Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Saturday, 27 June 2020

GUARDIAN ANGEL : MOTHER (2020)



Mother or Mom is such a special word, the loveliest I ever heard. A toast to you above all the rest. So special that Rasulullah s.a.w mentioned mother position as higher after Allah and his messenger three times then followed by father in a famous hadith according to Al Bukhari and Muslim. 

There are a lot hadith about mother which I will not touch here because I already mentioned few hadith on my previous post about mother which you can refer on the 2017 section on your right. This year entry I dedicated to my mom and her latest progress in this year. 

I want to share one quote that I loved among thousand saying about mother. This quote I believe all of you will agree with me. 

"A Mother's love is whole 
no matter how many times divided"

She is a woman like no other. She gave us life, she nurtured us, taught us, dressed us, fought for us, shouted at us, held us, kissed us, but most importantly she loved us unconditionally. So Mom, I dedicated this post for you safely one day I will look back at this entry and smile. I also composed a poem for mother's day special for you.

to one who bears
the sweetest name
and add lustre
to the same,
long live to her
for there's no other
who takes the place 
of my dear mother.

Love you Mom

By: Naturemujahid
10/05/2020
edited : 27/06/2020





Friday, 27 December 2019

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI

Bismillah Alhamdulillah


Dua hari lepas merupakan hari ulang tahun kelahiran diri ini. Alhamdulillah masih di panjangkan umur untuk hidup di dunia milik Allah ini. Untuk tahun ini sedikit berbeza dengan tahun sebelumnya kerana tiada sambutan di buat. Oleh itu saya nukilkan bait puisi di bawah untuk diri ini. 


Ku Langitkan bulatan doa
pengharapan di hujung
pergantian usia,
semoga
apa apa yang di semogakan
akan terlaksana,
kemudian yang di tunggu
akan segera bertamu.
Membaiklah semua keburukan
yang lalu,
tergantikan 
kebahagiaan tanpa tapi,
kebaikan tanpa henti
selamat hari lahir
wahai diri

by : Naturemujahid

Tuesday, 10 December 2019

2019 : TAHUN TRIBULASI DAN MEHNAH

Bismillah Alhamdulillah


Terlalu banyak perkara yang berlaku selepas bergraduasi lima tahun lepas. Terlalu banyak peristiwa dan kejadian serta pengalaman yang sangat mendewasakan diri. Sebaik menamatkan pengajian dan meninggalkan alam kampus, ternyata alam nyata begitu ganas dan dalam arusnya. Jujur saya menjadi seronok dengan kebebasan dunia sehingga merasakan bisa melakukan apa sahaja lalu dunia dakwah, dunia pena di tinggalkan beberapa tahun. Sebab itulah blog ini sunyi untuk tempoh yang lama. Alhamdulillah saya mula bertatih semula tahun ini dengan harapan boleh berterusan hendaknya. 

Selain tahun 2007 yang saya menganggap ianya tahun penuh dengan kepayahan dan jerih, rupanya tanggapan itu meleset sama sekali. Sepanjang hidup sudah 28 tahun di bumi Allah ini, tahun 2019 merupakan tahun tribulasi dan mehnah yang betul betul menguji keimanan.

Peristiwa terbesar yang berlaku tahun ini ialah apabila saya di diagnos oleh Doktor dengan penyakit berbahaya iaitu TB atau Tuberculorsis. Selama tiga bulan ditahan di wad dan tempoh itu saya merasakan azab yang luar biasa sekali. Dalam tempoh itu juga membuatkan diri ke satu tahap mengalami depresi hingga tidak sudah peduli tentang berharganya nyawa yang Allah beri. 


