Monday, 9 December 2013

Triple Key 1 : Stop Berbangau-ing

Bismillah Alhamdulillah


Bangau o bangau kenapa engkau kurus?
macamana aku tak kurus, ikan tak timbul-timbul 

Ikan oh ikan kenapa engkau tak timbul?
macamana aku nak timbul, rumput panjang sangat

rumput 0 rumput mengapa engkau panjang?
macamana aku tak panjang, kerbau tak makan aku

Kerbau o kerbau, kenapa tak makan rumput?
macamana aku nak makan, perut aku sakit

Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
macamana aku tak sakit, makan nasi mentah

Nasi o nasi, kenapa engkau mentah?
macamana aku tak mentah, kayu api basah

Kayu oh kayu kenapa engkau basah?
macamana aku tak basah, hujan timpa kau

Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
macamana aku tak timpa, katak panggil aku

Katak oh katak kenapa panggil hujan?
macamana aku tak panggil, ular nak makan aku

Ular o ular, kenapa nak makan katak?
macamana aku tak makan, memang makanan aku..
memang makanan aku.

ngee... epic tak lagu ni?? 

orang kata ini lagu sillibus tadika. Ana tak pernah tadika jadi tak tahu sangat.

Jika amati balik makna lagu ni... ada yang bisa dicerap. cer tengok betui2.

"ALASAN"

Yes!!! 

Exactly.

perkongsian daripada seorang akhi, daripada menggunakan perkataan alasan, tukar kepada "berbangau-ing" 

Dalam kehidupan seharian kita, jika bukan kita, lihat orang terdekat di sekeliling kita, begitu banyak bangau-bangau yang ada (gelar ja orang tu bangau jika suka memberi alasan)

Dengan beralasan sahaja kerjanya, sampai bila-bila masalah tidak akan selesai. Bahkan tambah menyesatkan.. semakin panjang cerita seperti lirik lagu diatas. Oleh itu konklusinya, solusi yang bisa diambil adalah, daripada sibuk berbangau-ing, lebih baik hadapi masalah itu.

Begitulah seba sedikit perkongsian satu daripada 3 kunci menuju ke matlamat yang baik. Kerna dengan matlamat yang jelas, besar dan jauh, kita akan terpandu, kita akan terarah.

Maaf ku pinta pada Encik Bangau kerna menggunakan dirinya untuk seketika. Bangau yang sebenar tidak seperti diatas ya.. harap maklum.

#TripleKey 2 : Proton +ve
#TripleKey 3 : Terus berlari

to be continued


No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...