Wednesday 25 September 2019

LOVE LYRIC



LOVE LYRIC 

every loving thought and look
became a lyric line,
there'd be no bigger poetry book
on theme's of love  than mine. 
But still the book is small - what is worse 
I'm writing nothing new : 
whatever time I have for verse 
I'd rather spend with you.


By : Naturemujahid

CHOKI HANYA RINDU


Petang itu langit Kinabalu sedikit cerah daripada jerebu yang melanda Asia Tenggara tika ini. Sedang singgah membeli sedikit keperluan runcit di kedai diri ini terlihat sesuatu yang sangat dekat di hati. 

Melihatnya saja sudah mengukir senyuman di bibir. 

"tumpang tanya berapa harga choki-choki ni?" tanya ku kepada cashier kedai

"rm1.60" jawapnya.

***********

"Salam Rul, nah sa bagi" sambil memberikan Hairul sekotak susu Fernleaf dan sebungkus Choki-choki.

"Terima kasih Dach" 

"Sama-sama Rul. Ni choki2 special bagi sa tau. orang istimewa seja yang sa bagi" sambil diri ini senyum 

***********

Terilham untuk menukilkan sajak ini untuk kalian semua sahabat choki. Bukannya apa, cuma hati ini hanya rindu. :)


IRAMA

Di sana ada irama...
Siulan cengkerik, deruan samudera
Menemani hati yang masih mencari
Dalam gelap meraba
Bersuluhkan sinaran rembulan

Sudah kucuba pautkan jiwa padaNya
Menggagahkan diri menafikan rasa
Adakala aku berdiri persis laksamana
Adapun tiba masa jasad rebah, 
hilang maya

Cuba lagi, aku terus berpaut
Cuma kali ini berbeza, pautanku lebih kemas
Tidak, aku berpaut seperti biasa,
Yang terbeza, tangan-tangan yang menghulur
Tali tali ukhuwah yang datang menyapa

Singgah bukan sekadar bersua
Tapi singgah untuk merubah
Kali ini bukan aku, tapi kami berpaut

Jatuh bangun bersama dan terus mencuba
Hati-hati ini hanya rindu
Cuma yang menyinar sang suria

Di sini ada irama, indah
Kami berjanji melaung suara
Pimpin tangan bersama
Meski tidak lagi bersua
Pautkan jiwa padaNya
Kerna Ukhuwah fillah till Jannah

by: Naturemujahid

Tuesday 24 September 2019

PARAKANG



Sidrap, Indonesia
23 Juni 1973

Seorang lagi penduduk kampung ditemui meninggal dengan kesan lebam di badan dan juga di kawasan lubang punggung dengan kulit tubuh berubah menjadi kuning-kuningan. Petanda yang sama di temui pada jenazah-jenazah penduduk kampung Deya beberapa hari yang lepas.

Kejadian ini menjadi tanda tanya akan apakah musibah yang sudah menimpa penduduk kampung.

Bapak kepala desa, kelihatannya kejadian ini tidak bisa di pandang remeh dan tindakan seharusnya segera di ambil” bisik Pak Ibrahim sambil bersila menyertai jemaah membaca yaasin usai maghrib itu.

menurut Pak Ibrahim bagaimana?

ini bukan wabak penyakit tetapi bikinan orang.” Pak Ibrahim meneruskan lagi “kita harus mencari punca siapakah dalang dikalangan masyarakat kampung Deya.

Dalam sayup kumandang azan Isyak, nuansa seram dan gusar memenuhi atmosfera kampung, ketakutan jelas tampak di mana-mana.



******************
Kota Kinabalu, Sabah
10 Disember 1997

Cuaca menjelang maghrib itu terasa redup kerana seharian langit mendung, menyejukkan bumi bawah bayu. Telatah dua kanak-kanak comel di halaman rumah menjadikan petang itu istimewa sekali.

Shadow, do you really need to go?” suara comel Dian memujuk rakannya itu untuk terus menemaninya.

it’s about to twilight now, you know I can’t exist without sunlight” menampakkan senyumannya yang manis.

promise me you will come again and play

I promise

Kedua-duanya menyatukan jari kelingking mengerat janji untuk bertemu lagi, lalu budak lelaki tadi berlalu daripada pandangan Dian.

Dian, buat apa disini?” tegur seorang wanita

Dian tengah bermain dengan kawan Dian la momy, tapi dia suda balik” dengan nada sedih membalas pertanyaan ibunya.

