Alam Allah ciptakan begitu. Untuk entri ini akan berkisar mengenai api. Bila kita sebut tentang elemen ini, dalam benak minda kita pastinya kaitkan dengan bahang panas, membakar, memusnah, Syaitan diciptakan daripada api (kalu Islamik skit kan) dan sebagainya.

Surah Yunus Allah berfirman :

…dan pada apa yang diciptakan Allah dilangit dan dibumi, pasti terdapat tanda-tanda (kebesarannya) bagi orang-orang yang bertaqwa

Api merupakan ciptaan Allah di alam ini yang biasa dilihat baik di langit mahupun di bumi, banyak ibrah yang biasa diambik darinya dan salah satu yang pasti ingin disentuh untuk entri kali ini ialah bagaimana api bisa mengembalikan kita kepada Allah, si pemaksiat kepada Allah.

Antara semua unsur berempat ini, mengapa Allah memilih api sebagai cara untuk menyeksa dan member peringatan kepada hambanya yang alpa? Wallahualam tapi antara keempat-empat unsur ini, api merupakan medium penyeksa yang sangat dasyat. Mungkin itu satu faktor daripadanya mengapa.

Hubungan maksiat dengan api???

Maksiat itu bermaksud sesuatu yang kita lakukan dimana perbuatan kita itu dikhuatiri diketahui oleh orang lain. Yakni aib. Maksiat merupakan sesuatu yang bias mengundang kemurkaan Allah justeru mengundang api neraka yang Allah sediakan. Itulah logika perhubungan antara keduanya.


Dan seumpama kamu cuba memadamkan api yang menghampiri dirimu akibat perbuatanmu (maksiat) itu sendiri, nescaya kamu akan ketahui bahawa perbuatanmu itu sia-sia tanpa iringi dengan taubat kepadaNYA.


By: Naturemjahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^