Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Wednesday, 18 October 2023

IMPORTANCE OF PALESTINE FOR MUSLIM



It has been seven days or more since the media are bombed with the hot issues between Hamas and the Zionist Israel. All people from across the world stand to sided with either one. 

I was call to write about them, the Palestine-Israel conflict that currently happen and will continue to occur until the whole world take part in ending it. I recall from my previous writing few years ago about what solution we should choose regarding this matter and my answer is simply, to educate our fellow brothers and sisters regarding genocide that undergo today. 

Why is Palestine so importance to us Muslims? What actually this land symbolise? 

I'll share with you few main points as to answer the reason why this holy land are sacred and play vital role for muslims around the globe. 


1. Palestine first and foremost is the heartland of the believers. 

2. This is not any ordinary land. This is holy sanctified land, that Allah Himself sanctified. This is the land Allah mentioned in the Quran as "blessed land"

3. It was the home of many prophets (Ibrahim, Isaac, Yaqub, Isa) peace be upon them all.

4. This the land where miraculous journey (Isra wa Mik'raj) of the prophet Muhammad s.a.w took place. Rasulullah s.a.w travelled from Makkah to Masjid Al Aqsa and to Heaven in a single night. 

5. It is the land on which the Angels of Allah are spreading their wings over until today. Palestine is a part of the Land of Syams.

6. It is the land which Talut and Dawud (peace be upon them) defeated Jalut and his army. And it is also the land on which Isa A.s will defeat the biggest fitnah on Earth, The Dajjal. 

These six points are few from various other reasons as to why this sanctified land are paramount to us Muslim. It is our holy land for which we all responsible to protect from. Let us educate ourselves and help to create awareness regarding this issue. Palestine is not a seasonal rhetoric but rather a continuous matter that we need to adhere with. 

Sunday, 28 June 2020

PENGAJARAN HIDUP : RAJA & 4 ISTERI

Bismillah Alhamdulillah


Assalammualaikum dan hello semuanya. Entri petang ini saya ingin kongsikan tentang sebuah cerita yang sangat terkenal di luar negara terutama di Eropah. Cerita ini banyak di nukilkan dalam bahasa inggeris oleh itu saya akan terjemahkan dan mengarang kembali dalam bahasa melayu agar mudah difahami oleh pembaca sekalian. 

Saya ada buat pembacaan dan sedikit kajian tetapi saya tidak menemukan sumber asal penulisan ini tetapi berdasarkan daripada gambar jelas dilihat cerita ini di karang asal usulnya pada zaman Renaissance. 

......

Di sebuah kerajaan terdapat seorang raja dan raja ini memiliki empat orang isteri. Sepanjang pemerintahannya raja tersebut hidup bahagia bersama keempat-empat isterinya. 

Suatu hari raja tersebut di sahkan menghidap penyakit yang akhirnya menyebabkan dirinya nazak dan bakal mati. Raja tersebut tidak ingin meninggalkan dunia ini dan pergi ke alam lain bersendirian lalu raja tersebut memanggil kesemua empat orang isterinya. 

Raja tersebut berkata kepada isteri keempat yang beliau akan memberikan emas permata serta berlian kepadanya dengan harapan isteri keempat akan mengikutinya ke alam kematian namun isteri keempat tadi menolak dan berkata dia sayang akan raja tapi dia tidak akan mengikutinya ke alam kematian.

Seterusnya raja tersebut bertanya kepada isteri ketiga yang sangat di kasihinya. Raja selalu membawa isteri ketiga dan menayangkannya dengan mana-mana kerajaan dan sesiapapun. Namun isteri ketiga turut menolak bahkan berkata dia akan bernikah lagi selepas kemangkatan raja. 

Soalan yang sama di tanya kepada isteri kedua. Isteri kedua menjawab dia juga tidak dapat mengikuti raja ke alam kematian tapi apa yang boleh dia lakukan adalah mengurus majlis pengebumian dan menemani raja di pemakaman beliau. 

Usai isteri kedua berkata-kata kedengaran suara memecahkan keheningan. 

"Saya sanggup mengikutimu ke alam kematian dan rela bersama denganmu" 

Raja tergamam mendengar ucapan itu. Ternyata ianya datang daripada isteri raja yang pertama. Raja menjadi terharu dan serba salah kerana dalam banyak-banyak isteri beliau, isteri pertamalah yang selalu diabaikan dan tidak di sayang. Dia berkata kalaulah aku boleh mengembalikan masa, pasti akan aku menjagamu dengan lebih baik. 

