Tuesday 25 March 2014

SILENT GUARDIAN

Bismillah Alhamdulillah


"Assalammualaikum Ustaz, ada dekat mana ya? ana nak sign kehadiran"

"wassalam, ana ada dekat port biasa." mesej di balas

............

Maktabah day minggu ke III kini.. 

setiap hari Rabu

Satu 'event' yang dianjurkan buat sahabat-sahabat untuk membudayakan sehari sekurangnya dalam seminggu diluangkan untuk belajar.

Seawal 8.25 pagi, satu sosok tubuh berkopiah putih dengan jaket rakan masjid yang setia di pakainya setiap kali ke kampus melabuhkan dirinya di 'port' biasa sambil mengeluarkan segala buku dan keperluan untuk mengulangkaji.

satu senarai nama sahabat-sahabatnya di keluarkan siap waktu masuk dan keluar beserta 'signature'. PIC atas taklifan daripada Head department harus dilaksanakan secara amanah...

............

Usai Asar itu, keadaan di perpustakaan semakin lengang..

"Abang Mukmin, ana gerak dulu..

"toyyib.. Syah ada urusan lain ke?"

"a'ah.. meeting MP malam nanti"

"ok baik, selamat semuanya

Lelaki bertubuh sasa dan berkulit hitam manis itu sempat melihat keadaan sekekeliling sebelum meninggalkan 'port'

"wahh.. terbaiklah GUARDIAN, semuanya masih duduk berkampung di sini"

Mukmin tersenyum sambil berpaling ke meja di belakangnya

"kitakan penjaga untuk sahabat-sahabat

"penjaga dalam senyap" tutur Mukmin

"Ha!! penjaga dalam senyap? abng cuba check kat internet tentang silent guardian"


............

"GUARDIAN" atau membawa maksud PENJAGA dalam bahasa 'lay man'. Sebut mengenai penjaga ni, teringat dekat watak Marvel iaitu Batman, atau mendapat gelaran "the Silent Guardian". Batman ni bole kata sama macam amilin jugalah. Melindungi bandar Gotham tanpa meminta pujian apatah lagi ganjaran.. para dai'e yang so "called" membawa Islam ini harus mencontohi Silent Guardian ni.


:: huhu.. ::

Dengan izin Allah juga.. barisan GUARDIAN menggalas taklifan yg berat.. dikala sahabat-sahabat menumpukan kesibukan dengan gerak kerja dalam lapangan masing-masing kamilah yang berperanan untuk menjaga kebajikan mereka. Bukankah itu yang Rasulullah ajarkan??

Sebarkan kebaikan...

Sebarkan Cinta...

...........

"ermmm.. silent guardian? menarik ni untuk entri blog"

monolog hatinya tenggelam dalam lunaknya azan Isyak.

Tuesday 18 March 2014

NOSTALGIA

Bismillah Alhamdulillah


Nostalgia??

Memori terukir yang menjadi ingatan buat sesiapa saja baik peristiwa mahupun sebagainya.
Begitu juga dengan diri ini..

Asyik menelaah di perpustakaan UUM ini, bermula sedari pagi hingga kini, 
lenguh terasa satu tubuh..

rehat sebentar sambil memeriksa whatsapp group kami..

"Ana ada share lagu Shoutl Amal yang baru.. hayati liriknya moga baik untuk kita semua"

.........

Wahh.. 

Halwa telinga di dengar.. sungguh liriknya merentap sanubari amilin yang kekar.
Namun bukan lirik lagu itu yang ingin di sentuh di sini

Tapi

Lirik lagu Shoutul Amal yang lama

"Terkenang sebuah memori lalu 
Kisah persahabatan kita bersama 
Di dalam satu pengajian 
Menuntut ilmu dan pengalaman 
Mengingatkanku pengorbananmu 
Terpahat padu di kalbuku 

Bersama rakan taulan dan guru 
Tawa riangmu menghiburkan hatiku 
Indahnya suasana ketika itu 
Terjalin ukhuwah sejati 

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku 
Mengenalkanku erti kehidupan 
Susah payah kita hadapi bersama 
Itulah asam garam dalam kehidupan 

Ya Tuhanku tabahkan hatinya 
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu 
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat "


Berada di tahun akhir kini..

Bakal meninggalkan madrasah tarbiah ini..

Bakal mengikuti jejak langkah sahabat-sahabat ana yang sudah
terlebih dahulu mengorak langkah..

Bakal merindui..

.............

Hakikatnya

Apa kita sudah siap dengan Ilmu yang ada di madrasah Tarbiah ini??

Di menara gading yang menjanjikan pelbagai juadah ilmu??