Banyak hikmah yang bisa di perolehi daripada ujian sakit yang Allah beri ini. Moga apa yang berlaku menjadi ikhtibar buat diri dalam menghadapi hari hari mendatang. Pada 2012 dulu saya pernah membuat satu "entri" dalam blog ini tentang Mehnah dan tribulasi dan bertanya kepada Allah kapan pula saya akan di uji dengannya, pertanyaan di hati itu Allah kabulkan setelah tujuh tahun lamanya. Dalam penulisan itu ada pepatah yang saya minati iaitu "You never know how strong you are until being strong is the only choice you have" dan ianya sangat betul. Kita tidak akan tahu sekuat mana kita ini sampailah hanya dengan menjadi kuat satu satunya pilihan yang ada.

Saya bersyukur kerana dalam keadaan seperti itu ada keluarga yang sangat mengambil berat. Ada mommy yang sedia menemani saya di sisi sepanjang di wadkan di hospital, ada Daddy yang tidak berhenti mendoakan, ada adik beradik yang sentiasa berkorban memenuhi kehendak diri, ada Makcik dan sepupu yang rajin berziarah serta tidak di lupa sahabat serta kenalan kenalan yang begitu mengambil berat akan diri ini. Seperti kata pepatah inggeris "if you want to know how rich you are, count the things you have that money can't buy". 

Ujian sakit ini adalah ujian terbesar yang Allah berikan kepada diri ini di tahun 2019 diikuti dengan kehilangan kerja kerana tidak boleh hadir ke pejabat untuk melaksanakan tugas. InsyaAllah ada rezeki di mana mana. Kena yakin saja padaNya. 

Ada dua perkara yang ingin saya kongsikan disini buat tatapan diri sendiri suatu saat kelak dan juga buat semua yang membaca andai ianya boleh di jadikan ikhtibar dan pengajaran.

Pertamanya : Satu kata kata positif itu boleh merubah hidup seseorang

Ini betul terjadi pada diri saya sendiri. Tatkala moto hidup yang selalu di pegang iaitu "be positive always" teruji pegangannya, ada seorang kakak yang Allah kirimkan lewat kata katanya yang sangat memberi impak dan kesedaran dalam diri. Kata kata itu dihantar seusai solat subuh dan berbunyi seperti ini 

"Sabar itu memang menyiksa, tapi percayalah... sehabis ini akan Allah berikan kebaikan yang luar biasa untukmu

 Kita tidak akan pernah tahu bila sesuatu kebaikan yang kita lakukan itu sangat di butuhkan oleh orang lain. Oleh itu kita kena sentiasa melakukan kebaikan hatta dengan katakata motivasi sekalipun kerana bisa berkemungkinan ada yang sangat memerlukannya. 

kedua dan terakhirnya ialah : Dalam keadaan kita yang susah barulah kita tahu warna sebenar peribadi seseorang. 

Pepatah inggeris ada mengatakan "it is during the worst times of your life that you will get to see the true colors of the people who say they care for you" dan alhamdulillah majoriti kenalan yang mengenali diri ini sangat mengambil berat akan kondisi diriku. Saya rasa bertuah sangat rupanya ramai di luar sana yang begitu mengambil berat. 

Beberapa hari sebelum diri ini "discharge" keluar daripada wad, Allah hadiahkan perkara paling berharga pada diri ini iaitu ada seorang daripada sohibul choki yang datang menziarah. Allah saja tahu betapa gembiranya hati ini sahabat dunia akhirat datang melawat. 


Terubat juga rindu setelah lima tahun lamanya tidak bersua. Sahabat saya ini Umar Farid bin Jamhari namanya atau mesra di panggil dengan 'Umaq kecil'. Peribadinya sangat saya kagumi dan dialah juga yang menjadi watak inspirasi 'Habib' dalam Novel Choki yang insyaAllah akan saya terbitkan suatu masa kelak. 

Dalam pada saya menaip "entri" ini, saya masih dalam fasa rawatan iaitu masih dalam proses mengambil ubat TB yang perlu di lengkapkan selama 9 bulan ke satu tahun lamanya. Moga tahun ini bisa menjadi pengajaran untuk menempuh hari hari yang mendatang insyaAllah. 