Hakikat kebenarannya, cerita ini tidak berkisar tentang raja dan empat orang isterinya tetapi menceritakan perihal saya dan pembaca semua. Kita semua ada empat orang isteri. Isteri keempat disini diibaratkan sebagai tubuh badan kita yang kita sayang. Tidak kira berapa banyak masa kita luangkan untuk menjadikan tubuh kita sasa dan cantik namun ianya tetap akan meninggalkan kita bila kita mati. Tubuh itu akan hancur di mamah tanah atau dibakar menjadi abu. 

Isteri ketiga disini ialah harta kekayaan yang kita miliki. Kita sibuk mengumpul harta dan memperagakannya serta berbangga dengannya namun apabila kita mati kelak, harta itu akan di wariskan kepada orang lain dan tidak akan mengikuti kita ke alam kubur. 

Isteri kedua pula dinukilkan sebagai orang yang kita sayang iaitu ahli keluarga dan kawan-kawan kita. Mereka menyayangi kita tetapi mereka hanya boleh menemani hingga kita selesai di kuburkan. 

Isteri pertama disini ialah jiwa kita tetapi dalam Islam kita di ajarkan dalam empat ini hanya amalan kita yang akan menemani kita di alam kubur nanti. Segala amal kebaikan yang kita lakukan akan menjadi bekal kita di sana nanti namun amalan baik inilah yang selalu kita abaikan betul? 

Moral dalam cerita ini ialah jagalah tubuh badan kita, sihatkan ia, nikmatilah harta yang kita miliki dan keselesaan yang kita perolehi, sayangi keluarga dan kenalan serta saudara atas kasih sayang yang mereka berikan tapi jangan pernah lupa untuk menjaga amal soleh yang kita lakukan serta jiwa kita. Ambil masa untuk bermeditasi, bersendiri dengan Allah, lakukan amal kebaikan seperti sedekah jariah dan membaca al-quran serta amalan baik yang lain dengan harapan suatu hari nanti Allah mengganjarkan kita dengan syurganya. 

Sebagai tambahan, Islam mengajar kita ada tiga perkara yang akan sentiasa mengalir dan memberi manfaat kepada manusia ketika mati iaitu amal jariah yang kita lakukan, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. 

Ini jelas disebutkan dalam hadis dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "jika anak Adam meninggal, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakan" HR Muslim. 

Moga Entri ini dapat membantu kalian atau orang yang kalian cintai. 

Suntingan : Naturemujahid 
28/06/2020 (Ahad) 
06:42pm

Saturday, 27 June 2020

BEDAH BUKU : CERITA CINTA AHMAD AMMAR


Bismillah Alhamdulillah 


Assalammualaikum dan apa khabar semua pembaca blog Naturemujahid. Harap kalian sentiasa dalam rahmat tuhan sekalian alam. Sebulan lepas ini laptop bermasalah sebab itulah tiada entri untuk bulan Mei. Untuk bulan ini saya akan berkongsi mengenai dapatan saya terhadap buku "best seller" di Malaysia. 

Sebelumnya buku ini saya dapatkan pada tahun 2014 ketika berada di tahun akhir pengajian namun tiga tahun kemudian barulah berpeluang mengkhatam. Lansung sahaja buku ini menceritakan tentang sosok pemuda yang berjiwa suci bernama Ahmad Ammar yang mana dirinya syahid di Turki. 

Buku ini menghimpunkan cerita cinta insan-insan yang mengenali Ahmad Ammar dari kaca mata mereka. Sebuah himpunan cerita cinta yang begitu mengharukan Serta menginspirasikan terutama pemuda-pemuda. 

Antara perkongsian bonda Ahmad Ammar ialah

"Anak saya seperti remaja-remaja lain. Cuma beza Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali berapa kali saya meninggikan suara kepadanya atau tidak pernah terdetik perasaan marah kepadanya." 

Buku ini juga baik untuk ibu bapa yang ingin mendidik anak mereka menjadi insan yang berakhlak. Kalian harus membaca buku ini. Sangat di sarankan. Sebelum saya mengakhiri bedah buku ini izinkan saya memetik kata-kata yang selalu di pegang oleh adinda Ahmad Ammar,

"Jika engkau mahukan teman, cukup Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah al-quran sebagai bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat."

