Tuesday, 24 December 2013

SEAFOOD COCKTAIL

Bismillah Alhamdulillah


Segala puji bagi Allah yang menciptakan segala sesuatu. BagiNYA raja seluruh buana dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil alam. Rahmatnya meluas melebihi langit dan lebih lagi.

Tertarik dengan fenomena alam yang berlaku baru-baru ini di Lahad Datu, Sabah, negeri kelahiran yang dirindui.

Fenomena yang berlaku di mana ikan-ikan "BASONG" gelaran kami disana naik ke daratan dengan jumlah yang sangat banyak. Situasi seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Maka bermula desas-desus, andaian yang mengatakan bahawa mungkin akan berlaku Tsunami macam 10 tahun yang lepas. Bulan yang sama, tarikh juga hampir dekat.

Apapun ia, ulasan ana selaku seorang yang mengamati Alam ciptaan Allah ini, setiap sesuatu yang berlaku dialam ini ada asbab musababnya, asbab yang bisa dijelaskan dengan sains kerana Al-quran membenarkan hukum sunnatullah.

Pandangan peribadi ana "fenomena yang berlaku ini ada kaitannya dengan pencemaran laut dan alam yang dilakuklan oleh manusia. Bisa saja ekosistem mereka terjejas dan sebagainya sehingga menyebabkan binatang-binatang ini bergerak ke darat.

Allah memperingatkan dan memberi amaran kepada Manusia dalam firmannya 

telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar [Ar-rum : 14]

maka menyaksikan saja peristiwa ini, Allah memberitahu sejak dari awal akan amaranNYA. Ini fenomena alam yang biasa berlaku, namun bis jadi ianya asbab kepada akan berlakunya bencana daripada Allah.

Binatang itu dekat dengan Alam ciptaan Allah, jika berlaku bahaya pada alam, mereka dapat kesan. SubhanAllah."

Sedikit ana selitkan perkongsian daripada sahabat ana, seorang yang mengkaji binatang dan suatu masa kelak menjadi a great Zoologist.

Baik, saya nak kongsikan kisah yang dulunya gempar di negara kecil bersalji.

"SOUSTAL, Switzerland - Berpuluh-puluh ekor lembu 'membunuh diri' dengan terjun dari tebing tinggi dekat kampung Soustal, Switzerland, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam tempoh tiga hari, sebanyak 28 ekor lembu mati di banjaran Alps dengan terjun dari tebing tinggi yang mempunyai ketinggian beberapa puluh meter.
"Kami sedang menyiasat kes itu kerana lembu yang hidup di kawasan pergunungan boleh mengesan bahaya dan tidak terjun dari tebing tinggi dengan sengaja," kata seorang pegawai polis.
Pihak berkuasa terpaksa menggunakan helikopter untuk memindahkan puluhan bangkai haiwan itu.
Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa kejadian tersebut berlaku apabila lembu yang berada di belakang rakannya akan terjun jika haiwan di depannya melakukan perbuatan itu.
Kebanyakan saintis menyatakan haiwan tidak mampu membunuh diri. - Agensi"

Memang beza antara dua-dua kisah ini, namun yang menjadi persamaan antara haiwan-haiwan ini adalah KELAKUAN PELIK mereka.

Salah satu pakar zoologi tempatan menyatakan, kelakuan pelik haiwan-haiwan ini adalah disebabkan oleh KETIDAKSELESAAN terhadap sesuatu kawasan/tempat serta persekitaran cuacanya.

Kesemua lembu mungkin tidak selesa akan habitatnya, sampaikan ke tahap terjun dari tebing tinggi untuk mengelaknya.

Begitu juga ikan dan kerang, mungkin persekitaran laut yang membuatkan mereka tidak selesa sehingga sampai satu tahap mereka naik ke daratan. 

Fenomena itu biasa buat 'mereka', tapi pelik di mata kita.
Mungkin kita tidak tahu menahu akan kelakuan mereka.
Mungkin juga kita tidak mahu tahu akan kelakuan mereka.

Ramai yang ketahui sebab ikan-ikan bertimbun disebabkan mereka mampu mengesan getaran dari dasar laut yang mengganggu mereka, kemudian lari sejauh mungkin dari getaran itu.