Coretan December  
Naturemujahid
(10.12.2019)

Wednesday, 24 May 2017

GUARDIAN ANGEL : MOTHER (2017)



MOTHER



Assalammualaikum and good day dear readers and to all out there. I hope that all of you in the pink of health. It has been a while since I write anything here and my deepest apology to everyone for not being able to commit with my writings. Anyhow, I open the chapter for this year with the above heading. 

Guardian Angel 

It seems we are all familiar with the word 'angel' be whatever religion you are, Islam or Christian. Angel can be portray as spiritual being that intermediate between God and men, to descent it further Allah said in the Holy Quran multitudinous time about Angels, their form, duties and purpose of their nativity. 

So what is the intermediary or connection between a mother and an angel? 


Children are gift from Allah to a women called mother and it is her duty to obey the command in raising and nurture the upbringing of the said offspring. Before the child being born into this world, they firstly being cared by angels in the other side of the realm and when Allah put the soul into fitting body, HE entrust a women to be the guardian, the teacher and the guider for the toddler in becoming the caliph on earth.


I am using the term 'Guardian Angel' here as symbolic to display the echelon of a mother in Islam. Our religion command kindness, respect and obedience to parent and specifically emphasizes and give preference to the mother as being said in the holy Quran in surah Al-Isra verses 23-24;



"Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honor. And out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: ‘My Lord! bestow on them Thy Mercy even as they cherished me in childhood" 

Prophet Muhammad (PBUH) said "your heaven lies under the feet of your mother" [HR Ahmad & Ibnu Nasai].

In addition to that, I would like to share one famous hadith;

"A man came to the Prophet and said, ‘O Messenger of God! Who among the people is the most worthy of my good companionship? The Prophet said: Your mother. The man said, ‘Then who?' The Prophet said: Then your mother. The man further asked, ‘Then who?' The Prophet said: Then your mother. The man asked again, ‘Then who?' The Prophet said: Then your father" [HR Bukhari & Muslim].

I will not further embellished on the Quran and Hadith as it is undoubtedly known. Instead what I will pen here is my view in why I am choosing the term "Guardian Angel" to describe a 'mother'.

In my opinion, a mother is a guardian angel that Allah assign to every children to take good care of them, to nurture, to guide in all sort manner in fulfilling our purposes as the humble servant of Allah. 

A mother 's love for her child is like nothing else in the world. It knows no law, no pity, it dares all things and crushes down remorselessly all that is stand in its path. it is the purest love you will ever know after the love for Allah and His messenger.


Before May ends, I would like to cherish all mother and especially my mom, a  happy mothers day. May blessings be fall to thee insyaAllah.


Mothers day should be everyday, not limited to months or specific date. 



:: Kg. Muhibbah Lama, Petagas ::

   24/05/2017 - (12.30am)

Tuesday, 1 April 2014

SAKURA ; SEBUAH KIASAN

Bismillah Alhamdulillah


"Prunus serrulate" ialah nama saintifik bagi bunga cheri atau famous dengan panggilan 'Sakura' juga pasti sinonim dengan Jepun bagi peminat manga fanatik. Tidak dinafikan keanggunan yg Allah letakkan padanya membuatkan jiwa meruntun zikir.. damai dan permai pd pemandangan.

Bunga ceri ini sebenarnya berasal daripada benua asia dan ditemui di tengah dan utara China hingga ke Manchuria, Korea dan Jepun. Ketinggian pokok mencecah 3 hingga 15 meter dan lebih...

............

Pagi itu seawal jam 6.15 seusai Subuh di Sintok, suasana kelam yang masih damai. Matahari kelihatan malu membiaskan cahayanya di ufuk langit. Dingin bukit berkabus menyegarkan udara lembab dan pepohon yang dirimbuni embun.

One message received

"Salam.. jam 7 enta tggu kt bustop k, ana p amik.." 