Meskipun sudah berusia 10 tahun, anaknya sering kelihatan berbual-bual sendirian dan bermain bersendirian terutama di bawah pohon ara di belakang rumah mereka beberapa bulan sejak berpindah ke situ. Ini menimbulkan kerisauan di hati Ervy.

Dian sudah lama lelap manakala jam di dinding menunjukkan sudah hampir 11.30pm. Kedua pasangan suami isteri masih berjaga menceritakan perihal anak mereka.

Pak Dian, dekna mesenneng ate ku kasik (Pak Dian, tidak senang perasaan hatiku ni)”

mago ko? (kenapa kau)” sambil melepaskan kepulan asap di udara.

nanggek tengesso’ea, yaro Dian macchule siddi-siddina (tadi petang, si Dian bermain sendirian)”

lantas? Deggaga salanna kan (lantas, tiada salahnya kan?)”

Yaro masalanna, Dian poddangka engka sibawanna machule siba, tapi deggaga iya wita (itulah masalahnya, Dian beritahu ada kawannya bermain bersama, tapi bila saya lihat tiada siapa-siapa di luar)”

Sambungnya lagi “Melokka lisu lo Rappang, melokka wissengi magai dena deceng si Dian (Saya mau balik Rappang, sa mau tahu kenapa terjadi lagi perkara begini sama Dian)”

Saharuddin tersenyum melihat azam isterinya itu dan meyakinkannya bahawa semua akan baik-baik sahaja.

*************
Sidrap, Indonesia
15 Disember 1997

Bunyi hon yang menyakitkan telinga itu sudah sinonim dengan suasana di bandaraya Pangkajene. Riuh kota dan kesesakan dengan warga kota yang masing-masing ligat mencari sesuap nasi.

Ervy dan keluarganya selamat tiba di Makassar malam sebelumnya dan hari ini dia ditemani oleh sepupunya bersarapan restoran wak Ali milik teman baik sepupunya itu. Suharman teruja mendengar khabar sepupunya akan menjenguk kampung halaman mereka lalu keduanya berborak dengan pelat melayu Indonesia dan juga bahasa Bugis di rojakkan.

Kampung Deya, Kecamatan Baranti

Rindunya dengan kampung, lamanya suda inda ku balek” bisik hati Ervy.
Kegembiraannya itu jelas kelihatan pada wajahnya dan penduduk kampung juga begitu meraikan kepulangan mereka seperti kayaknya artis melawat. Sudah menjadi adat di kampung ini apabila menerima tetamu, mereka akan meraikan dengan semeriah yang boleh.

Kampung Deya dikelilingi dengan kebun-kebun dan juga sawah padi yang menguning. Lembu dan kambing melata dengan bebasnya meragut rumput, udara segar kampung menjadikan penduduknya sentiasa ceria dan sihat.
Ervy merupakan anak tunggal kepada bekas kepala kampung yang kini keduanya sudah pergi sebelum dia merantau ke tanah bawah bayu untuk mencari rezeki. Sejak dulu kematian kedua orang tuanya menjadi rahsia dan tanda tanya, seolah penduduk kampung menyembunyikan sesuatu.

Malam itu, rumah pusaka miliknya meriah dengan sanak saudara yang berkunjung untuk bertanya khabar, tidak lari juga ramai yang terpaku dengan keanggunan dan kejelitaan Ervy yang semakin menjadi sejak berumah tangga.

Tante Rita, ta sibakka matuk mita sandro’ea (makcik Rita, kita temankan saya jumpa orang tua nanti besok)” bisik Ervy

medising mato ko ga? (sihat ka juga kau?)”

tenniya iyak, Dian (bukan saya, Dian)”

          *************


Sidrap, Indonesia
27 Juni 1973

Penduduk kampung menjadi semakin cemas semenjak banyaknya kematian yang berlaku. Setiap mayat miliki simptom yang sama dengan mayat-mayat yang lainnya. Khabar tersebar ke seluruh pelosok Kecamatan Beranti tentang manusia siluman yang muncul dan membunuh orang sakit serta bayi yang baru lahir.
Malam hening desa seperti kebiasaannya di gemparkan dengan jeritan daripada beberapa penduduk kampung

Parakang!”
Parakang!”