Kita pula menyangka Tsunami bakal berlaku disebabkan situasi pelik sebegitu.

Itu andaian.
Apa yang berlaku selepas itu hanya Dia yang tahu.
Kita perlu bersedia saja dari semasa ke semasa.

Waallahualam. (Dans Kays)

.........

Apa jua yang berlaku, kembali semula kepada Allah. Dia yang maha berkuasa atas segala-galanya.

~Nature Mujahid

IMPERFECT

Bismillah Alhamdulillah


"Tiada yang sempurna...
cuma yang ada serba kekurangan.
Lengkapkan hati yang mendung
dibalik awan dengan munajat
kepadaNYA.

....

Walau hati sepi..
masih ada Allah tempat mengadu.
Allahuakhbar!!!"

24th December... sehari sebelum hari kelahiran diri ini, pada masa sama juga minggu peperiksaan. Ujian di musim peperiksaan merupakan peneman kepada setiap diri insan.

Mendapat khabar kesihatan Daddy makin tidak membaik merisaukan jiwa yang berada di darul jelapang padi ini.

Ya Allah... 

Berikan kesembuhan kepada Daddy ku... 

SUPERB

Bismillah Alhamdulillah


When you HavE a pAssIoN
& a Reas0n to d0 SometHing,
you wiLL surelY Excel

yOu mAy nOT be TalenteD
or g!ft3d, but if you Have
a StronG eNouGh reason to do Something,
you will be ablE to Tap into
your inner God given 
Potential

....................

by: Nature Mujahid

WARKAH UNTUK BIDADARI

Bismillah Alhamdulillah


Kehadapan 
buat bidadari dunia..


Kaum Adam itu pemimpin bagi kaum hawa..
selaku itu, ingin ku berpesan pada semua
bidadari dunia ciptaan Allah ini..

Jika benar nilai antuna semua setinggi mahar Islam,
amalkanlah pesan daripadaku.

Pesan yang Rasulullah kiaskan
dalam klhutbah terakhirnya.

"Jadikan dirimu seperti Pohon semalu,
Protective dan tebal rasa malu"

"Jadikan dirimu ibarat Kaktus...
yang bukan mudah disentuh, malah yang
mencuba akan terluka.."

"Jadilah seperti Durian,
berdiri teguh, tahan lasak dengan dugaan..
tidak goyah soal perasaan"


"Dulu dirimu hendak menjadi mawar berduri..
sungguh indah tpi sukar dipetik..

...

namun.. mawar senang layu
bila sudah dipetik"

Sekadar bingkisan peringatan
daripada diri Adam yang lemah..

peringatan buat diri Adam...
Thiqahkan peribadimu.

Kata dirimu pemimpin!!!


Al-fakir Alallah
(~Nature Mujahid)

KEPAHITAN YANG PERGI

Bismillah Alhamdulillah


Biar kepahitan itu pergi
agar kemanisan mengisi...

Biar kegelisahan lenyap,
jangan kita halang semangat

Biar kekecewaan berlalu.......
agar kegembiraan mewarnai,

Biar penderitaan itu menyapa,
agar kekuatan kita jana semula..

Biar diri ini derita
agar aku tahu kepahitannya..

Agar aku sedar...
kesengsaraan ini tidak sama.
bahkan,

....

Hanya secebis dari 
penderitaan Rasulullah s.a.w

by: Nature mujahid

Monday, 23 December 2013

SECAWAN COKLAT PANAS

Bismillah Alhamdulillah


Aroma kopi dan waffle semerbak mewangi menghiasi kafe yang ditatahi dengan hiasan ala-ala western tapi penuh energetik.

Suasana ceria dengan para pelayan yang simpuh menutupi aurat menyejukkan lagi mata memandang. Halwa telinga dilingkari dengan merdunya instrumental zikir, cukup membangkitkan jiwa hamba di pagi hari

"Assalammualaikum, hot chocolate dan blueberry muffin macam biasa ya."

"wa'alaikumussalam. InsyaAllah, encik sila tunggu di meja nombor 11" 

............

Kafe yang penuh sesak di pagi hari bukan saja dikunjungi oleh ramai muslim tetapi not yet muslim juga. Mungkin keramahan dan telus layanan di cake house ini puncanya.

