Sunday 5 January 2014

***HATI YANG GHAFLAH ***

BISMILLAH ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah........

Masih bernafas di tahun baru ini. Elok ana mulakan dengan entri mengenai HATI.. "heart".. moga hati ini terus hidup menempuh hari yang lebih mencabar. 

Kesibukan final sungguh mencengkam diri ini daripada mengupdate blog. Namun Alhamdulillah sedikit lapang hari ini. Jadi entri yang ana nak kongsikan terilham daripada KPI yang ana dan sahabat-sahabat sepakati dalam usrah kami yang lepas-lepas. KPI itu merupakan 5 penawar untuk hati.

Hati yang ghaflah ( lalai ) adalah di antara punca kelemahan dan kelesuan jiwa manusia.

Alamat hati yang ghaflah ( lalai ) :

1. Bermalas-malas dan berlengah dalam ibadah dan ketaatan.
2. Memandang kecil terhadap dosa dan maksiat sehingga tidak merasa bersalah bila tercebur dalamnya.
3. Membanyakkan maksiat dan bangga menzahirkannya.
4. Menghabiskan masa kehidupan dengan perkara yang tidak berfaedah.

Ditanya Imam Ahmad rahimahullahu taala : " Bilakah waktu rehat ? "..." Ketika dapat menjejak kaki yang pertama ke dalam syurga "....

 الْقُلُوبُ أَوْعِيَةٌ وَبَعْضُهَا أَوْعَى مِنْ بَعْضٍ فَإِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَيُّهَا النَّاسُ فَاسْأَلُوهُ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ لِعَبْدٍ دَعَاهُ عَنْ ظَهْرِ قَلْبٍ غَافِلٍ


Hati itu laksana wadah dan sebagian wadah ada yang lebih besar dari yang lainnya maka apabila kalian memohon kepada Allah,maka mohonlah kepada Allah dengan penuh keyakinan akan dikabulkannya karena Allah tidak akan mengabulkan doa dari orang yang hatinya lalai”(HR Ahmad)

Sebab-sebab hati jadi ghaflah ( lalai ) ...

1. Bila gilakan  DUNIA
2. Hati tidak kenal Allah dengan makrifah yang sebenar..sifatNya dan asma'Nya
3. Bergaul dengan KEJAHATAN dan sipelakunya
4. Cenderung hati kepada MAKSIAT
5. Panjang ANGAN-ANGAN
6. Banyak berkata-kata yang kosong dari mengingati Allah ( ZIKRILLAH )...
7. Putus hati dari mengingati MATI dan HARI AKHIRAT


إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ (    ٧  ) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ  ( ٨ ) يونس


Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan mereka redha ( puas ) dengan kehidupan akhirat dan mereka merasa tenteram dengannya, serta orang-orang yang lalai dari ayat-ayat Kami ( 7 ) mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. ( 8 ) [surah Yunus : 7 – 8]


Merawat dan mengubati hati yang ghaflah ( lalai )

1. Carilah penawar hati dalam ilmu dan makrifat..kerana segala segala kebaikan ada di dalamnya..maka hadirilah majlis-majlis ilmu untuk mencari cahaya ketenangan dan petunjuk serta barakah yang ada di dalamnya.

وعن معاوية رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين)رواه البخاري

Daripada Mu'awiyah RH, daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda :
" Barangsiapa yang Allah mahu kebaikan pada dirinya maka Ia fahamkannya akan agamaNya ".

2. Berzikir mengingati Allah dalam semua waktu dan keadaan samaada dengan lidah mahu pun dengan hati.

فعن  أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي قال: ( مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مثل الحي والميت)

Daripada Abu Musa Al Asy'ari RH bahawa Nabi SAW telah bersabda :
" Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir seperti bandingan orang yang hidup dengan orang yang mati ".