Di sana!” sambil menunjukkan jarinya  kearah rumah besar yang tersergam indah di pinggir kampung.

itukan, rumahnya Pu Sakka

jangan-jangan kepala kampung mau diserangnya” kata seorang penduduk kampung yang lain

Ayoh rame-rame kita

Sekumpulan pemuda dan kiyai serta beberapa golongan tua beramai-ramai menuju ke rumah kepala kampung untuk memastikan apakah benar makhluk yang mengganggu ketenteraman kampung mereka ini ialah Parakang, lagenda mistik paling digeruni oleh keturunan Bugis diseluruh Sulawesi Selatan.

…….

bagaimana keadaannya Larni indok

keadaan beliau tenat. Isterimu ini harus kau bawakan ke rumah sakit. Dia tidak selamat di sini” tegas indok nyameng

PRANK!!!

Bunyi periuk belanga berjatuhan di dapur mengejutkan Pu Sakka dan indok nyameng. jeritan isterinya yang sedang dalam kesakitan membuatkan keduanya bergegas mendapatkannya.

Alangkah terkejutnya mereka bila mana dua sosok lembaga seolah-olah manusia tetapi punyai mata yang sangat merah menyala sehingga hampir tidak kelihatan anak mata mereka. Mulut kedua lembaga itu berlimpahan dengan air liur seolah-olah seperti kelaparan dan mengidam apa yang ada di hadapan mereka.

Cahaya lilin yang menerangi bilik tersebut malap dan menyukarkan lagi penglihatan. Salah seorang daripada lembaga tersebut menerpa dengan lajunya kearah indo nyameng dan menyerang sehingga dia mengelupar dan terpelanting ke ruang tamu rumah.

Indok nyameng!” sambil memalingkan wajahnya kearah jasad yang terpelanting itu.

persetan kalian, tinggalkan keluargaku sendirian” pekiknya sambil meluru ke penjuru rumahnya dan menghulukan keris suasa kearah makhluk tersebut.

Kekuatan makhluk-makhluk ini sungguh luar biasa, ketangkasannya bergerak menyukarkan untuk Pu Sakka mempraktikkan silat bulu kumbanya. Dalam detik cemas itu, segerombolan penduduk kampung tiba bersama obor api mereka.

ALLAHU AKHBAR!”
ALLAHU AKHBAR!”
ALLAHU AKHBAR!”

hapuskan mereka!” pekik beberapa pemuda yang ada lantas meluru ke atas rumah bagi membantu Pu Sakka.

Kedua lembaga yang bermata merah darah itu tiba-tiba berada di bawah rumah sambil keduanya seperti sedang mengunyah sesuatu dengan gelojoh sekali.

ternyata benar” kata seorang tua dengan nada ketakutan

Mereka ini Parakang?” tanya Pak Kiyai

Benar, untuk mengenal Parakang itu ada ciri-cirinya. Mereka bermata merah juga mulut mereka sentiasa bergenang dengan air liur seperti kelaparan dan badan mereka lembut seperti belut” jelas orang tua itu.

Lantas apa yang harus kita lakukan sandro?”

Parakang ini ialah manusia siluman, mereka kebal daripada ayat suci al-quran.”

Carikan garam bukit dan bawang putih, kedua ini merupakan kelemahan terbesarnya” tambah orang tua itu.

Sebahagian kumpulan anak muda mengepung kawasan rumah Pu Sakka bagi menangkap kedua makhluk tersebut namun ketakutan jelas terpampang di muka mereka semua. Ketakutan yang menjadi sumber lemahnya iman yang menumpulkan kekuatan seorang muslim.

Para lelaki dan pemuda yang memiliki ilmu persilatan bergelut untuk menangkap kedua makhluk ini namun seorang demi seorang menjadi mangsa makanan mereka. Melihat usus yang keluar daripada lubang punggung itu sudah cukup menggerunkan sesiapa yang melihat.

Ayoh! Ambil ini

Garam bukit dan berbakul bawang putih tiba bersama seisi penduduk kampung yang cemas serta ingin tahu kejadian riuh apa yang terjadi. Garam bukit itu di tabur dalam bentuk bulatan untuk memerangkap makhluk-makhluk ini serta sebahagiannya di lemparkan kearah mereka untuk melemahkan.

Tindakan tersebut berhasil melemahkan kedua lembaga pemakan usus itu lantas orang tua yang dikenali sebagai Sandro atau orang yang ada ilmu dan bijaksana dikalangan masyarakat Bugis kemudiannya berkumat kamit membaca beberapa baris mentera dalam bahasa Bugis kuno.

Jeritan bingit dan hilai tawa berselang seli bergema di seluruh kampung daripada kedua lembaga ini sebaik saja mentera dibacakan sebelum penduduk kampung beramai-ramai membaling obor mereka kearah kedua makhluk tersebut dan akhirnya keduanya rentung binasa.