"suka sangat cake house ni, layanannya mesra, service 5 bintang dan menu pun kelas"

"ya"

...............

Hidangan sarapan pun tiba di meja nombor 11, dihantar oleh seorang pelayan lelaki yang bersih lagi kemas pemakaiannya..

"Encik, ini set sarapannya" 

"terima kasih" 

"nothing better than  a cup of hot choco in the morning" 

Air coklat dihirup sambil mata terpejam. menikmati aroma haruman. 

"ya.. better if it can solve my problem" keluh Hafiz

"chill lah piz, takda yang tidak boleh diselesaikan." Adnan memberi semangat

"Aku tak leh lah tengok si Saad tu, dia saingan aku." 

"owh, member sekerja ko yang nampak arrogant sikit tu?"

"sikit?? banyak kot.."

tambahnya lagi "dia tu hipokrit, orang lain buat kerja dia pula dapat nama, nanti dapat pangkat dia juga.. bla..bla.."

Dalam asyik mencurahkan perasaan, seorang lelaki berkopiah putih dengan wajah yang bersih dan janggut sedikti rapi tersusun menghampiri meja sambil membawa 3 hiris kek Oreo

"Assalammualaikum, nak join bole?"

"Waalaikumussalam" jawab serentak

"Silakan Ustaz" pelawa Hafiz

"rancak bersembang, gossip apa pagi ni?" sambil senyuman manis terukir 

"ehh.. haha, takda lah Ustaz, Apiz ni citer tempat kerja dia"

"ana gurau je lah. Ana dengar apa yg antum berdua bincangkan, suara Apiz cukup kuat"

Ketiga-tiga mereka gelak kecil, 
menghidukan lagi suasana cake house di pagi hari..

"Amacam? sedap tak coklat panas tu?" senyum sambil memandang manis kearah Hafiz.

"Sedap seperti biasa ustaz. ngee, nak resipi?"

"haha, bole insyaAllah" 

"nak tahu tak, secawan coklat ni mirip seperti hidup kita"

"secawan coklat? maksud ustaz?" kedua-dua nampak berminat

"Kehidupan ibarat coklat panas tu, pekerjaan, kewangan dan harta pula ibarat cawan"

"kalau kita terlalu cemburu dan iri hati dengan cawan yang dimiliki oleh rakan, jiran dan musuh kita, kita tidak menikmati coklat panas dalam cawan kita

Jangan sia-siakan perhatian dan jiwa kita kepada cawan yang digunakan oleh mereka, tapi berilah tumpuan dan nikmatilah coklat panas didepan kita."

Hafiz dan Adnan merenung dalam ke cawan masing-masing.. sungguh runut

"Happiness and blessing is not something that depend on others view, but it's something that we treasure " tambahnya lagi

Kedua pemuda tadi masih merenung kearah cawan masing-masing sambil runut pandangan tanpa berkelip.

"Hafiz, Adnan.. kusyuk ja?"

"eh.. maaf ustaz, sentap dengan tazkirah ustaz tu" Hafiz

"Baru saya tahu, secawan minuman ni begitu banyak yang kita boleh pelajari" Adnan menyokong.

"Alhamdulillah, habiskan kek ni ya, Ana belanja" 

"Makasih ustaz.." serentak menjawab

............

Jauh disudut hati Hafiz, dia bertekad untuk tidak memfokuskan lagi perhatiannya itu kearah yang membuang masa tetapi lebih menghargai hidup.


Sunday, 22 December 2013

ISTIKHARAH & ISTISYARAH

Bismillah Alhamdulillah

Ilmu baru bagi diri ini.. perkongsian daripada blog seorang
sahabat ana yang hebat orangnya.. moga bermanfaat.


"saya setuju menerima ustaz dengan satu syarat.” Kata muslimah itu

Ustaz akan jadi suami kedua saya” dia menambah.

Uhuk uhuk uhuk” air yang baru sahaja mengalir masuk ke urat leher saya seperti tersembur keluar.
Teh o panas pula tu.

Cover cover hati membisik.

Saya cuba mengawal perasaan.

