Saturday 21 December 2013

THAQAFAH

Bismillah Alhamdulillah


Beberapa hari lepas, Ustaz Yatiban berkongsi ilmu di kuliah Subuh dalam program Khatibah berkisar tajuk diatas. Sungguh pencerahan demi pencerahan di peroleh melalui kalam Ustaz yang tersusun tapi jernih di amati.

Definisi

Thaqafah berasal daripada kata "Thaqifah" yang bermaksud kemajuan intelektual ataupun peradaban yang tinggi pada sudut kebudayaan dan perilaku. Dalam erti kata mudah, Thaqafah itu ialah ilmu pemahaman.

. . . . . . .

Bila mana kita sebut tentang pemahaman dan ilmu, pasti yang terlintas adalah letaknya smeua itu di fikiran, akal, otak dan sewaktu dengannya. Namun sungguh pemahaman tu dimana?

Benar berada di Otak? di baras fikiran? Akal?

Jawapannya adalah Qalb. (Hati) bukan Liver ya.. haha

Ya.. Pemahaman itu harus jatuh pada Qalb iaitu hati manusia. Kerna segumpal darah ini merupakan raja kepada tubuh badan manusia, maka itu thaqafah perlu diletakkan di hati bukan di minda, akal mahupun otak.

Tapi ramai yang juga mendefinisikan salah.. mana letaknya Qalb ini?

adakah di hati kita?? hati yang jika dalam bahasa inggeris dianggil Liver.. ?

bukan..bukan..bukan...

Qalb yang dimaksudkan ini ialah Jantung, atau "Heart" in English..

. . . . . . .

Sudah memahami dimana patut diletakkan Thaqafah itu?

jika sudah beres, ayuh ke langkah seterusnya iaitu "Matlamat akhir ke mana?" apa tujuan thaqafah tarbiyyah ini?

Apa yang kita expect??

Apa sasaran kita???

(Jelas Fikrah)

Itulah tujuan sebenar mengapa perlunya tarbiyyah Thaqafah ini. Jelas fikrah bermaksud tahu dan faham apa yang hendak dibawa dalam bergerak kerja menegakkan ISLAM.

Tanamkan fikrah dimana kita hendak ISLAM itu memerintah... kerna kunci untuk mengubah itu letaknya pada kuasa. Jika tidak, maskana Rasulullah membina negara ISLAM yang pertama 1400 tahun yang lampau iaitu Madinah Al-munawarrah (Bandar yang bercahaya

. . . . . . .

Apa Signifikannya

1. CLEAR DIRECTION - Menjadi sasaran jelas buat para Dai'e dan pejuang haraki akan apa dakwah dan gerak kerja yang dibawa olehnya. Gerak kerja itu semestinya syumul dan tidak berjuzuk-juzuk antara satu dengan lainnya. 

Dengan wujudnya sasaran yang jelas, kita tidak akan mudah tersasar daripada jalan dan manhaj ini ..but of course, tajdidi niat sentiasa untuk selamat. ^^

2. CORE SURVIVAL - Dengan adanya tarbiyyah Thaqafah ini, seorang amilin akan faham mengapa dan asbab apa yang menimpa dirinya dlaam melakukan gerak kerja. Dirinya faham bahawa gerak kerja yang dilakukannya ini adalah kerana Allah dan Allah saja, maka biarpun harung dan badai menjengah, patah tiada , luntur kekuatan itu tidak bertandang kerana bukan dunia yang dicarinya tapi redha tuhannya.

3. BUDAYA KEILMUAN - Seperti para sahabat r.a, mereka sentiasa membudayakan menuntut ilmu. Mereka menuntut ilmu dengan tujuan untuk meraih redha Allah. Mereka menuntut ilmu itu untuk diamalkan serta membantu mereka meletakkan diri semakin tunduk kepada Allah

Budaya ini terbahagi kepada 3 yang mana dai'e haraki perlu menguasai iaitu :

>> Ilmu Wahyu (Revelation Knowledge)

Ilmu berkaitan fardhu Ain kita. Ilmu keagamaan yang membantu kita lebih dekat kepada Allah. Belajar Hablu minaAllah

>> Ilmu Insaniah

Ilmu ini lebih kepada bagaimana hubungan kita dengan manusia (Hablu minannas). Bagaimana hendak bersosial dengan manusia dan bekerjasama.

>> Ilmu Waqiah (ilmu semasa)

Penguasaan ilmu semsa dan yang ad apada hari ni untuk digunsakan bagi membantu Islam. Sebagai contoh misalnya, kewujudan "Isme" yang begitu bnayak sekali pasti perlunya kepad apemahaman dan kajian agar kita bisa menggunakan ISLAM untuk "Counter" segala fahaman-fahaman yang merosakkan ini.

. . . . . . . 

Akhir sekali, Ustaz Ibnu Yatiban menceritakan bahawa pandanglah titik perbezaan itu sebagai bukan sekadar satu Diskriminasi tetapi satu peluang dakwah.


Al-Fakir alallah Naturemujahid.

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^