Monday, 4 November 2013

EPILOG PRK - TMUUM 2013

Bismillah Alhamdulillah



Allahuakhbar!!

Allahuakhbar!!!

Allahuakhbar!!!!

Tarikh bersejarah terlakar sudah buat sekian kalinya malam ini. Aku yang masih duduk didalam kelas Evidence hilang konsentrasi dek memikirkan debaran keputusan yang bakal menentukan kuasa mahasiswa. Menyaksikan keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) sebentar tadi cukup mengharukan hati yang diselubungi wehdah doa.

Tatkala lantunan takbirku bergema.. bersahutan antara hati-hati sahabat-sahabatku.. baik jauh meski yang dekat terasa kebersamaan dalam ikatan jemaah. Allah...Allah...Allah..

Jujur aku rasakan, yang kini TMUUM yang sebelumnya difitnah atas nama proM UUM sudah semakin matang, selari dengan kematangan dan usia diriku serta sahabat-sahabatku di varsiti ini. Membesar bersama, kini aku dan kalian berpeluang melihat putik-putik itu mekar sebelum kita meninggalkan UniUtama tercinta yang menghitung detik waktu cuma.

Kronologi ringkas yang dapat ku simpulkan :

HARI PENAMAAN CALON




MASA KEMPEN & GERAK KERJA (3 hari )








Syukur sangat-sangat kerana Allah memberikan peluang kepada diri ini dan sahabat-sahabat yang lain (UPTA) untuk merasakan kehangatan PRK kali ini sama seperti waktu ana di semester 2 dulu.

Secara keseluruhan, Kerusi ada 36 semuanya, 8 kerusi umum yang dipertandingkan, 5 dimenangi oleh TMUUM, dan satu kerusi dimenangi oleh perubahan, Hijrah juga bebas.

Secara keseluruhan, Aspirasi masih mendominasi 15 kerusi manakala TMUUM 13 kerusi. Baki 2 kerusi lagi dimenangi oleh Bebas dan 6 oleh Hijrah.

Aspirasi masih memegang kerusi secar amajoriti ditambah lagi Hijrah yang kelihatan sekarang ini ingin bergabung bersama Aspirasi semula. 

Meskipun begitu, TMUUM berjaya memenangi perang moral dan membuktikan bahawa, Mahasiswa semakin celik dalam memilih. 

Begitu bnayak lagi yang ingin dikongsikan disini namun biarkan generasi seterusnya melafaskan apa yang dirasa, ditelah mahupun di telan.

Hidup!!! Hidup!!!

TRANSFORMASI....

Student!!!! POWER!
Student!!!! POWER!

Suara keramat itu terngiang-ngiang 
memecah suasana..

PASti akan bangkit di Varsiti ini.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...