"wkmsalam, Bereh"

Perancangan pagi itu, mereka bersama 4 akhowat yang lainnya punyai misi ziarah ke daerah Sungai Petani, melawat seorang sahabat yang sedang diuji dengan sakit. Kemas dengan pakaian 'T-shirt' x formal dan berslack hitam beserta Jaket Rakan Masjid, Mukmin bersedia meneruskan hari.

Sementara menunggu akhowat bersiap, sarapan pagi di "Round bot" dijamah dengan berselera, nasi lemak dengan sambal udang menjadi pembuka selera Nizar dan Mukmin ditemani teh panas masing-masing.

One Message received

"Mukmin, tolong beli nasi lemak 5 bungkus. kedai sini tutup""

"bereh"

"sapa Mukmin?" 

"Shauqah.. minta pesan nasi lemak 5 bungkus, depa sarapan dalam keta kut"

"since mereka naik keta, kita gerak dulu lah.. moto  lambat skit"

"ana on ja shbt.. ikut enta the driver." sambil menepuk bahu Nizar


..............

Perjalanan memakan masa 2 jam, ketidakselesaan melanda diri dikala motor ditunggang dalam tempoh yang lama.. 

"Mukmin, tengok tu"

"SubhanAllah.. sakura di Malaysia"


Pemandangan yang sungguh indah di pagi hari tatkala jalan raya masih diselubungi kabus pagi. Deretan pepohon putih dan merah jambu mewarnai jalan sepanjang ke Sungai Petani.

Tahmid terlafaz dikala keanggunan itu dipertonton.

Indah...

Seolah berada di negara matahari terbit, Motor di bawa perlahan sambil menikmati nuansa permai..


.............

Alhamdulillah, papan tanda "Hospital Pantai" menjadi pemandu arah destinasi, dengan hemah selamat tiba ke tempat tujuan. 

"akhirnya, dapat juga bertemu dengan sahabat.. sebelum ana bertolak balik ke 
Sabah esok" monolog hati panjatkan syukur.

Sembang panjang juga antara akhowat semua, muslimin pula cuma mencelah bila perlu... dalam keasyikan itu, hujan rahmat pula menulusuri hari, mendinginkan suasana hospital yang sedia sejuk.

"antum semua mai naik apa ni?

"mat naik keta kak Qilah, min naik motor" 

"naik motor?? ke SP?? Allahurabbi, jauh tu" sambil memandang muslimin.

Kondisinya tidak membenarkan dia bergerak bebas, harus bertongkat dan berkerusi roda disebabkan balutan jahit pada kaki yang masih kebas.

"takpa sahabat, takda apapun jarak ni"

"a'ah.. asal dapat mai lawat.." tambah Nizar


................

Pertemuan tengahari itu diakhiri dengan sesi bergambar dengan pesakit, meredah hujan demi untuk pulang ke Varsiti tercinta.. banyak assignment menanti untuk dilunaskan..

"Hujan ni, baik gi keda runcit mana2 beli jaket hujan

"tak lebat mana pun hujan ni Hassan, insyaAllah boleh"

Hassan, Nizar dan Mukmin berpelukan mesra tanda persahabatan kerna bukan selalu bisa berjumpa seperti ini dek kekangan jarak dan status.


"Klau gitu ana masuk kerja dulu.. ada apa2 rojer ana deh?"

"InsyaAllah big boss" perli Nizar


.................

Sebenarnya 3 hari yang lalu, terdetik di hati ini untuk merasa nikmat mandi hujan, terdetik di hati untuk menziarah sahabat di SP yang sedang sakit sebelum berangkat ke Sabah. Luahan tulus itu di dengari mungkin. Allah memakbulkannya di masa yang tepat. Peroleh peluang menziarahi sahabat yang sakit + berhujan dengan sahabat sambil menunggang motor sebeelum berangkat ke Sabah.