Indok nyameng yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya dikejutkan dengan tangisan kanak-kanak yang ketakutan

bapa, ibu, kenapa bapa sama ibu berlumuran darah”, “Ervy takut” tambahnya.

Indok nyameng datang memeluknya dan membaca bacaan halus sebelum di hembuskan ke ubun-ubun kepala anak berusia 12 tahun itu lalu dia terlena dalam esakkannya.

kasihan anak ini. Sebaiknya kau lupakan saja kejadian yang kau lihat malam ini” getus Indok nyameng di dalam hatinya sambil menyapu tapak tangannya pada muka Ervy.

……………

Keesokan paginya semua penduduk kampung menguruskan mayat-mayat korban Parakang sebelum di mandikan dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung Deya.

Sudah lama kampung ini tidak di datangi Parakang” bisik seorang makcik kepada temannya

Kita hampir terlupa akan kewujudannya bukan sekadar mitos” balas rakannya

Kita berdoa saja moga selepas ini kehidupan akan lebih tenteram” seorang lagi rakannya menambah sambil menutup perbualan mereka.


********************
Sidrap, Indonesia
17 Disember 1997

Seawal pagi lagi Ervy dan Dian ditemani oleh Rita berjalan ke sebuah rumah yang teletak tidak jauh daripada kebun pisang berdekatan kawasan perkuburan kampung Deya. Laluan ke rumah Sandro itu kelihatan seperti di jaga kerana sepanjang jalan pokok ceri yang memayungi redup mendamaikn dengan buahnya yang kemerahan seperti merah darah itu bias mengiurkan siapa saja.

Assalammualaikum Sandro, ini Rita yang datang kemaren

wa’alaikumussalam

Kelihatan wanita yang di mamah usia muncul daripada bawah rumah sambil memegang penyapu lidi bersamanya. Baju kebaya lusuh miliknya tetap kelihatan bersih lalu menampakkan serinya meski wanita tua ini sudah menjangkau usia 90 tahun.

Rumah papan miliknya kelihatan biasa, sama seperti rumah kampung yang lainnya. Halamannya bersih dan harum. Mungkin dek tumbuhnya banyak bunga sundal malam disitu.

Apa khabar nek” sambil Ervy menghulurkan tangannya bersalam

salamualaikum nenek” Dian turut melakukan perkara sama seperti ibunya.

Comelnya Dian, lama tidak bertemu denganmu nak

maafkan Ervy nek, soalnya kami sekarang di Malaysia tinggal, agak sukar untuk bapaknya dan kami untuk kerap berulang balik ke sini

nenek mengerti kok. Ayok, tama bola’ea

Mereka bertiga berbual dengan mesra sambil menghirup kopi hitam panas dengan sedikit kuih kontok-kontok yang dibuat sendiri oleh Ervy. Dian pula seakan tertarik dengan keadaan sekeliling rumah yang baginya tidak pernah di lihatnya sebelum ini.

Dian, dibelakang itu ada arnab dan juga kolam ikan, mau gak kalu temanin nenek liat?”  
wah arnab? Saya mau. Marilah nek

Rita dan Dian meninggalkan Ervy dan Sandro berduaan kerana Rita mengerti tujuan kedatangan mereka ke sana.

Aga karebana iko? Medising meto? (apa khbarmu? Sihat juga?)”

iyek nek. Medising-medising meto kak (ya nek. Sihat-sihat saja saya)”

aga urusanmu hiye? (apa urusanmu di sini?)”

yaro Dian kasik, iya wita tolle mabbicara siba alena sama tolle machule siba alena tapi Dian podangka na machule siba nanak (si Dian kesian, saya tengok selalu bercakap sendirian sama selalu bermain sendirinya tapi Dian bagitahu saya dia main dengan kanak-kanak lain)” …. “masalanna, deggaga nanak iya wita (masalahnya, tiada budak-budak saya lihat)” menunjukkan kegusarannya.

aga ko mello iya akibbu nak? (apa ko mau saya buat nak?)”

tak dampengi kak di. Iya mellok ta obati Dian. Lennyeki kuasanna (maafkan saya nek. Saya mahu kita ubati Dian. Hapuskan kemampuannya)”

nak Ervy, kuasanna Dian yaro hadianna Puang wata’ala, purani iya obati wi masanna nanak tapi manccaji dek (nak Ervy, kemampuan Dian ialah kurniaan tuhan, saya sudah ubati masa dia masih kecil tapi tidak menjadi)” …………. “terima wi, ejarak ie supaya kawal kuasanna (terima dia, ajar dia supaya boleh kawal kemampuannya)” sambil menghirup kopi hitam yang pekat itu.