3. Bersama dengan majlis-majlis zikir yang dapat mendekatkan ingatan hati pada Nya..

فعن أنس بن مالك رضي الله عنه: أن رسول الله  قال: (إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا) قالوا: وما رياض الجنة؟ قال: (حلق الذكر) أخرجه الترمذي

Daripada Anas bin Malik RH: Rasululullah SAW telah bersabda:
" Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka raikanlah ". Sahabat bertanya " Pakah dia taman-taman syurga? ". Nabi SAW bersabda " perkumpulan zikir ".

4. Dekati Allah melalui kalaamNya iaitu Al Quran

قال خبَّاب بن الأرتِّ رضي الله عنه: (تقرّب إلى الله ما استطعت، واعلم أنك لن تتقرب بشيء أحب عليه من كلامه)

Khabbab bin Al Arat RH berkata : " Dekatilah Allah semampu yang engkau boleh..dan ketahuilah engkau tidak akan dapat  mendekatiNya dengan sesuatu yang terlebih Dia kasih melainkan dengan KALAMNYA ( Al Quran ) ".

5. Berdoa memohon dengan sungguh-sungguh agar dibuka hatimu daripada kegelapan ghaflah itu

حديث أبي سعيد رضي الله عنه أن النبي  قال: (ما من مسلم يدعو الله بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعةُ رحم إلا أعطاه بها إحدى ثلاث: إما أن تُعجَّل له دعوته، وإما أن يدخرها له في الآخرة، وإما أن يُصرف عنه من السوء مثلها) قالوا: إذاً نكثر، قال: (الله أكثر) رواه احمد

Daripada Abu Sa‘id Al-Khudri berkata sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang maksudnya : “Tiada seorang muslim berdoa dengan satu doa, bukan doa yang mengandungi dosa dan bukan doa yang memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan mengurniakan dengan doanya itu salah satu daripada tiga perkara: sama ada dipercepatkan (disegerakan) baginya doanya itu, atau disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat (sebagai balasan), atau dihindarkan daripadanya sesuatu keburukan seumpamanya. Mereka berkata: “Kalau begitu baiklah kami memperbanyakkan doa”. Bersabda Nabi: “Allah lebih banyak menerima doa hamba-hambanya.”

6. Peliharalah solat yang fardhu lima waktu itu dengan berjamaah

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من حافظ على هؤلاء الصلوات المكتوبات لم يكتب من الغافلين)رواه ابن خزيمة

Daripada Abu Hurairah RH berkata: Rasululullah SAW telah bersabda :
" Barangsiapa yang memelihara solat yang fardhu maka tidak termaktub ia di kalangan yang lalai ".

7. Bangkitlah beribadah di malam hari untuk mengintai rahmat dan taufiq Ilahi agar terungkai belenggu ghaflah dari hati

فعن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من قام بعشر آيات لم يكتب من الغافلين، ومن قام بمائة آية كتب من القانتين، ومن قام بألف آية كتب من المقنطرين) رواه أبو داود


Daripada Abdullah bin Amru bin Al 'As RHM daripada Rasululllah SAW bersabda baginda : " Barangsiapa yang mendirikan malam dengan ( membaca ) sepuluh ayat ( Al Quran ) tidak dimaktub dia sebagai seorang yang lalai. dan barangsiapa yang mendirikan malam dengan (membaca) satu ratus ayat ( Al Quran) ditulis ia sebagai seorang yang yang tetap dalam ibadah. Dan barangsiapa yang mendirikan malam dengan ( membaca ) satu ribu ayat ( Al Quran) ditulis ia sebagai seorang yang sangat beruntung."

8. Banyakkanlah mengingati mati dan kehidupan abadi di akhirat

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (أكثروا ذكر هاذم اللذات)يعني الموت ،في صحيح النسائي (حسن صحيح)

Daripada Abu Hurairah RH berkata ia: daripada Rasulullah SAW bersabda :
 " Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan ( MAUT )

Moga bermanfaat insyaAllah

Source : Takwinfardilmuslim
Di edit oleh  : Naturemujahid

No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^