Thursday 10 October 2013

JANGAN LUPAKAN DIRIKU

Bismillah Alhamdulillah

Entri mengenai persahabatan lagi?? Eh come on lah.. muak kot. Cam poyo jer wat entri macam tu. Hehe

Terkadang, persahabatan itu menjengkelkan dan melelahkan, juga memualkan, tetapi itulah sebenarnya yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang lebih dan jangan menyerah jika kamu tak bisa menerimanya” kata-kata daripada seorang sahabat.

Wali’ullah Imam Hassan Al-Basri pernah berkata

Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat nanti

Seriously tersentuh dengan kalam Ibnu Jauzi, beliau pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis

Jikalau kalian tidak menemukan aku nanti di dalam syurga bersama kalian, maka tolong tanyakan kepada Allah tentangku.”

Wahai rabb kami, hambamu fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami ke dalam Syurga

Ana tak kisah apapun pandangan orang mengenai persahabatan ini, Cuma yang pastinya persahabatan yang terjalin dan di canang ini harapnya kerana Allah. 

.. .. .. .. ... .. .. .. ..  ..  .. ..   ..

Ku pohon kepadaMu ya Allah…
Kurniakanlah kepada kami 
sahabat-sahabat yang sentiasa menjadi sebab 
bagi kami untuk semakin takut 
dan rindu kepadaMU.

Ya Rahman..
semoga di satu saat,
kami berkumpul semula 
hingga kami bertemu denganMU
dan mendapat redhaMU.

Aaminnnnnn………….

Ingat ya sahabat-sahabat ku.. andai kalian tidak menemukan
aku di syurga nanti, jangan lupakan diriku.


By: Naturemujahid
  

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^