Tuesday, 5 November 2013

SPELLBOUND

Bismillah Alhamdulillah


Salam 1st Muharram diucapkan

"typical" seperti biasa, apakah azam tahun baru antum semua untuk kali ini? di tahun 1435H ini?
bisa saja ada yang membuat resolusi baru, tidak kurang juga pasti ada yang mengekalkan azam yg lalu, mungkin kerna belum tercapai? juga lagi banyak yang lansung tidak punya impian atau azam.

Atau memang tidak sedar kita di tahun baru?

Mukadimah diatas tiada kaitan dengan tajuk ya. haha

sedikit permulaan, serta nasihat buat diri ini dan semua.

........

Untuk entri kali ini, kita akan belajar magik. 

=.=" khurafat cheq oiii!!!

Ok..ok.. back to where we should start.

Usai Zohor tadi, sementara menunggu bubur masak untuk diberikan kepada seorang sahabat yang sakit, sempat menghabiskan satu cerita korea.

K-POP??

Nahhhhhh.... nope.

Movie Korea yang sungguh memberi beberapa pengajaran yang ana kira wajar untuk dikongsikan. Cerita bermula dengan watak hero, seorang ahli silap mata "street magician" manakala heroin ketika itu menjadi audien. Watak "gloomy" si heroin iin menarik perhatian si hero tadi untuk menyiasat.

Diringkaskan cerita, Si heroin sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama-sama teman karibnya dimana bas yang dinaiki jatuh menjunam ke sungai, ketika paramedik sampai, paramedik menjadi bingung, siapa yang harus diselamatkan antara keduanya?

Akhirnya paramedik tadi menyelamatkan si heroin sebelum menyelamatkan sahabat karibnya yang akhirnya sudah telat untuk ditolong. 

Semenjak kejadian itu, Heroin ini kerap diganggu oleh roh teman karibnya sehingga keluarga dan kenalan si heroin iin menjauh dan tidak bertegur dengannya kerana sesiapa sahaja yang cuba mendekat, pasti akan mengalami kemalangan yang parah serta diganggu oleh roh kawan karib si heroin ini.

Rupanya sebelum insiden kemalangan itu berlaku, teman karib si Heroin ini memberikan kalung pelindungnya (boleh katakan azimatlah gitu) 

Dalam pada itu, si Heroin kehilangan keluarga dan teman karib serta semuanya, kini hidupnya bersendiri, namun dia tetap membisikkan kepada dirinya yang dia kena tabah, harus ceria, dia kena kuat..

....... end of the story, Roh teman karib si heroin itu tadi tidak mengganggu lagi kerana loket miliknya telah dipulangkan.

Moral of the story:

1. POSITIVE THINKING : Positifkan minda selalu, jangan sekali-kali biarkan diri ditenggelami dan dikuasai oleh aura negatif yang ada. Bila pergantungan kepada Allah sebagai contoh (for muslim) kita akan berasa tenang dan Allah adalah segalanya.. 

2. BERJEMAAH : Meski tabah bagaimana sekalipun, seorang manusia itu adahad limitnya. Sebab itu Allah menyuruh untuk kita berada dalam jemaah (Social) kerna faedahnya sungguh banyak. Kita ini makhluk sosial, tidak bisa hidup sendiri-sendiri.

3. KEMBALIKAN HAK : Cerita di atas tadi turut beri pengajaran tentang menunaikan hak. Tunaikan hak dan amanah itu sebaiknya. Juga bila disentuh mengenai Hutang, boleh kaitkan, roh seseorang itu akan gentayangan selagi mana hutang-hutangnya tidak dilangsaikan. Sebab itu adab dalam Islam, sebelum si mati dikebumikan dan disolatkan, isytihar hutang yang ada, minta yang datang itu menghalalkan.

Last but not least... layan cerita khurafat ni jangan bnayak sangat. Silap hari bulan kepala jadi sinting.

End of the Story.. Happily ever After. 


















No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...