Tuesday, 18 March 2014

ONE BIG "FAMILY" 1

Bismillah Alhamdulillah


"Mukmin, tunggu kat bawah, kami otw ni"

"Bah, ana tengah turun ni"

Gagang telefon bimbit di matikan. Petang itu ada program yang sudah dirancang oleh pihak pimpinan dan hampir semua sahabat-sahabat turun menghadirinya. Beg berisi laptop di sebelah kanannya beserta beg baju di sebelah kiri tangan sambil di jinjing, kelihatan kemas dalam pakaian "Smart Casul".

...........

Segerombolan orang beserta kereta dan motor memenuhi "round board" tempat berkumpul sebelum smeuanya bergerak ke Madrasah untuk berprogram.. berkonvoi bersama

Kereta proton yang sarat dengan Akhowat di dalamnya diikuti oleh beberapa ikhwah masing-masing dengan pasangan boncengan berkonvoi ke destinasi, Kadang-kala sekejap seperti berlumba, sekejap juga tidak.

[ Pauh,Perlis ]

Masjid yang dikelilingi oleh beberapa buah sekolah pondok kelihatan ceria dengan persiapan menjelang maghrib. Ikhwah dan Akhowat semuanya selamat tiba menyesakkan perkarangan masjid yang sederhana besarnya.

"Allahu AKhbar... Allahu Akhbar..

Allahu Akhbar Allahu Akhbar..."

"Eh, Azan dah.. jom buka" 

"Abng Mukmin puasa?" tanya Daniel

"aiwah"

"abng berbuka dengan apa?" sambil mata menjeling ke arah botol air mineral yang di pegang oleh Mukmin

"Buka dengan air kosong saja, x dan nak beli makanan tadi"

"Ana ada bungkus nasi ni, kita share sama nanti ya" (terharunya aku rasa)


Usai Solat, Bacaan yaasin pun dimulakan, Akalil dan Aryan duduk di satu sudut luar perkarangan sambil bekongsi nasi kerabu..

"abe.. kito pun nok gop bole dop?" Ridhuan muncul tiba-tiba 

"Mu tokseh..." Salman menghampiri sambil mengusik

"bereh... bereh.. bole blako puak kito" pelawa Daniel


Meski nasi yang dikongsi itu sedikit, namun barokahnya ada, terasa cukup di perut untuk dialas Alhamdulillah... puasa sunat untuk minggu ini settle.

..............

"Ok sahabat-sahabat, ana nak buat pengumuman sedikit.." sambil mata memandang ikhwah dan akhowat yang berpusu-pusu memenuhi jemaah untuk mendengar taklimat

"Atas sedikit masalah teknikal, kita akan bergerak ke balai MADI, perjalanan seperti mana antum smeua datang ke sini. Ikut "Partner" masing-masing"

Deruman enjin moto dan kereta pun saling sahut menyahut semula, perjalanan pun di mulakan sekali lagi.. destinasi yang dituju adalah Jejawi.

..............

Akhirnya selamat tiba di MADII

Sesi Ice breaking bermula dan akhirnya tertubuh 5 kumpulan yang mewakili lujnah masing-masing seperti ,  lujnah GreenDay, Jabatan Mits, lujnah ekonomi dan Jabatan kebajikan.

Aktiviti ice breaking memang menarik, usai itu semua... taklimat disiplin seperti biasa
sebelum halaqah Al-Mulk mengumandangkan lunaknya.

eh

sebelum itu

Setiap jabatan ni punya spesifikasi masing-masing.. lujnah GreenDay bertanggungjawab pada tarbiah 
sahabat-sahabat.. juga dalam merekrut.

Kembara Mimpi bermula...


~Bersambung




No comments:

Post a Comment

Coretan Antum ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...