Tuesday 19 November 2013

MASIH CHOKI-CHOKI YANG SAMA

Bismillah Alhamdulillah


"cantik choki-choki tu" sambil mata merenung ke arah peket choki-choki yang di tampal di dashboard bilik.

"haha, tak sampai hati nak makan" muka selamba ja jawab.

"jap.. eh? ni choki-choki yang sama haritu kan?" Fadhli mendekatkan pandangannya.

"takda r.. tu perisa Cashew nuts.. tengok betul2"

"makin maju choki-choki sekarang" kagum.

"tengok oranglah.." ALhamdulillah..

* * * * * *

Di sana ada irama...
Siulan cengkerik, deruan samudera
Menemani hati yang masih mencari
Dalam gelap meraba
Bersuluhkan sinaran rembulan

Sudah kucuba pautkan jiwa padaNya
Menggagahkan diri menafikan rasa
Adakala aku berdiri persis laksamana
Adapun tiba masa jasad rebah, 
hilang maya

Cuba lagi, aku terus berpaut
Cuma kali ini berbeza, pautanku lebih kemas
Tidak, aku berpaut seperti biasa,
Yang terbeza, tangan-tangan yang menghulur
Tali tali ukhuwah yang datang menyapa

Singgah bukan sekadar bersua
Tapi singgah untuk merubah
Kali ini bukan aku, tapi kami berpaut

Jatuh bangun bersama dan terus mencuba
Hati-hati ini masih mencari
Cuma yang menyinar sang suria

Di sini ada irama, indah
Kami berjanji melaung suara
Pimpin tangan bersama
Pautkan jiwa padaNya
Kerna Ukhuwah fillah till Jannah

* * * * *

"Ana minta sa choki deh?"

" ^^ tafaddal syeikh

:::: Choki-choki pun dah update sekarang. Makin pelbagai pilihan perisa di pasaran berbanding dulu hanya coklat sahaja yang available. Seperti Ukhwah kita juga, pada mulanya biasa, kini semakin kuat, utuh dan luar biasa.. Tahun Akhir dah rupanya ::::

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^