Monday, 11 November 2013

MENSE PRIMA HIJRAH (1435)

 Bismillah Alhamdulillah


Nama cam gempak?

Cam gempak jer.. cam gempak jer... cam gempak jer....

*Ok... =.=""

Abaikan mukadimah diatas. Entri kali ini ana nak ajar  beberapa perkataan dalam bahasa Latin. ( pengaruh term Undang-undang lah ni +_+" )

Maksud entri diatas "Mense Prima" iaitu Bulan pertama, bersempena dengan hampir seminggu memasuki tahun baru Hijrah. 

Sebut sahaja Muharram (mense Prima) dalam Islam, pastinya sinonim dengan Hijrah. 

"satu Muharram detik permulaan..
perpindahan kaum Islam hijrah..
perpindahan nabi dan umat Islam...
dari .......tetttzzzz.."

Cam kenal ja lirik lagu ni?

haha... inilah lagu yang kita di momokkan (ok tak perkataan ni digunakan?) 

patutnya, kita ubah sikit lirik lagu ni...

"Bulan Safar detik permulaan..
perpindahan kaum Islam hijrah..
perpindahan nabi dan umat Islam...
dari......."

Ha.. jom telusuri sirah nabawiyyah tentang hijrah Rasulullah s.a.w..


Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. 

Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. 

Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. 

Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. 

Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. 

Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad). 

********

Suatu fakta yang jelas, kelihatan sukar untuk ditelan kerana daripada kecil lagi sudah di beri info yang salah. Pahit untuk ditelan berangkali tapi yang benar harus di tegakkan

Dengan ini kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam Islam dan bukan bulan Hijrah Rasulullah s.a.w.

Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

********

So...

Muharram ialah mense Prima ok.. bukan bulan Hijrah.

Satu lagi sebelum terlupa,

Apa resolusi kalian dalam tahun baru Hijrah ni? beringatlah wahai teman, semakin meningkatnya Tahun, semakin singkat usia di dunia nyata ini.

Bersama menjadi Mukmin yang lebih baik insyaAllah..

#resolusi masih diteruskan, Qawiyul Jism tak pass lagi. >__<

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...