…………….

Isyak selesai di tanah bugis sedikit awal berbanding di Sabah, mungkin kerna faktor Indonesia yang berada tepat di tengah-tengah garisan khatulistiwa. Malam itu, Saharuddin dan Ervy duduk berdua di beranda rumah mereka membahaskan perihal pertemuan dengan Sandro pagi tadi

Bagaimana solusinya mamanya

Nek Sandro bilang, itu anugerah kurniaan tuhan, tiada apa yang bisa dilakukannya” berkata dengan nada kecewa.

Kalo begitu katanya, solusinya cuma satu, kita harus mendidik Dian untuk memahami kemampuan luar biasanya itu

tapi bapanya, kesian Dian tidak bisa hidup normal seperti kanak-kanak lainnya

yakin saja. Tuhan pasti ada aturannya” menamatkan perbualan mereka.

“ASSALAMMUALAIKUM”

Kedengaran suara halus dan serak daripada halaman rumah mereka. Kelihatan kelibat wanita yang dimamah usia berkebaya tradisional Rappang. Senyuman wanita itu manis dan di tangannya dia membawa dua biji buah nangka masak.

Tabek di, idi anakna Pu Sakka (Tumpang tanya, kamu anaknya Pu Sakka?)

eya benar nek. Ayo mampir dulu” sambil mempelawanya naik ke rumah
Tidak usah” balasnya perlahan.

Saya datang kemari Cuma mahu mengirim ini

“Waduh Nangka masak!” Nada ceria kerna Ervy memang menyukai buah itu.

saya pulang dulu nak. Selamat malam. Assalammualaikum” kemudian menoleh ke tingkap rumah Ervy sambil tersenyum.

“Baiknya nenek itu, siap bagi buah lagi” kata Saharuddin.

“memang, orang kampung Deya memang baik-baik orangnya” Ervy bangga menjadi orang kelahiran kampung itu.

Ervy kemudiannya menuju ke dapur untuk meletak buah tersebut manakala Saharuddin kembali bertelegu di beranda rumah menghabiskan kopi hitam yang dibuat untuknya.

“Daddy, I am scared” Dian tiba-tiba muncul di hadapan pintu.

“Dian, belum tidur lagi” sambil melambaikan tangannya mengisyaratkan Dian untuk datang kepadanya.

“kenapa Dian ketakutan sayang?”

“Dian takut dengan nenek yang datang itu, mukanya menyeramkan”

“Menyeramkan?” monolog Saharuddin dalam hati.

“Sayang, nenek itu orang baik. Dia datang sini membawa buah untuk kita” Saharuddin meyakinkan anaknya.

“Dian tahu apa yang Dian Nampak Daddy. Nenek itu kelihatan seperti hantu”

“iya Daddy percaya. Sudah ayoh masuk tidur, sudah lewat ini” Saharuddin memujuk.

“Malam ini Dian tidur sama Momy dan Daddy ya?”

“Boleh sayang”

Kata-kata Dian kepadanya membuatkan Saharuddin bermonolog sendiri, lalu terlintas perkataan PARAKANG dalam benak mindanya. Dia tidak tahu mengapa lintasan hatinya memikirkan makhluk keramat itu, adakah kerana mereka berada di tanah Bugis?

Jam di dinding menunjukkan sudah 2.40 pagi. Saharuddin tidak boleh tidur dan kelihatan sedang sibuk membaca di ruang tamu. Text lama yang dijumpinya begitu menarik perhatian.

Sedang pada itu, diluar rumahnya kelihatan di datangi lembaga berkebaya songket, rambut panjangnya terurai hingga ke tanah, merangkak menuju ke bawah rumah Saharuddin dengan mata yang merah dan mulut yang penuh berliur. Kebayanya kotor dan berlumuran darah. Lidahnya kemudian di panjangkan dan seolah meraba-raba untuk mencari andai ada lubang-lubang yang boleh di masukinya.

Di hujung rumah terdapat lubang yang kelihatan kerana lantai kayu yang sudah agak usang. Lidah makhluk itu semakin panjang memasuki ruang lubang manakala tubuhnya turut memanjang untuk memuatkan dia masuk ke dalam rumah.