Nukilan : Naturemujahid

Monday, 20 January 2020

ELEMEN ALAM : API (KEBAKARAN DI AUSTRALIA)

Bismillah Alhamdulillah


Api merupakan antara elemen yang diciptakan dengan sifat agresif dan memusnahkan. Disebabkan oleh itu api ini adalah sesuatu yang merbahaya dan boleh digunakan untuk menyeksa dan mendera. Elemen yang Allah ciptakan ini meskipun sedemikian sifatnya namun diperlukan untuk mengimbangkan alam ini. 

Terbaru ini kita dihidangi dengan kemelut yang melanda di benua terkecil di dunia iaitu Australia dengan berlakunya kebakaran hutan atau "bushfire". Fenomena bushfire ini adalah kejadian normal di benua kanggaru tersebut namun beberapa dekad kebelakangan ini kejadian fenomena normal ini menjadi semakin tidak terkawal kerana campur tangan manusia (nanti kita akan bincangkan lebih lanjut).

Awal tahun 2020 seluruh dunia di kejutkan dengan kebakaran besar yang berlaku di bumi Aussie ini. Dampaknya semakin kelihatan di awal tahun baru 2020 hatta dalam pada saya menukilkan penulisan ini, kebakaran masih berleluasa di sana. Sebenarnya faktanya kejadian bushfire ini sudah bermula sejak oktober 2019 lagi dan disebabkan beberapa faktor, kebakaran tersebut semakin merebak hampir ke seluruh benua Australia. 

Untuk memahami apa yang berlaku sebenarnya, kita harus terlebih dahulu memahamkan diri kita tentang beberapa kejadian alam yang terlibat iaitu "heatwave" atau gelombang haba, Indian Ocean Diapole (IOD) dan Pyrocumulonimbus.

AUSTRALIA & BUSHFIRES

Australia sentiasa mengalami bushfire kerana terdapat beberapa flora di benua tersebut yang merupakan "native" atau hanya tumbuh di sana bergantung kepada api sebagai mekanisma pembiakan. Oleh sebab itu kejadian kebakaran hutan Allah jadikan sebagai perkara biasa disana.

Namun kebakaran hutan untuk tahun 2020 adalah yang terburuk berlaku selepas kejadian Black Saturday di Victoria,Australia pada 2009. Keadaan menjadi teruk disebabkan oleh faktor gelombang haba yang melanda Australia untuk beberapa bulan sudah menjadikan atmosfera benua itu kontang dan terik di tambah dengan kejadian angin kencang yang bertiup beserta kemarau yang disebabkan oleh Indian Ocean Dipole (IOD).

Heatwave atau gelombang haba berlaku apabila sistem tekanan atmosfera yang tinggi bergerak ke satu satu kawasan dan kekal untuk beberapa hari. Dalam sistem tekanan tinggi itu, udara daripada atas permukaan atmosfera di tarik ke bawah dan menjadi padat menyebabkan berlakunya peningkatan pada suhu sesuatu kawasan. 

Kejadian Indian Ocean Dipole (IOD) pula adalah fenomena alam yang normal berlaku di tengah lautan india. Ketika fasa positif berlansung, arus panas air laut akan bergerak ke sebelah barat lautan India menyebabkan kawasan seperti benua Afrika mengalami musim hujan kerana proses penyejatan mudah berlaku. Pada masa yang sama arus laut yang sejuk bergerak ke sebelah timur lautan hindi menyebabkan suhu laut yang sejuk di sekitar benua asia tenggara dan Australia yang mana membawa kepada kurangnya proses penyejatan dan hujan lantas menjadikan benua ini dilanda musim kering dan kemarau. 

Namun begitu, kejadian normal yang berlaku pada alam ini menjadi tidak seimbang dek campur tangan manusia melalui peningkatan gas yang menyebabkan pemanasan global berlaku. Ketidakseimbangan ini menjadikan fenomena alam yang membawa kebaikan kepada sesuatu muka bumi menjadi bencana buat geografi berkenaan.

Dua faktor utama ini menjadi punca kenapa berlakunya kejadian kebakaran yang buruk di benua marsupial itu. Kejadian kebakaran besar ini membawa kepada berlakunya fenomena ketiga yang menjadi penyumbang mengapa usaha pemadaman api disana sukar untuk di lakukan iaitu pembentukan awan Pyrocumulonimbus.

