Tuesday 24 December 2013

SECAWAN COKLAT PANAS

Bismillah Alhamdulillah


Aroma kopi dan waffle semerbak mewangi menghiasi kafe yang ditatahi dengan hiasan ala-ala western tapi penuh energetik.

Suasana ceria dengan para pelayan yang simpuh menutupi aurat menyejukkan lagi mata memandang. Halwa telinga dilingkari dengan merdunya instrumental zikir, cukup membangkitkan jiwa hamba di pagi hari

"Assalammualaikum, hot chocolate dan blueberry muffin macam biasa ya."

"wa'alaikumussalam. InsyaAllah, encik sila tunggu di meja nombor 11

............

Kafe yang penuh sesak di pagi hari bukan saja dikunjungi oleh ramai muslim tetapi not yet muslim juga. Mungkin keramahan dan telus layanan di cake house ini puncanya.

"suka sangat cake house ni, layanannya mesra, service 5 bintang dan menu pun kelas"

"ya"

...............

Hidangan sarapan pun tiba di meja nombor 11, dihantar oleh seorang pelayan lelaki yang bersih lagi kemas pemakaiannya..

"Encik, ini set sarapannya

"terima kasih

"nothing better than  a cup of hot choco in the morning

Air coklat dihirup sambil mata terpejam. menikmati aroma haruman. 

"ya.. better if it can solve my problem" keluh Hafiz

"chill lah piz, takda yang tidak boleh diselesaikan." Adnan memberi semangat

"Aku tak leh lah tengok si Saad tu, dia saingan aku.

"owh, member sekerja ko yang nampak arrogant sikit tu?"

"sikit?? banyak kot.."

tambahnya lagi "dia tu hipokrit, orang lain buat kerja dia pula dapat nama, nanti dapat pangkat dia juga.. bla..bla.."

Dalam asyik mencurahkan perasaan, seorang lelaki berkopiah putih dengan wajah yang bersih dan janggut sedikti rapi tersusun menghampiri meja sambil membawa 3 hiris kek Oreo

"Assalammualaikum, nak join bole?"

"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak

"Silakan Ustaz" pelawa Hafiz

"rancak bersembang, gossip apa pagi ni?" sambil senyuman manis terukir 

"ehh.. haha, takda lah Ustaz, Apiz ni citer tempat kerja dia"

"ana gurau je lah. Ana dengar apa yg antum berdua bincangkan, suara Apiz cukup kuat"

Ketiga-tiga mereka gelak kecil, menghidupkan lagi suasana cake house di pagi hari..

"Amacam? sedap tak coklat panas tu?" senyum sambil memandang manis kearah Hafiz.

"Sedap seperti biasa ustaz. ngee, nak resipi?"

"haha, bole insyaAllah

"nak tahu tak, secawan coklat ni mirip seperti hidup kita"

"secawan coklat? maksud ustaz?" kedua-dua nampak berminat

"Kehidupan ibarat coklat panas tu, pekerjaan, kewangan dan harta pula ibarat cawan"

"kalau kita terlalu cemburu dan iri hati dengan cawan yang dimiliki oleh rakan, jiran dan musuh kita, kita tidak menikmati coklat panas dalam cawan kita. Jangan sia-siakan perhatian dan jiwa kita kepada cawan yang digunakan oleh mereka, tapi berilah tumpuan dan nikmatilah coklat panas didepan kita."

Hafiz dan Adnan merenung dalam ke cawan masing-masing.. sungguh runut

"Happiness and blessing is not something that depend on others view, but it's something that we treasure " tambahnya lagi

Kedua pemuda tadi masih merenung kearah cawan masing-masing sambil runut pandangan tanpa berkelip.

"Hafiz, Adnan.. kusyuk ja?"

"eh.. maaf ustaz, sentap dengan tazkirah ustaz tu" Hafiz

"Baru saya tahu, secawan minuman ni begitu banyak yang kita boleh pelajari" Adnan menyokong.

"Alhamdulillah, habiskan kek ni ya, Ana belanja

"Makasih ustaz.." serentak menjawab

............

Jauh disudut hati Hafiz, dia bertekad untuk tidak memfokuskan lagi perhatiannya itu kearah yang membuang masa tetapi lebih menghargai hidup.


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^