Juga bonus... 

menyaksikan "Sakura" berkembang di Malaysia.


tetttss.

Apa kaitan bunga sakura dengan ceritera ini??

aku pun tak tau... haha..


ZZZZ...........


Bunga Sakura hanya berkembang apabila suhu panas musim bunga cukup serasi, sekaligus merujuk kepada "perfect timing" yang Allah aturkan..

Begitu juga dalam kehidupan ini, segalanya punya waktu.. bisa saja Allah bagi "Cash" apa yang kita minta itu dan bisa saja jadi Allah tahan dulu apa yang kita minta itu kerna ada yang lebih baik sedang menunggu atau DIA ingin kabulkannya di masa yang persis.

Sepertinya Sakura yang indah, sering melalaikan orang-orang di Jepun dan sekitarnya dengan kehadirannya... begitu juga fungsi dunia. Bila mana beroleh hajat yang selama ini diinginkan, ingatlah Allah, kerna semua nikmat itu takut bisa melalaikan diri hamba yang sedia alpa.


:: Sekali imbas, persis pepohonan ceri sakura di negara matahari terbit menebari landai bumi yg bermuka ::

Tuesday, 25 March 2014

SILENT GUARDIAN

Bismillah Alhamdulillah


"Assalammualaikum Ustaz, ada dekat mana ya? ana nak sign kehadiran"

"wassalam, ana ada dekat port biasa." mesej di balas

............

Maktabah day minggu ke III kini.. 

setiap hari Rabu

Satu 'event' yang dianjurkan buat sahabat-sahabat untuk membudayakan sehari sekurangnya dalam seminggu diluangkan untuk belajar.

Seawal 8.25 pagi, satu sosok tubuh berkopiah putih dengan jaket rakan masjid yang setia di pakainya setiap kali ke kampus melabuhkan dirinya di 'port' biasa sambil mengeluarkan segala buku dan keperluan untuk mengulangkaji.

satu senarai nama sahabat-sahabatnya di keluarkan siap waktu masuk dan keluar beserta 'signature'. PIC atas taklifan daripada Head department harus dilaksanakan secara amanah...

............

Usai Asar itu, keadaan di perpustakaan semakin lengang..

"Abang Mukmin, ana gerak dulu..

"toyyib.. Syah ada urusan lain ke?"

"a'ah.. meeting MP malam nanti"

"ok baik, selamat semuanya

Lelaki bertubuh sasa dan berkulit hitam manis itu sempat melihat keadaan sekekeliling sebelum meninggalkan 'port'

"wahh.. terbaiklah GUARDIAN, semuanya masih duduk berkampung di sini"

Mukmin tersenyum sambil berpaling ke meja di belakangnya

"kitakan penjaga untuk sahabat-sahabat

"penjaga dalam senyap" tutur Mukmin

"Ha!! penjaga dalam senyap? abng cuba check kat internet tentang silent guardian"


............

"GUARDIAN" atau membawa maksud PENJAGA dalam bahasa 'lay man'. Sebut mengenai penjaga ni, teringat dekat watak Marvel iaitu Batman, atau mendapat gelaran "the Silent Guardian". Batman ni bole kata sama macam amilin jugalah. Melindungi bandar Gotham tanpa meminta pujian apatah lagi ganjaran.. para dai'e yang so "called" membawa Islam ini harus mencontohi Silent Guardian ni.


:: huhu.. ::

Dengan izin Allah juga.. barisan GUARDIAN menggalas taklifan yg berat.. dikala sahabat-sahabat menumpukan kesibukan dengan gerak kerja dalam lapangan masing-masing kamilah yang berperanan untuk menjaga kebajikan mereka. Bukankah itu yang Rasulullah ajarkan??

Sebarkan kebaikan...

Sebarkan Cinta...

...........

"ermmm.. silent guardian? menarik ni untuk entri blog"

monolog hatinya tenggelam dalam lunaknya azan Isyak.