PYROCUMULONIMBUS

Dikenali juga sebagai Cumulonimbus flammagenitus adalah sejenis awan tebal yang terhasil diatas sumber pemanasan yang tinggi. Tidak seperti kejadian awan biasa yang dipenuhi air, awan ini mengandungi percikan percikan bara dan angin yang kuat. 

Kejadian ini pertama direkodkan pada tahun 1945 ketika pengeboman Hiroshima, seterusnya pada tahun 1991 ketika meletusnya gunung berapi Pinatubo di Filipina, 2003 di Canberra Australia dan 2009 di Victoria Australia. Kini yang terbesar berlaku di New South Wales Australia dan merebak ke seluruh pelusuk benua kecil ini. 

Awan yang mengandungi percikan bara ini tersebar dengan lebih cepat menyebabkan kawasan yang tidak sepatutnya terbakar menjadi mangsa kebakaran lantas menyebabkan api merebak ke seluruh pelosok benua.

KESEIMBANGAN ALAM

Kompleknya keseimbangan alam ini Allah sebutkan dalam surah Ar Rahman ayat 7 hingga 9 


"Dan langit telah ditinggikannya dan Dia menciptakan keseimbangan" (7)

"Agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu" (8)

"Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangkan keseimbangan itu" (9)

Ketidakseimbangan antara satu sahaja boleh menbawa kehancuran kepada bumi dan hidupannya. Kita terlalu rakus sehingga terlupa akan peringatan Allah dalam al quran. 

Peringatan lainnya juga Allah sebutkan dalam surah Al Fatir ayat ke 13 



"Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing masing beredar menurut waktu yang ditentukan. Yang berbuat demikian itulah Allah tuhanmu, miliknya segala kerajaan. Dan orang yang kamu sembah selain Allah tiada punya apa apa walaupun senipis kulit"

Allah menyebut dalam surah Al Imran ayat 190 hingga 191 mengenai keseimbangan alam dan dampaknya atas mengganggu ketidakseimbangan itu


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. Mereka mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata "ya tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini sia sia maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka" 

Segala yang berlaku ini adalah amaran dan ajaran daripada Allah buat peringatan kita sebagai hambanya. Moga Allah memadamkan api yang merebak keseluruh benua Australia itu kerana Dia saja yang berkuasa ke atas tiap tiap sesuatu. 



Monday, 9 December 2019

WARKAH UNTUK MALAYSIA (LATEST EDITED VERSION)



Apa khabar para pembaca blog tinta si Naturemujahid? moga kalian baik baik sahaja. Harini sedikit sibuk mengedit serta mengemas kini blog yang sudah terlalu lama tidak di "update". Dalam kesibukan tersebut terjumpa dengan entri ini yang di buat pada 2013 yang mana pada hemat saya sangat baik jika saya kongsikan sekali lagi untuk tatapan semua.

Terlalu banyak perkara yang berlaku pada Malaysia tercinta tahun ini semenjak tampuk pemerintahan di ambil oleh kepimpinan baru iaitu Pakatan Harapan. Jujur saya katakan sudah lelah dengan drama yang berlaku.

Untuk membaca entri asal boleh terus ke tahun 2013 catatan bulan Oktober bertajuk "WARKAH UNTUK MALAYSIA". 

Ayuh menjadi Masyarakat Malaysia yang cakna. Di bawah ini merupakan warkah daripada saudara Norman untuk kita baca dan berfikir akannya.  


[ Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana mana parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang orang susah, untuk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini. Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat teramai ini. Terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak bapak menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yang bergelar menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yang telah memberi undi atau kepercayaan untuk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka "Kalau tak suka..". jadi eloklah kita panggil mereka ini "menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kepada anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yang akan berlaku? tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kepada Inggeris. Kerana apa saya kata demikian, kerana mereka tidak berwibawa untuk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dengan Malaysia dalam sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang ketua negara yang diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas. Pertama apa yang dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi agensi kerajaan. Beliau tahu dengan rasuah ekonomi sesebuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dengan air yg dibelinya dari Johor, dengan air itu juga dia membuat duit untuk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dengn harga lebih mahal daripada Singapura. Hehe lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dengan keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yang mahir untuk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya meyakinkan pelabur apabila lebih tiga ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan jutawan dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka.

Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kepada Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semujadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dengan pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yang byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dalam erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. 

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yang dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yang 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jangan gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yang jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dergan kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. 

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia

a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980.

Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dengan Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dengan Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. 