Hati yang berdebar Tuhan saja yang tahu. Warna muka ketika itu kalau boleh dilihat di cermin dah iras-iras warna albino dah.


Kalau macam tu, siapa suami pertama ustazah?” saya cuba membalas dengan wajah penuh ketenangan. 
Kawal perasaan.


 “Suami pertama saya ialah da’wah dan Islam. Setelah itu barulah ustaz

Ooo” cawan yang masih saya pegang itu perlahan saya letakan di atas piringnya
.
Alhamdulillah…. ” hati membisik syukur.


Muslimah ini jelas dalam tujuan kehidupan rumahtangganya


 TAA’RUF

Mana mungkin saya akan terlupa sebuah rumah di Taman Melewar, yang hanya berselang 3 lorong sahaja dari Markaz Tarbiah PAS.


Rumah 3 tingkat berwarna hijau putih itu tidak mungkin akan terluput dari fikiran saya.

Kerana rumah yang menjadi saksi tempat pertemuan saya buat pertama kali dengan bakal jodoh saya itu milik murabbi kami,

seorang pensyarah Kulliyyah Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.



Ketika pertemuan itu berlangsung, di bahagian ruang tamu rumah hanya ada 4 orang sahaja. Berada di kiri saya ialah

tuan rumah, murabbi kami. Di hadapan saya ialah muslimah tersebut dan di kirinya ialah wakil dari baitul Muslim.


Saya mahu dia menjadi seorang ayah yang soleh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu nakhoda saya seorang yang 

panas baran atau perengus. Saya mahu nakhoda yang sukakan kanak-kanak. Saya mahu bakal nakhoda saya boleh 

memimpin saya ke syurga

Thoo dia syaraaat…boleh buat karangan. Banyak betul. Tadi kata satu ja” bisik hati saya.
Nakal.


PESANAN ISTISYARAH SEBELUM ISTIKHARAH

Ramai yang bersangka istikharah (solat istikharah) ialah satu-satunya tindakan yang perlu dilakukan dalam mencari jodoh.


Betul tetapi kurang tepat.


Kerana istisyarah (memohon pandangan dari orang yang berilmu) juga harus dilakukan bersama dengan istikharah.

Saat kami bertemu di rumah murabbi kami, kami berisytisharah dan seusai itu kami beristikharah.

 Dalam nak memulakan hubungan ni sewaktu ta’aruf, semua nampak cantik dan menjadi malaikat berwajah manusia. Apa-

apa syarat yang diletakkan orang ‘pasangannya’ semuanya akan setuju. Tetapi setelah itu tunggang langgang jadinya”


“ Nta dah kenal ke orang yang nta nak approach ni?” Tanya murabbi.

Matanya rapat memerhatikan riak wajah saya. Murabbi kami ni memang dikenali ramai, kalau dia buat ‘pandangan ma’rifat’ dia tu, boleh goyah pendirian.


“Nta dah approach mak ayah dia sebelum nta approach muslimah ni?”

“ Apa yang membuatkan nta nak approach muslimat ni?”

“ Kenapa tak pilih muslimat lain sebagai calon isteri nta? Nta bidang agama, dia pula bukan bidang agama. Payah nak hidup nanti”


Dan banyak lagi tembakan soalan-soalan daripada murabbi kepada saya di hadapan muslimah ini.
Ye betul, di hadapan muslimah ini.


 “Ana bukan apa, ana tak mahu hubungan ini dimulai secara melulu kerana ia akan disudahi dengan nafsu dan sesalan”

Sungguh, tindakan kami memohon pandangan daripada orang yang berilmu dalam bab jodoh ini sangat membantu dalam hubungan. Yang membuatkan tindakan kami selanjutnya dipandu oleh beliau.


BERTINDAK MELULU BERIMAN NAFSU

Tapi pelik, ramai juga yang tidak suka meminta pandangan golongan berilmu dan berpengalaman dalam bab memilih 

pasangan ini.

Leceh katanya.

Nanti itu tak kena, ini tak kena. Baik pilih sendiri. Lagipun bukan diorang yang nak kahwin.

Nak tanya golongan ustaz atau ustazah?

Ohoo, itu memang cari nahas la. Tak pasal-pasal kerana sound  nanti.

Pelik.


