Monday, 4 November 2013

SG.LIMAU : TRILOGY

Bismillah Alhamdulillah



Sedang menikmati hijaunya pepohon yang melingkari masjid Badlishah. Sepoi bahasa angin bermain di balik rimbunan, mewujudkan harmoni musik yang begitu gemersik jiwa-jiwa alam. Sepertinnya berbisik kehadiran tahun baru.

......perhhh...... 

mukadimah dah berapa puluh perkataan. 
haha. yang penting semanis limau dimakan.

Ha, sebut pasal limau ni, Ketibaan tahun baru dan berakhirnya 1434 Hijrah disambut dengan kehangatan PRK di Dun Sungai Limau yang bersaksikan hari pengundian (4th Nov 2013) iaitu hari ini.

Para amilin dan jundullah di setiap pelusok negeri dan negara berkumpul di Sg.Limau untuk membantu kemenangan dan menyumbang mana-mana yang mereka termampu. Beberapa orang sahabat terdekat juga sudah bertolak kelmarin dan dijangka bertolak balik semula ke varsiti utara petang ini.

Sudah garam dalam kehidupan, rencah yang tawar tidak ada istilahnya dalam pilihanraya.. begitu banyak liku fitnah, caci makian serta putar belit pihak berkepentingan (UMNGOK

Eh??? typo kot.. 

Suatu kesedihan buat diri ini kerana tidak dapat turun menyumbang fizikal dan mental di sana, dek setianya assignment dan projek menemani cuti midsem yang singkat ini.

tapi tidak bermakna kita tidak menumbang.

sorang sahabat dekat muka bukunya berkata " tidak turun tidak bermakna tidak menyumbang. tembakkan doamu "

Link daripada blog-blog ini mampu menceritakan lagi perjalanan PRK Dun Sg.Limau.





Apapun jua, keputusan PRK ini akan diumumkan pada sebelah malam 10pm kata seorang sahabat.

Perjuangan Islam tidak akan padam walaupun pendokongnya dizalimi, ditindas dan dibunuh.

Allah akan tetap memeliharanya walau dalam keadaan apa sekalipun.

Moga beroleh kemenangan.

TAKBIR!!!

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...