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak agak boleh ke kawan kawan?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat sangat tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dgn polisi yang ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yang paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dengan nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dalam bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. 

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kepada negara Korea...mereka sudah jauh pergi dalam peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yang paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 untuk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yang berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda benda mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai check n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara.

Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah macam halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dengan mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengan nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dalam masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lagi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tengok tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat macam tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yang dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yang dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dengan baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dengan Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap tiap tahun. Tak tahu sapa yang lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dengan Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi untuk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dalam isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dengan dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yang mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit untuk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yang baik sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dengan baik atau dilimpahkan kepada kroni masing2, rakyat yang terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yang pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian. ] oleh : Norman Liverpool 

Bertepatan dengan satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih yg kemungkaran itu". Kini, beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2020, artikle diatas saya nukilkannya pada 2013 yakni sudah tujuh tahun berlalu sejak itu. Alhamdulillah Malaysia semakin ke depan dalam menghadapi era global namun seperti saudara Norman tekankan dalam warkahnya, masyarakat kita masih berada dalam tampuk lama, pemikiran kita masih belum mencapai taraf kelas pertama seperti mana negara negara maju lainnya. Malaysia kini di perintah oleh puak yang dahulunya pembangkang dan lebih mengkagumkan lagi PM Malaysia yang ketujuh ini pernah berada di blok kerajaan yang kini blok pembangkang. Moga Malaysia lagi ke depan selepas ini. 

Naturemujahid 
(09/12/2019)

Wednesday, 25 September 2019

CHOKI HANYA RINDU


Petang itu langit Kinabalu sedikit cerah daripada jerebu yang melanda Asia Tenggara tika ini. Sedang singgah membeli sedikit keperluan runcit di kedai diri ini terlihat sesuatu yang sangat dekat di hati. 

Melihatnya saja sudah mengukir senyuman di bibir. 

"tumpang tanya berapa harga choki-choki ni?" tanya ku kepada cashier kedai

"rm1.60" jawapnya.

***********

"Salam Rul, nah sa bagi" sambil memberikan Hairul sekotak susu Fernleaf dan sebungkus Choki-choki.

"Terima kasih Dach" 

"Sama-sama Rul. Ni choki2 special bagi sa tau. orang istimewa seja yang sa bagi" sambil diri ini senyum 

***********

Terilham untuk menukilkan sajak ini untuk kalian semua sahabat choki. Bukannya apa, cuma hati ini hanya rindu. :)


IRAMA

Di sana ada irama...
Siulan cengkerik, deruan samudera
Menemani hati yang masih mencari
Dalam gelap meraba
Bersuluhkan sinaran rembulan

Sudah kucuba pautkan jiwa padaNya
Menggagahkan diri menafikan rasa
Adakala aku berdiri persis laksamana
Adapun tiba masa jasad rebah, 
hilang maya

Cuba lagi, aku terus berpaut
Cuma kali ini berbeza, pautanku lebih kemas
Tidak, aku berpaut seperti biasa,
Yang terbeza, tangan-tangan yang menghulur
Tali tali ukhuwah yang datang menyapa

Singgah bukan sekadar bersua
Tapi singgah untuk merubah
Kali ini bukan aku, tapi kami berpaut

Jatuh bangun bersama dan terus mencuba
Hati-hati ini hanya rindu
Cuma yang menyinar sang suria

Di sini ada irama, indah
Kami berjanji melaung suara
Pimpin tangan bersama
Meski tidak lagi bersua
Pautkan jiwa padaNya
Kerna Ukhuwah fillah till Jannah

by: Naturemujahid

Thursday, 17 April 2014

PENGYOU

Bismillah Alhamdulillah





Pengyou or in chinese calligraphy "朋友" bring the meaning (Friends) .. ;)
I'm not going to teach Chinese in this entry.. but just want to share the language. Homosapiens live largely in community in which it consist of families, neighbors and friends..
We make friends.... 
>> Some become dearest =)
>>Some become Special ^^
>>Some we fall in love with <3
>>Some go Abroad "bye.. bye.. will meet again"
>>Some change their cities
>>Some leave us :')
>>Some are in contact
>>Some are not in contact  T_T
......
But,
No matter where they are... We still remember, Love, miss and care about them because of the part they played In our life.. 