Mereka ini bertindak seperti orang yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu masa hadapan.
Harus juga kita ingat.


Penilaian seorang insan yang baru sahaja ingin memulakan ‘subjek’ baru dalam kehidupannya; iaitu hidup berpasangan, 

tidak akan sama dengan insan yang sudah mempunyai pengalaman yang banyak dalam ‘subjek’ tersebut.

Orang yang berilmu ini tahu bagaimana nak tackle soalan, mereka tahu bagaimana nak spot soalan dan mereka tahu 

bagaimana nak bagi pensyarah kesian.


Penilaian golongan muda ini dilakukan sewaktu hormon testosteronnya tengah ‘menggatal’ dan hormon estrogennya 

tengah ‘menggalak’. Tentunya penilaiannya ketika itu sedikit sebanyak didasari dan dipengaruhi oleh gelojak nafsu 

remajanya.


Ia bukan sesuatu yang jahat, tetapi ia adalah fitrah. Sebab itulah meminta pandangan daripada orang yang berilmu akan 

dapat mengimbangi fitrah tersebut.


Istisyarah dari orang yang berilmu ini  untuk mengutip pengalaman mereka dalam pemilihan jodoh agar nilai baik yang 

mereka lakukan kita turuti, silap mereka kita hindari.


Andai Istisyarah dilakukan untuk mengambil panduan dari insan yang berpengalaman dalam melewati asam garam 

kehidupan, istikharah pula dilakukan untuk memohon pengukuhan pandangan insan itu dari Tuhan yang Maha Mengetahui.

Bukankah kalau nak belajar subjek baru perlu menadah dari guru?


Dari itu, kalau takde ilmu dalam hidup berpasangan kenapa tak mahu menadah dari orang yang berilmu?

Bukankah itu fitrah insan.

Sumber: ridhauddin.com

A FRIEND

Bismillah Alhamdulillah


A Friend is
a PUSH when you are STOPped
a WORD when you are LONEly
a GUIDE when you are SEARCHing
a SMILE when you are SAD
a SONG when you are GLAD

....
but most IMPORTANTly
a gift from Allah for us to treasure

GHIRAH AGAMA

Bismillah Alhamdulillah


Andai kata Ghirah agama telah tiada,
apalah lagi maknanya diberi lama hidup
sebagai khalifah diatas dunia?

Sudahlah kepala sendiri 
bagai alas pajakan kaki kuffar pun 
masih mampu menguntum senyuman.

Saat agama ditikam
dari segenap arah....
kita dimana???

Andai Ghirah agama kita sirna,
mati itu pasti lebih baik
daripada hidup adanya.

~Nature Mujahid

SIDDIQ

Bismillah Alhamdulillah


Siddiq atau benar adalah asas kemuliaan. Ianya lambang kebahagiaan, tanda kesempurnaan dan gambaran daripada tingkah laku yang bersih lagi suci.

Sifat ini juga adalah sifat keistimewaan yang paling jelas bagi para rasul dan nabi. Siddiq memberikan ketenangan kepada jiwa yang mulia. Ianya juga berpunca bagi setiap sifat kemuliaan. Sebagaimana mulianya Sayyidina Abu Bakar r.a di sisi Allah s.w.t

Siddiq juga merupakan amalan ahli Syurga.

Sifat ini terdiri daripada :

>> Benar pada Niat
>> Benar pada Lidah
>> Benar pada Azam dan Cita-cita
>> Benar pada Janji dan Amanah

Berlaku benarlah kalian...

Saturday, 21 December 2013

++ BILAHAN RINDU BERSULAM TAKUT ++

Bismillah Alhamdulillah


Bila seseorang itu takut akan seseatu, lumrahnya dia akan menjauhi sesuatu yang ditakutkannya itu, tetapi tiada yang bisa menyerupai Allah hatta dari segi Dzat sekalipun. Insan yang takut kepada Alla hbukan makin menjauh tapi semakin mendekat padaNYA. 

Salah satu anugerah terbesar yang Allah berikan kepada manusia selepas nikmat Islam dan Iman ialah Taqwa. 