Saharuddin yang ketika itu sibuk menelaah tidak menyedari rumahnya sudah di masuki Parakang. Saharuddin kemudiannya terlihat selembar kain usang dengan tulisan bugis diatasnya yang bersembunyi di balik lembaran-lembaran nota usang tadi.
“Mentera Putih?” berkata dalam hatinya.

Poppok Parakang, inungi raramu, passaklikangi bukunnu, minroko mange ri assala’mu, Nanu Kangkang sahada’mu…” membacanya dengan sedikit kuat.

Serentak itu juga, bunyi bising orang berteriakan seolah dalam kesakitan kedengaran di dapur. Ervy dan Dian yang terlelap tadinya terjaga dan segera keluar ke ruang tamu mencari Saharuddin.

Mereka tiga beranak sangat terkejut apabila melihat sosok tua berkebaya selekeh. Bau hanyir darahnya sangat membusuk dengan mata yang merah menyala serta lidahnya yang panjang terjelir keluar bergolek seolah kesakitan yang teramat. Menyedari dirinya diperhatikan, Parakang itu terjun daripada tingkap rumah dan meloloskan dirinya.

Kejadian pagi buta itu turut membangunkan beberapa jiran mereka kerana bunyi jeritan yang nyaring itu. Kesemua mereka kemudiannya berkunjung ke rumah Ervy untuk mengetahui kejadian apa yang sedang berlaku.

…………………..

18 Disember 1997

Berita mengenai rumah arwah Pu Sakka di serang Parakang menjadi berita yang riuh di kampung pagi itu. Warga-warga tua yang ada kesemuanya ketakutan kerna mengenangkan kejadian yang pernah menyerang kampung mereka ini 24 tahun yang lalu.

Apa? Parakang pernah menyerang rumah arwah bapa saya? Kapan?”

Ceritanya panjang nak Ervy”.

Ervy dan Saharuddin sedang duduk di ruang tamu rumah mereka dan berhadapan dengan seorang lelaki berjubah putih dan berjambang. Usianya sudah menjangkau 50an, kulitnya putih bersih dan terdapat tanda lahir berbentuk seakan sabit di leher sebelah kanannya. Bersama mereka pula ialah Dian, tante Rita dan beberapa orang kampung yang lainnya.
Kejadian ini berlaku 24 tahun yang lepas.” Kata Hj Rahim.

Ketika itu usiamu sebaya anakmu Dian. Ibuku Indok Nyameng yang merupakan dukun kampung berada di rumah ini pada waktu kejadian” tambah Hj Rahim lagi.
Kebenaran tentang kematian kedua orang orang tuanya membuatkan Ervy terkejut dan hampir pitam.

Boleh tuan haji terangkan kepada kami apa itu sebenarnya Parakang?” tanya Saharuddin.

Asal usul Parakang sebenarnya adalah manusia biasa seperti kita. Namun, mereka ini mempelajari ilmu persugian tetapi tidak mampu untuk menampung ilmu hitam yang mereka pelajari” Hj Rahim meneruskan lagi … “Ilmu hitam itu tadi menjadi kutukan lalu menyebabkan mereka menjelma menjadi manusia siluman yang dahagakan darah daripada usus manusia. Darah daripada usus ini menguatkan lagi batin mereka”.

Parakang ini punyai beberapa keistimewaan, antaranya dia punyai penglihatan yang luar biasa. Dia bisa untuk melihat menembusi dinding mahupun melihat daripada jarak yang jauh. Lidahnya bisa menjadi panjang dan badan mereka licin seperti belut

Tapi Pak Haji, bukankah Parakang itu menyerang mereka yang sakit sahaja atau bayi baru lahir atau wanita yang sedang hamil?” tanya Saharuddin

iya. Benar. Itu antara mangsa-mangsa yang sangat mengiurkan Parakang

Tapi Pak Haji, itu semua tiada di rumah ini. Tidak ada sebab untuk Parakang menyerang keluarga saya

Parakang ini ada dua, satu disebabkan oleh ilmu yang dipelajarinya dan yang kedua adalah melalui keturunan” kata Haji Rahim.

Saya yakin, yang menyerang kalian tadi malam itu ialah Parakang melalui keturunan.”

Bagaimana caranya untuk kami melawannya Pak Haji?” Ervy mencelah

Kita harus cari tahu musabab apa Parakangitu menyerang kalian

………………..

Petang itu, Ervy dan keluarganya tinggal bersama haji Rahim. Dia khuatir jika Parakang menyerang lagi lalu mengajak mereka anak beranak untuk menetap di rumahnya sehingga kes ini diselesaikan.

