Wednesday 6 November 2013

CERVIDAE

Bismillah Alhamdulillah

Sekarang masih mood cuti pertengahan semester. Budak-budak smeua pulang ke kampung masing-masing (untunglah kg dekat) tak macam ana dan member-member yang lain, budak Sabah, menumpang dan setia menjaga varsiti utara ni.

Mengisi masa berkualiti di 1 muharram, usai melawat seorang adik yang sakit, ber"Nature walk" sebentar meringankan kepala yang sendat dengan timbunan asssignment ^^

Varsiti utara ni, sangat kaya dengan hutan juga fauna terutama si monyet-monyet yang begitu setia menemani.

..........

Ha, apa maksud CERVIDAE??

Jom, ana nak mengajar pembaca semua untuk belajar bahasa sains untuk entri kali ini. CERVIDAE adalah nama saintifik yang di beri kepada spesis keluarga Rusa.

[ Sila lihat gambar ] bagi yang tak kenal rusa itu apa?

CERVIDAE dalam bahasa ini bermaksud binatang liar yang berkelompok.. sejarah perkembangan nama ini bermula sedemikian rupa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda di mana beliau mengatakan perhatikanlah kambing, kita dapat belajar bermasyarakat melaluinya.

Akhlak dan kata-kata Rasulullah itu benar.. tapi sebelum itu.

Apa kaitan Rusa dengan kambing???

......

Secara mudahnya, kebanyakan binatang atau kumpulan binatang itu punyai ketua, seperti kita dalam masyarakat punyai ketua (Amir) dalam istilah arabnya. Ana amati, bila si ketua di situ mendekat waktu nak di beri roti, rusa-rusa yang lain tidak berlaga dan wala

perhhh "wala" tu.. ayat ana, siyes bombastik

Dalam erti kata lain disini, kita boleh belajar melalui alam dan dalam konteks ini kita belajar melalui rusa. Bila ketua kawanan mengambil makanan yang di beri, rusa rusa yang lain tidak berebut dan patuh menunggu giliran mereka. Kehidupan sosial ini terlalu tertib persis kehidupan kita juga manusia. 

Banyak lagi yang kita boleh pelajari daripada mereka, namun untuk kali ini saya menyentuh mengenai ketaatan kita kepada pemimpin. InsyaAllah di kesempatan lain kita akan belajar banyak lagi tentang alam bersama sama. 

......

Begitulah alam mentarbiah diri kita.. Allah meletakkan hikmah bagi mereka yang berfikir. Jadi manfaatkan akal anugerah Allah itu, jgn akal dikaburi dengan nafsu.

nukilan : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^