Tuesday, 24 December 2013

SEAFOOD COCKTAIL

Bismillah Alhamdulillah


Segala puji bagi Allah yang menciptakan segala sesuatu. BagiNYA raja seluruh buana dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil alam. Rahmatnya meluas melebihi langit dan lebih lagi.

Tertarik dengan fenomena alam yang berlaku baru-baru ini di Lahad Datu, Sabah, negeri kelahiran yang dirindui.

Fenomena yang berlaku di mana ikan-ikan "BASONG" gelaran kami disana naik ke daratan dengan jumlah yang sangat banyak. Situasi seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Maka bermula desas-desus, andaian yang mengatakan bahawa mungkin akan berlaku Tsunami macam 10 tahun yang lepas. Bulan yang sama, tarikh juga hampir dekat.

Apapun ia, ulasan ana selaku seorang yang mengamati Alam ciptaan Allah ini, setiap sesuatu yang berlaku dialam ini ada asbab musababnya, asbab yang bisa dijelaskan dengan sains kerana Al-quran membenarkan hukum sunnatullah.

Pandangan peribadi ana "fenomena yang berlaku ini ada kaitannya dengan pencemaran laut dan alam yang dilakuklan oleh manusia. Bisa saja ekosistem mereka terjejas dan sebagainya sehingga menyebabkan binatang-binatang ini bergerak ke darat.

Allah memperingatkan dan memberi amaran kepada Manusia dalam firmannya 

telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar [Ar-rum : 14]

maka menyaksikan saja peristiwa ini, Allah memberitahu sejak dari awal akan amaranNYA. Ini fenomena alam yang biasa berlaku, namun bis jadi ianya asbab kepada akan berlakunya bencana daripada Allah.

Binatang itu dekat dengan Alam ciptaan Allah, jika berlaku bahaya pada alam, mereka dapat kesan. SubhanAllah."

Sedikit ana selitkan perkongsian daripada sahabat ana, seorang yang mengkaji binatang dan suatu masa kelak menjadi a great Zoologist.

Baik, saya nak kongsikan kisah yang dulunya gempar di negara kecil bersalji.

"SOUSTAL, Switzerland - Berpuluh-puluh ekor lembu 'membunuh diri' dengan terjun dari tebing tinggi dekat kampung Soustal, Switzerland, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam tempoh tiga hari, sebanyak 28 ekor lembu mati di banjaran Alps dengan terjun dari tebing tinggi yang mempunyai ketinggian beberapa puluh meter.
"Kami sedang menyiasat kes itu kerana lembu yang hidup di kawasan pergunungan boleh mengesan bahaya dan tidak terjun dari tebing tinggi dengan sengaja," kata seorang pegawai polis.
Pihak berkuasa terpaksa menggunakan helikopter untuk memindahkan puluhan bangkai haiwan itu.
Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa kejadian tersebut berlaku apabila lembu yang berada di belakang rakannya akan terjun jika haiwan di depannya melakukan perbuatan itu.
Kebanyakan saintis menyatakan haiwan tidak mampu membunuh diri. - Agensi"

Memang beza antara dua-dua kisah ini, namun yang menjadi persamaan antara haiwan-haiwan ini adalah KELAKUAN PELIK mereka.

Salah satu pakar zoologi tempatan menyatakan, kelakuan pelik haiwan-haiwan ini adalah disebabkan oleh KETIDAKSELESAAN terhadap sesuatu kawasan/tempat serta persekitaran cuacanya.

Kesemua lembu mungkin tidak selesa akan habitatnya, sampaikan ke tahap terjun dari tebing tinggi untuk mengelaknya.

Begitu juga ikan dan kerang, mungkin persekitaran laut yang membuatkan mereka tidak selesa sehingga sampai satu tahap mereka naik ke daratan. 

Fenomena itu biasa buat 'mereka', tapi pelik di mata kita.
Mungkin kita tidak tahu menahu akan kelakuan mereka.
Mungkin juga kita tidak mahu tahu akan kelakuan mereka.

Ramai yang ketahui sebab ikan-ikan bertimbun disebabkan mereka mampu mengesan getaran dari dasar laut yang mengganggu mereka, kemudian lari sejauh mungkin dari getaran itu.

Kita pula menyangka Tsunami bakal berlaku disebabkan situasi pelik sebegitu.

Itu andaian.
Apa yang berlaku selepas itu hanya Dia yang tahu.
Kita perlu bersedia saja dari semasa ke semasa.

Waallahualam. (Dans Kays)

.........

Apa jua yang berlaku, kembali semula kepada Allah. Dia yang maha berkuasa atas segala-galanya.

~Nature Mujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...