Dian, kamu masih period?” tanya Ervy

iya Momy. Sudah beberapa hari period saya ini tidak berhenti

Pastikan Dian cuci sebersihnya ya. Selesai nanti datang ke ruang tamu. Momy masakkan kuih kontok-kontok kegemaran Dian

ok Momy.”

Rumah Haji Rahim menjadi harum dengan aroma jemput-jemput pisang yang di buat oleh Ervy. Baunya mengiurkan sesiapa saja yang menghidunya.

Pak Saharuddin, Ibu Ervy, ada yang saya mau bicarakan sementara Dian tiada di sini” kata Haji Rahim dengan nada berbisik.

Ada apa Pak Haji” cemas Ervy

Saya sudah mengerti mengapa Parakang itu menyerang keluarga Pak Saharuddin” Dia kemudiannya meneruskan “Dia mahukan darah Dian”.

Maksud Pak Haji darah Dian apa?”

Sebelum itu, kalau tidak keberatan saya bertanya, Dian itu anak yang spesial. Benar atau tidak?”

Kedua mereka saling melihat satu sama lain. Wajah Saharuddin dan Ervy yang jelas ketakutan dan juga bingung itu di fahami oleh Haji Rahim.

Keduanya mengangguk senyap mengiyakan pertanyaan Haji Rahim.

Parakang ini turut tertarik dengan bau darah haid wanita. Bau itu menjadi semakin kuat bila wanita itu punyai kebolehan luar biasa yang tidak dimiliki oleh orang lain

Saya berpendapat, Parakang itu mahukan darah si Dian”.

“Ya Allah. Anak saya” Ervy mula menangis dengan derasnya.

saya merayu Pak Haji, tiada cara lain yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan anak saya” rayu Saharuddin.

Darah daripada perempuan yang mempunyai deria keenam merupakan darah yang sangat jarang untuk di jumpai. Parakang yang menghirup darah sebegini dikatakan boleh membatalkan kutukan ilmu hitam mereka dan kembali menjadi manusia normal. Manusia yang memiliki kebolehan menjadi Parakang dikatakan tidak boleh meninggal dengan tenang selagi ilmu itu tidak di turunkan kepada orang lain.

“Mentera Putih” kata Haji Rahim

“Mentera ini boleh membinasakan Parakang dan membunuh mereka” terang Haji Rahim.

“Mentera Putih?” tanya Saharuddin untuk kepastian.

“Iya. Mentera Putih. Mentera ini asalnya daripada tok guru ilmu persilatan Kajang, Kabupaten Bulukumba. Namun tidak ramai yang mengetahui ilmu ini bahkan mentera itu saja sukar untuk ditemukan. Bisa di bilang jarang yang punyai ilmu tentangnya.”
“Saya ada salinan mentera itu Pak Haji”

Salahuddin bergegas kearah beg baju miliknya dan di dalamnya kelihatan dia mengeluarkan seikat dokumen usang dan mempersembahkan kepada Haji Rahim. Dalam ikatan dokumen usang itu terdapat catatan-catatan tentang kehidupan Pu Sakka serta asal usul keluarga isterinya. Serpihan kain kuning lusuh itu kemudiannya di berikan kepada Haji Rahim.

SubhanAllah. Inilah mentera putih itu” kata Haji Rahim.

…………….

Usai Isyak, Saharuddin dan beberapa jiran tetangga berkumpul di rumah Pak Daud. Rumah besar berwarna hijau itu terletak selang dua buah rumah daripada rumah Haji Rahim. Mereka berkumpul untuk menangkap dan membinasakan Parakang yang mengganggu ketenteraman kampung mereka.

Ketika maghrib tadi, Ervy menitiskan darah haid Dian di beberapa penjuru rumah Haji Rahim sesuai dengan arahan beliau. Darah ini bertujuan untuk membangkitkan ghairah Parakang.

Jam dinding menunjukkan sudah 11 malam namun masih tiada kelibat Parakang. Disebabkan menunggu lama, Ervy terlelap di sofa ruang tamu beserta Dian disebelahnya
Dengan tidak semena-mena, kelihatan kelibat bayang hitam yang pantas bergerak dan menampakkan dirinya di sisi belakang rumah Haji Rahim. Bau hanyir darah yang kuat ditiup angin memenuhi halaman rumah.