AL-FAHMU

Bismillah Alhamdulillah


Sudah begitu lama ditinggalkan, sifat manusia begitulah.. kena kerap bertazkirah dan mengulang. Ilmu ini diperolehi dalam bulatan gembira ketika sem 1 tahun 1 pengajian di varsiti tercinta, kini, aku berada di sem akhir tahun 4 (tahun akhir) pengajian.. 
ayuh.. aku ingin mengajak kalian untuk mengenalinya.. :)
....
RUKUN BAIAH ada 10 dan rukun pertama ialah "FAHAM". Untuk entri ini, hnya berkisar rukun pertama ini.. nahhh.
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna menggariskan ada 20 usul pula dibawah rukun "FAHAM" ini dan usul yang pertama ini ingin dikongsi dalam kehidupan. 
Al-Fahmu (kefahaman) menjadi menjadi rukun yang pertama dalam Usul 20 yang disusun oleh al-Shahid al-Imam Hassan al-Banna rahimahu'Llah. Kenapa al-fahmu bukan al-`alimu?
Antaranya kerana bagi menjadi seorang alim ia sangatlah payah. Dikhabar ulama muktabar mutaakhirin pun menghabiskan masa 12-16 jam sehari bagi membaca dan menulis, dan berguru dengan ramai guru sepanjang kehidupan mereka.
Namun bagi menjadi seorang yang faham, selain daripada perlu juga banyak membaca dan berguru, dengan melatih diri menjadi kritis dan bersikap objektif serta ilmiah, di samping sikap keterbukaan dan rendah diri serta bersungguh2 cintakan ilmu - insyaAllah boleh dicapai.
Paling tidak empat perkara mesti dihapuskan daripada diri iaitu:
1. Taqlid buta (bertaqlid mesti atas hujah nas dan hujah ilmu)
2. Ta`sub (diri sendiri, individu, kumpulanbdan aliran pemikiran)
3. Jumud (la ifrat wa la tafrit - al-wasatiyyah)
4. Ghuluw (melampau, ekstrem dan fanatik)
Teringat satu kata-kata daripada Ustaz Radhi Musa..
"Jadilah alim dalam bidang antum masing-masing" 
Kesimpulannya...
bagi menjadi seorang alim adalah sesuatu yang payah meskipun tidak mustahil.  Bagi orang awam seperti kita membebaskan diri daripada kejahilan adalah menjadi keutamaan. Justeru, jika tidak mampu menjadi alim dalam bidang agama, jadilah alim dalam bidangmu.. jangan biarkan diri kita terus hanyut dalam kejahilan.


Nukilan : Naturemujahid

Tuesday, 7 January 2014

BINTANG-BINTANG DI BUMI

Bismillah Alhamdulillah


Dikala terjaga daripada lena, jam menunjukkan 5.30am. Perkara pertama di buat selepas buka mata ialah check fb.. Alhamdulillah.. menerima perkongsian nasihat daripada seorang sahabat seperjuangan. Sungguh ana tersentuh dengan perkongsian ini..

Ada nasihat tentang "Qiyamul Lail" yang sangat menyentuh. Syeikh Umar Abdul Kafi pernah berkata, bahwa: 

"Rumah-rumah yg di dalamnya dilakukan Qiyamul Lail itu memancarkan cahaya yg dilihat oleh penghuni langit, seperti kita melihat langit di malam hari, di sana ada bintang-bintang. Jadi Malaikat-malaikat itu melihat ke bumi dan mendapati cahaya dari rumah-rumah yang dilakukan Qiyamul Lail di dalamnya".

Yang lebih menyentuh lagi..

"Ketika Malaikat itu terbiasa melihat cahaya di rumahmu karena setiap hari penghuni rumah melakukan Qiyamul Lail, tapi tiba-tiba rumah itu tidak bercahaya, mereka akan bertanya-tanya: 'Kok jadi gelap gitu? Biasanya kan bercahaya?'. Lalu ada yang menerangkan kepada mereka, bahwa 'Penghuninya mungkin lagi sakit, atau lagi sedih berduka, dan lain lain. Maka, Malaikat-malaikat itu mendo'akan agar engkau yang sedang sakit segera disembuhkan oleh Allah, jika sedang punya masalah berat agar diringankan dan dimudahkan segala urusannya, sesuai kondisi yang ada. Mereka lakukan itu, karena rindu melihat rumah mu bercahaya lagi.."


Allahurabbi... sungguh tersentuh dengannya.

moga kita Semua beroleh istiqamah untuk menghidupkan malam.. kerna sinarnya persis bintang terang di mata penduduk langit.

:')