Wednesday 9 October 2013

OTODIDAK

Bismillah Alhamdulillah

Beberapa hari yang lepas, tertarik dengan entri seorang sahabat mengenai terma "Otodidak" dan penjelasannya. Alhamdulillah sempat menukil dan membuat sedikit pembacaan serta pencerapan mengenai terma baru dalam kamus hidup.

Tahu tak apa tu "Otodidak"? 

Ianya berasal daripada bahasa Yunani (Autodidaktos) yang bermaksud belajar sendiri. Kemahiran ini merujuk kepada individu tertentu yang mana mereka ini mampu menguasai atau mempelajari sesuatu dengan sendirinya tanpa bimbingan sesiapa bahkan bisa menjadi alim dalam bidang tersebut.

Hasil pencerapan diri ini, keistimewaan yang Allah anugerahkan ini bisa menjadi dominan atau minor pada figur individu itu sendiri. Terpulang pada Individu itu menilainya. 

Kelebihan dan kekurangan 

Antara kelebihan individu Otodidak ini ialah :

- Tidak memerlukan panduan atau bimbingan daripada sesiapa pun untuk menguasai sesuatu disiplin ilmu

- Mudah mencerap dan menguasai ilmu itu dengan baik terutama bidang Kesenian abstrak seperti Sastera, lukisan, karya, muzik, lakonan.

- Bersifat terbuka dan berani menerima cabaran dan biasanya berjaya dalam usaha sendirinya jika di garap

Kekurangan Otodidak pula :

>> Cenderung melakukan kesalahan berbanding mereka yang belajar melalui bimbingan

>> Sering dipandang sebelah mata sebab persepsi mengatakan mereka ini tidak menghargai ilmu.

Ciri-ciri Otodidak

1. Terbuka : Cenderung terbuka kepada hal baru, toleransi, demokratik dan memandang sesuatu yang baru itu di satu sudut yang positif

2. Enthusiasm : Punyai sifat ingin tahu yang berkobar-kobar. suka mencuba dan menyahut cabaran dan mengambil risiko

3. Kreatif : Merupakan tunjang kepada individu Otodidak. Mahir mengeksploitasi dan menggabungkan pelbagai cabang ilmu dalam satu bidang

4. Rela berkorban untuk perkara yang disukai : Sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk bidang ilmu yang diminatinya

5. Tidak mementingkan kebendaan : Lebih mementingkan kepuasan terutama apabila dirinya dipuji kerana menguasai sesuatu tanpa di bimbing.



Rendy Ismail (paling kiri) antara sahabat yang diri ini tahu
seorang Otodidak. :)

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^