Parakang itu menjadi semakin liar, dengan pandangan matanya saja, cermin tingkap di bahagian dapur rumah pecah dan hancur, membolehkan untuk Parakang memasuki rumah.

BOOM!!

Bunyi kuat mengejutkan Ervy dan Dian daripada lena. Mata Ervy terbeliak melihat sosok hitam berkebaya lama yang berlumuran darah muncul di hadapannya. Kulitnya yang berkedut menggelupas jijik sungguh menggerunkan.

Aga elo mu Parakang. Lisu ko! (Apa maumu Parakang. Tinggalkan kami)” jerit Ervy

Lidah Parakang itu menjadi Panjang lalu membelit Dian. Ervy bergelut untuk melepaskan anaknya daripada cengkaman lidah Parakang tetapi tidak berdaya kerana ianya terlalu licin seperti mana Belut.

Parakang itu membawa Dian dekat dengannya, kelihatan leher Dian terluka dan darah menitik ke lidah Parakang.

Momy, tolong!”

Ah sakit! Momy tolong Dian!”

Haji Rahim muncul dan keliling rumahnya di kepung oleh penduduk kampung yang sudah berkumpul tadinya. Lemparan garam daripadanya menyebabkan Parakang itu melepaskan belitan lidahnya dan kelihatan berundur dek kesakitan.

Hancurlah dirimu makhluk terkutuk” Tempik Haji Rahim



Poppok Parakang,
Inungi raranu. Passaklikangi Bukunnu,
Minroko mange ri assala’nu,
Nanu kangkang sahada’nu
Inakke minni atanna Allah taala,
Sa’re tannabalia,
Kaugi lakukira kira,
Tanngi nakka lanukira kira,
Lailaha Illallah, Muhammadar Rasulullah”

Beberapa kali mentera putih itu dibaca, setiap kali itu jugalah jeritan Parakang itu semakin bingit. Dia cuba meloloskan dirinya namun sekeliling rumah sudah dipagar dengan garam bukit dan duri limau.

Sebanyak tujuh lafas mentera itu diulang, badan Parakang itu kemudiannya terbakar. Mereka yang berada di sekitar hanya tergamam melihat jasad makhluk siluman itu terbakar dalam sengsara dan rentung menjadi abu. Namun di balik jeritan itu selang seli tersisip ketawa hilai.

Ervy dan Saharuddin bergegas mendapatkan anak mereka yang sedang terbaring tidak sedarkan diri. Haji Rahim membawa sebalutan kain untuk menghentikan darah daripada menitik.

………………

19 Disember 1997

Momy, kesian nenek tua semalam tu

Dian sedang duduk di tilam ruang tamu rumahnya di temani oleh Ervy dan Tante Rita. Lehernya lebam kesan sengatan lidah Parakang itu dibalut dengan kain kasa dan plaster.

Nenek tua? Nenek mana sayang?” tanya Ervy bingung.

Nenek tua yang lidahnya jadi panjang dan tangkap Dian

Sayang, itu bukan orang tua, itu namanya Parakang. Makhluk jadian yang serem

Tapi nenek tua tu sempat meminta tolong sama Dian momy

sudah. Usah di fikirkan itu sayang. Dian istirehat saja. Sebentar lagi kan akan bergerak ke Makassar” Ervy menutup perbicaraan Dian.

Sebelum matahari memacak di ufuk langit, tiga beranak itu bergerak ke Bandar Rappang ditemani oleh Suharman kerna Perjalanan ke Ujung Pandang Makassar memakan masa yang agak lama dan jarak yang jauh. Sebelum beredar, Saharuddin dan Ervy sempat berkunjung ke rumah Haji Rahim dan mengucapkan tanda penghargaan mereka kepadanya.

Kejadian yang menimpa mereka ini cukup mendewasakan Ervy dan keluarganya. Dia berazam untuk membantu anaknya Dian dalam mengendalikan kebolehan anugerah tuhan itu. Kebolehan deria keenam anaknya yang membolehkannya melihat sesuatu yang tidak dapat di lihat di oleh mata kasar.

…………..

Abu Parakang itu dimasukkan ke dalam balang tanah liat oleh Haji Rahim dan kemudiannya diikat dengan kain kuning dan merah. Balang itu di letakkan di atas almari bersama seperangkap pakaian kebaya tradisi Rappang yang di lipat rapi.

“Akhirnya, kau bebas juga adindaku” ucap Haji Rahim.

“Anak kecil itu akan meneruskan legasi ilmu persugian watakale” tambahnya lagi sambil tersenyum sinis.

-TAMAT-