Tuesday, 18 March 2014

NOSTALGIA

Bismillah Alhamdulillah


Nostalgia??

Memori terukir yang menjadi ingatan buat sesiapa saja baik peristiwa mahupun sebagainya.
Begitu juga dengan diri ini..

Asyik menelaah di perpustakaan UUM ini, bermula sedari pagi hingga kini, 
lenguh terasa satu tubuh..

rehat sebentar sambil memeriksa whatsapp group kami..

"Ana ada share lagu Shoutl Amal yang baru.. hayati liriknya moga baik untuk kita semua"

.........

Wahh.. 

Halwa telinga di dengar.. sungguh liriknya merentap sanubari amilin yang kekar.
Namun bukan lirik lagu itu yang ingin di sentuh di sini

Tapi

Lirik lagu Shoutul Amal yang lama

"Terkenang sebuah memori lalu 
Kisah persahabatan kita bersama 
Di dalam satu pengajian 
Menuntut ilmu dan pengalaman 
Mengingatkanku pengorbananmu 
Terpahat padu di kalbuku 

Bersama rakan taulan dan guru 
Tawa riangmu menghiburkan hatiku 
Indahnya suasana ketika itu 
Terjalin ukhuwah sejati 

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku 
Mengenalkanku erti kehidupan 
Susah payah kita hadapi bersama 
Itulah asam garam dalam kehidupan 

Ya Tuhanku tabahkan hatinya 
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu 
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat "


Berada di tahun akhir kini..

Bakal meninggalkan madrasah tarbiah ini..

Bakal mengikuti jejak langkah sahabat-sahabat ana yang sudah
terlebih dahulu mengorak langkah..

Bakal merindui..

.............

Hakikatnya

Apa kita sudah siap dengan Ilmu yang ada di madrasah Tarbiah ini??

Di menara gading yang menjanjikan pelbagai juadah ilmu??


Saturday, 11 January 2014

PUISI TERINDAH UNTUK KALIAN

Bismillah Alhamdulillah

Tarikh di kalendar masihi menunjukkan 11/1/2014.. bersamaan 9th Rabiulawal 1435H. Petang usai asar ini, hati sedikit tidak keruan jadinya.. 

apa mungkin kerna semester ini yang semakin tiba ke penghujungnya?
atau sebab bakal merindui sahabat-sahabat yang bakal meninggalkan diri ini?

Jadi kacau bikinannya... konsentrasi belajar untuk kertas peperiksaan terakhir besok juga gundah. 

Tidak mengapa.. 

Tinta ini bisa mengobat insyaAllah.

Puisi terindah ini untuk kalian sahabat ku..

Sahabatku..
adalah titisan embun pagi,
yang jatuh membasahi gersang hati.
Hingga mampu menyuburkan
seluruh taman sanubari
dalam kesejukan

Sahabatku..
adalah bintang-bintang diangkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka.
hingga mampu menerangi gelita semesta
dalam kebersamaan..

Sahabatku...
adalah pohon rendang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari 
yg tidak tertahankan...
hingga mampu berikan keteduhan...
dalam kedamaian.

Wahai angin pengembara
Khabarkanlah kepadaku tentang dirinya

.........

Sahabatku..
adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti.
Hingga mampu menghapuskan dahaga diri
dalam kesegaran..

Sahabatku...
adalah ibarat hujan yang turun..
menyirami setiap muka bumi yang berdebu.
Hingga mampu membersihkan mahkota bunga
dan dedaunan..
dalam kesucian.

Sahabatku...
adalah intan permata yang indah..
sebagai anugerah tiada tara..
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan.

Ya Allah...
eratkan dan peliharalah ukhuwah ini keranaMU..
hingga berakhir menang atau Syahid..
dalam keredhaan.

~Nature Mujahid
11/01/2014












Meski hanya sebagai sahabat.. tapi kalianlah pendamping perjuanganku yang paling setia.