Ustaz Din dalam kelas kitab pengajian fiqh setiap hari rabu di bukit Kachi ba'da Maghrib pernah berkata. Taqwa ini bermaksud "Menjunjung tinggi titah perintahmu ya Allah

Aku menjunjung titah perintahMu .... 

apa maksudnya disitu??

Jelas terlafaz suara kehambaan kepadaNYA Allah azza wajallah kerna Dia satu-satunya tuhan yang disembah. Orang-orang yang bertaqwa tidak akan berlaku Syirik dan Derhaka kepada Allah kerana takut dimurkai oleh Allah.

Orang yang Taqwa bertakhta dihatinya tidak akan berlaku zalim, bersifat Hasad dan seumpamanya. 

Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) berkata bila ditanya apa itu Taqwa? beliau menjawab ianya merupakan bilahan rindu bersulam takut kepada Allah s.w.t

Iman itu bertelanjang, pakaiannya ialah Taqwa, perhiasannya ialah malu dan buahnya ialah ilmu.

6 Sifat yang terbentuk dalam jiwa orang bertaqwa

1. Lidahnya terpelihara daripada dusta, memfitnah dan mencaci maki
2. Hatinya terpelihara daripada sifat hasad, perasaan benci dan dendam
3. Matanya terpelihara daripada memandang yang terlarang
4. Perutnya terpelihara daripada makanan haram
5. Tangannya terpelihara daripada melakukan dosa
6. Kaki tidak melangkah ke tempat-tempat Maksiat

. . . . . . . 

Letakkan saja Taqwa dihadapanmu... segalanya biar Allah yang aturkan.

TANGISAN NEGERI SERIBU MENARA

Bismillah Alhamdulillah


isu di Mesir masih belum selesai. Isu ummah itu kian melarat
dan seolah kelihtan tiada kesudahannya. Allah bersama mereka
yang benar insyaAllah. 

Sedikit nukilan daripada Oki setiana Dewi
akan peristiwa di Mesir semenjak beberapa lama ini. 

Saat pertama kali aku menjejakkan kaki di Mesir
Aku kagum dengan pesona keindahannya
Takjub dengan masyarakat yang mencintai Rabb-Nya
Iri dengan ketaatan mereka yang memakmurkan masjid
dan menggemakan ayat - ayat suci Al Qur'an
di sudut-sudut kota...

Aku jatuh cinta pada rakyatnya
saat sejak pertama kali jumpa
Cinta yang tumbuh subur karena
ada Islam di dadaku dan dada mereka...

Kala itu Mesir begitu indah ,
begitu tentram, begitu mempesona...

Negeri lumbung ilmu
yang telah banyak menghasilkan jutaan ulama
di seluruh penjuru dunia kini tengah menangis pilu..

Negeri kinanah kini berdarah!
Negeri para Anbiya kini teruka!
Negeri seribu menara kini diserang membabi buta!

Wahai Militer Mesir!
Entah apa yang ada di hati dan kepalamu
Begitu mudahnya dada manusia kau tembus dengan peluru
Kau menarik picu senjata
bahkan saat mereka tengah menhadapkan wajah pada Rabb-Nya!

Wahai Militer Mesir!
Kau solat!

Tapi kau hancurkan orang-orang
yang sedang solat di dalam masjid!

Ribuan syuhada,
belasan ribu terluka kerena peluru-peluru yang kau serang!
Dari helikopter dan gedung-gedung tinggi

Kau sebarkan gas-gas airmata
dan membakar tenda-tenda yang tengah dihuni!
Kau bakar rumah sakit yang di dalamnya berkumpul timbunan jenazah
dan para pasien yang tengah terluka parah!

Mesir porak poranda karena nafsu manusia
Karena ulah manusia yang rakus akan kekuasaan

Kami mengecam tindakan kejam yang menelan korban jiwa!
Kami mengecam cara-cara brutal militer Mesir
yang semuanya bertentangan dengan syariat agama
dan hukum kemanusiaan!

Hentikan pertumpahan darah di Mesir!
Hentikan kejahatan kemanusiaan yang tak beradab!

Tetap tegarlah Wahai Mesir...
Allah bersamamu...


















Oki Setiana Dewi
Jakarta, Bundaran Hi , 19 Agustus 2013
- Seruan Aksi Indonesia #SaveEgypt -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...